Monday 24 September 2012

Jom Tengok Petua .... walaupun kita masih muda



Selamat pagi semua, assalamualaikum.

UPSR dah settle dekat 2 minggu tapi baru la hari ni dapat update
Biasa la, tenet selalu la dengan problem
Hidup kurang sempurna pulak rasanya bila tak de tenet


OK, hari ni tak nak cerita banyak
Walaupun kita ni masih muda belia tapi bila kat dapur, petua banyak la membantu

Nak meringkaskan kerja, nak membetulkan kerja yang tak betul
Nak mengelakkan buat kerja pun bole
Petua untuk mengelakkan buat kerja adalah ,,,,,, buat2 demam

Cara mudah kupas bawang putih
Panaskan seketika bawang putih dalam mikrowave.
Boleh juga rendam dalam air selama kira-kira 10 minit.

Bab merendam tu memang betul, mokcik yang muda ni selalu buat


Susu tidak melimpah
Sebelum didihkan susu, sapukan mentega pada keliling bibir periuk.

OK, sila perhatikan betul-betul, mentega disapu pada bibir periuk, bukan bibir sendiri yek


Makanan terlebih garam
Masukkan hirisan kentang, tomato atau sesudu teh gula ke dalam masakan

NI pun ada la jugak mokcik applikasikan
Kadang-kadang bila teringat boipren lama, terlebih pulak campak garam dalam makanan
Cepat-cepat masukkan kentang sebelum laki mokcik campak mokcik pulak
:)


Elak mata berair waktu mengupas bawang
Kupas bawang di bawah air mengalir atau berhampiran dapur gas yang menyala
atau masukkan dulu bawang dalam peti ais

Sila masukkan bawang saja dalam peti ais ya, bukannya anda masuk dalam peti ais sambil mengupas bawang


Mengekalkan warna sayur
Bagi mengekalkan warna hijau sayur segar, tambahkan secibut gula ketika memasak.
Boleh juga masukkan dalar air berais sejurus mencelur sayur.
Untuk terung, tambah sesudu susu dalam semangkuk air dan masukkan terung sejurus dipotong. Warna ungu terung akan kekal.


Begitulah serba sikit petua orang zaman dulu kala yang boleh kita gunakan.
Bertemu di lain kali dengan resepi yang lain.


No comments:

Post a Comment