sedapnya dapat cuti lama-lama. sungguh lalalalal rasa dia. walaupun tak bergerak jauh dari rumah, masih terasa nikmat dia
bila tuan cuti, blog pun harus le cuti sekali
walaupun cuti, aktiviti kat dapur tetap on. kot kalau dapur selalu cuti, mungkin vontot kuali ada atas kepala tanpa sedar
eleh,,, kalau makan kat luar pun balik-balik menu yang sama, kedai yang sama. dari moncong panjang sedepa, lebih baik sendirik masak
kalau tak sedap, cepat-cepat kutuk diri sendiri. kalau sedap.... terpaksa puji
sekarang gila menggril. semua pun nak bakar, konon jaga kesihatan tapi badan tetap menambun
mana satu badan badak mana satu badan aku pun sukar dibezakan. bila tengok muka baru perasan
:(
anggap diri macam chef bertarap antarabangsa, main perap sesuka hati je. apa bahan yang ada, semua pun nak guna. hebat sungguh konoonnya kan
perap kambing dengan black pepper yang ditumbuk kasar, rosemary, garam, sos blackpepper, thyme
aku perap dah 4 hari, meresap sungguh rasa bahan perapan. dan dan tu jugak idung aku terangkat. bangga dengan diri walaupun sendiri jugak nak mamam nanti
sos blackpepper ni secara asasnya aku suka amik dari blog ana. kena dengan selera sendiri
~ 2 sudu besar butter/marjerin
~ 2 sudu besar tepung gandum (utk memekatkan kuah)
~ 2 cawan fresh milk/ susu cair ( 400 ml )
~ 2 sudu besar serbuk lada hitam kasar
~ 3 @ 4 sudu besar sos botol blackpepper
~ 2 sudu besar kicap ( utk kaler sos lebih gelap)
~ cendawan butang dlm tin (ambik cendawan shj & hiris)
~ seketul kiub pati ayam knorr (aku tak bubuh garam)
~ Masukkan 2 sudu butter/marjerin.. bila dah cair masukkan tepung gandum tadi.. kacau rata guna whisker/garfu..
~ Bila dah berbuih2 , masukkan susu.. kacau lagi.. masukkan pulak serbuk blackpepper.. masukkan cendawan butang yg dah di hiris... dalam gambar takde cendawan butang sbb aku lupa nak beli..
~ Pastu masukkan kiub pati ayam knorr seketul, masukkan kicap dan sos botol blackpepper.. kacau sebati semuanya.. kalau suka pekat biarkan sos tu masak lama sikit sampai pekat..
~ Sape yg suka cair2 boleh lebihkan susu sikit kalau agak2 sos tu terlalu pekat.. pandai2 la korang ejas ikut kesukaan korang ye..
rupa pinggan sodeh kan tapi rasa adalah nyaman
kadang-kadang segan nak hias lebih-lebih sebab jelingan sakit hati en.suami adalah sungguh pedih
nampak sedap
ReplyDeletesedapppppppp
ReplyDeleteterliurnyerrr.. nak try jugaqlah :)
ReplyDeleteHye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)
ReplyDeletepink velvet ..... silakan.
ReplyDeletetaufiq .... tq. dah datang blog awak. suka selfie rupanya dia
ReplyDelete