Sunday, 30 September 2012

Ruangan Serbaguna



Sebagai wanita bekerja dan surirumah separuh masa, kita mestilah pandai menggunakan
kesempatan yang ada

Al-maklum la, masa kat rumah adalah sangat terhad

Mana nak masak, basuh baju, lipat kain, menyapu sampah
Pelajaran anak pun kita nak kena tengok jugak

Kadang-kadang nak turun naik rumah pun tak sempat
Kalau sempat pun, malas la pulak

Jadi, kita haruslah guna apa yang ada dikeliling kita dengan sebaik mungkin



Sebagai contoh, mokcik pelbagaikan kegunaan kerusi

Ni kerusi yang ada kat ruang tamu, jarang guna melainkan ada tetamu
Jadi mokcik gunakan jugak kerusi tu sebagai tempat penyangkut

Semua benda pun bole disangkut
Plastik la, baju berhanger yang diangkut dari penyidai
Tuala pun selalu ada kat situ



hanya gambar hiasan, tak de kena mengena dengan yang hidup atau mati



tumpukan pada hasil sangkutan saja yek

pasu bunga yang ala-ala sedih tu sila abaikan
sekarang pasu tu dah ada kat luar rumah


No comments:

Post a Comment