Thursday 20 March 2014

Suami vs Bini



bila dah berumahtangga dan beranak pinak tanpa henti bak kilang pemprosesan makanan, kerjasama suami isteri memang le sangat penting. nak-nak pulak kalau dua-dua pun kerja, bibik pulak tak de untuk membantu

kalau bujang dulu, duk dengan mak pak ataupun rumah bujang tak de pikir sangat masalah ni. ujung-ujung mak bising lepas tu dia kemaskan sambil mulut prot pret. prot pret la mak, janji kerja mak siap. paling senang pun kita letak bawah katil ataupun kuis-kuis dengan kaki kalau menghalang laluan. nyebok je kan, nak jalan pun susah padahal sendiri yang pemalas tu tak nak diubah

ada suami yang ringan tangan. ringan tangan menolong yek bukan ringan tangan menampor bini

sebenarnya kita ni masih lagi sang isteri yang bertimbang rasa. bukan nak suruh diorang tolong kita benda yang susah pun, basuh sudu pun jadik le. tu pun dah cukup membuatkan kita canang merata-rata. kt fb jangan cakap le, dan-dan tu jugak capai telefon, tangkap gambo untuk bukti penyiaran

sementara kita basuh simen luar dalam hujan lebat sebab nak jimat air, rasa bangga giler bila suami sudi tukarkan pampers anak yang dah labuh sampai ke lutut


maka.... 
adalah patut untuk sang isteri hangin kalau suami campak je baju kotor dia kat tepi mesin basuh padahal bekas baju kotor tu kat ujung ibu jari kaki dia je

nak-nak pulak bekas yang jenis macam ni. campak je kat muncung bekas tu sampai bekas tergolek-golek ataupun melurut kat bawah. sorry ye nak betulkan balik, bini kan ada. nanti dia nampak, dia mesti betulkan

image : google


surat khabar punya hal pun selalu jugak bikin hangin, kan?. lepas baca tu campak je merata-rata. janji maklumat kat dalam dah dibaca, tak de le rasa rugi beli tadi

kot kalau baca depan tivi, situ le dia letak. kot kalau atas sopa, maka sopa jugak le jadi mangsa

padahal bini dah diy tempat letak surat khabar, lepas tu letak kat tepi tivi sebab tau laki tu kaki tivi. laki dan tivi tak boleh dipisahkan. kalau boleh dalam jamban pun nak letak tivi. bio bini sakit dari tivi rosak

bekas abu rokok pun berjemaah sekali depan tivi. cucuh dengan puntung rokok tu baru tau

mangkuk sangat kan

--------

bini mithali ni tempah le langsir macam hotel sebab nak bagi rumah cantik. yang bajet tak cukup tu sanggup jahit jelujur je langsir. nak cantik kan, buat le apa saja pun. bukan ramai manusia yang kepoh sampai kerebet langsir orang lain

tali pengikat pun kena la ada, baru havoc

yang laki versi manja ni senang je keja. jerut je langsir tu, tak pun buat simpul, buat gulung. janji rumah terang, bukan nak pikir pasal langsir dah macam pembungkus hacks




malas kak ton nak senaraikan kat sini, bikin hati panas pulak

ingat ye para suami... cuma ringankan sikit tulang tu. anda pun nak duduk dalam rumah yang sama jugak




9 comments:

  1. Replies
    1. tepat sangat tu. sedangkan hamster dgn arnab pun bole tolong2

      Delete
  2. Kak Ton, itu gambar versi bini mengamuk jadi hulk ke? Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan cakap ingat tu kak ton ye. tu jiran sebelah rumah

      Delete
  3. kena tolak ansur dan saling membantu . perkahwinan itu kan perkongsian .

    ReplyDelete
  4. Hahaha Qilah setuju sesangat lah hahahhha

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum.

    kita suami isteri kan pelengkap sesama sendiri. Dia sepah, kita kemas. Biasa la tu.... :)

    ReplyDelete