Friday 10 April 2015

Jibby & Co



sekali sekala makan besar sikit apalah salahnya

tapi kalau nak datang ke Jibby & Co ni, lepas makan bole shopping kat Empire Shopping Gallery pulak... yang salahnya kalau tak book siap-siap. Asyik penuh je. Kenapa penuh??? sah-sah sebab makanan sedap. Orang sekarang pandai pilih ye, nak pilih yang sedap aje

Kalau setakat nak berbuka puasa kat sini, gamble je datang silap-silap korang boleh berbuka dengan makan penampar je. hihihihi, gaduh sebab tak de tempat la tew



Jangan nangis ye korang. Kesedapan burger ni boleh buatkan airmata menitik tau

walaupun harga dia pun boleh menitikkan airmata jugak tapi kak ton rasa sangat berbaloi la. Seketul burger dan rakan-rakan ni menjangkau 30-an ye

Kak ton rasa memang burger ni diorang hidang atas papan pemotong je. Memula tu jakun kejap, eh eh eh... lama jugak jakunnya. Tengok meja depan ada, meja tepi pun ada. jadi..... perasaan jakun tu hilang dengan sendirinya




Spaghetti aglio olio tu tak memadan besar udang. udang tu sangat fresh ye, bukan jenis tangkap tahun lepas punya

si tamak haloba dengan makanan, banyak menambun. balik office semua pun bermata juling kenyang mengalahkan ikan paus putih

walaupun kak ton cakap tadi harga sedikit mahal tapi portion adalah besar ye. kak ton rasa setakat burger sebiji tu 2 orang boleh makan sekali

nampak tak kek kitorang order sampai 3 jenis. konsep tak boleh tengok makanan hebat sikit, semua pun nak diorder. tapi jangan takut, kek tu semuanya sedap ya ampun. balik rumah pun terasa-rasa kesedapan kat ujung lidah 


tapi... jibby & co sangat cool ye suasananya. cantik menawan sejuk je tempat dia. tak suka duk bawah, bole duk atas. tak suka duk atas, makan je kat tepi tangga



2 comments:

  1. kak tonnnnnnnnnnnnn
    sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
    kek2 itu

    dush kak ton

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau orang belanja, semua pun jadi triple sedap

      Delete