Monday, 10 March 2014

Agar-agar Milo Lapis Oreo



kita masih ternanti-nanti update terkini dengan MH370. semua mata dari pelusuk dunia tertumpu pada Malaysia. semoga persoalan dapat dirungkaikan

dalam pada mata aku asyik tengok pada astro awani, sempat jugak siapkan agar-agar ni untuk santapan keluarga

keluarga kononn.....aku dengan angah je yang makan noks. yang lain pandang sepi je

nasib le situasi ni aku dapat hidu dan jangka, jadi aku buat setengah bancuhan je. kot kalau dapat sambutan, aku buat le lagi. pandai tak kak ton???







  • 1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar)
  • 750ml Air
  • 160g Gula ( sy hy guna 120g gula shj)
  • 1 tin (400g) Susu Cair
  • 3/4 cup Serbuk Milo
  • 1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis

Masak serbuk agar2 & air sehingga larut. Masukkan gula & masak sehingga gula larut. Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.

Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain & campurkan milo sehingga sebati.

Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan ( lain kali nak tuang 3/4 cwn campuran milo utk nampak seimbang antara lapisan milo atas dan bwh. Campuran milo yg kita panaskan utk elak mengeras tu akan susut sket isipadunya masa proses pemanasan.) . Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku. Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi. Taburkan biskut oreo. Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.

Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm peti sejuk




cuaca panas macam ni memang le rasa sedap makan agar-agar ni. meluncur dengan laju je masuk tekak

rugi le pada sapa-sapa yang tak nak join aku. sedap sangat ke tengok tivi sampai abaikan agar-agar ni


huh,,,, nyampah kak ton


8 comments:

  1. Semalam pergi majlis kenduri kahwin, ada dadih. Mak aih memang tenang la makan. Lembut. Sejuk. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. sama la dengan kita semalam. makan dadih sambil lihat burung berkicauan

    ReplyDelete
  3. takselera makan, tp kalau depan mata, telan je

    ReplyDelete
  4. agak lama tak buat puding oreo ni..
    asal nak buat je anak2 dah habiskan dulu oreonye.. kehkehkeh..

    ReplyDelete
  5. sedapnya ! panas2 jerebu mcm ni elok untuk anak tekak ni hehehe.. http://irynsahmad.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Betul tu aizamia. Kena beli extra utk anak2

    ReplyDelete
  7. Caythrine ...sekali sekala kena manjakn tekak

    ReplyDelete