Friday 14 March 2014

Sweet Tender Muffin



awal tahun ni aku dah bagitau kat anak-anak, azam tahun baru ibu nak masak yang sedap-sedap untuk anak-anak ibu. cakap je nak makan apa, ibu masakkan

masa tu....semangat meletus-letus, meluap-luap. masa tu, kalau sapa-sapa bangkang niat aku, mesti aku bagi satu jelingan maut

maka ...... 
banyak le permintaan yang aku terima. pantang nampak kat afc, semua pun nak suruh aku buat. diorang lupa yang ibu diorang ni cuma kenal bawang merah bawang putih je. mana aku nak cekau bahan-bahan yang omputeh guna 

dalam erti kata lain, kita boleh panggil ia sebagai alasan ye




kali ni berjaya merealisasikan permintaan angah. dia nampak dalam buku masakan. nama buku "makan .... cupcakes, muffins and scones"

ok la nak .... mari kita capai tepung gula sekarang jugak





Bahan-bahan 
1 biji telur
1/2 cawan susu segar
1/4 cawan minyak sayuran
1 1/4 cawan tepung
1/2 cawan gula kastor
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam

hahahahaha.... semua bahan basic je. sebab tu aku laju je angguk kepala


Panaskan oven 170 darjah

Pukul telur dengan sudu. campur  susu dan minyak

Ayak tepung, baking powder dan garam

Masukkan dalam campuran telur dan kacau sampai sebati. Jangan terlebih gaul pulak ye

Bakar selama 20 minit atau sampai masak




berebut-rebut makan yang warna coklat, diorang kurang minat yang warna kuning cair

baiklah anak-anak .... nanti ibu usahakan buat muffin rentung pulak



sungguh la senang nak membuatnya. jangan bagi alasan mixer tak de le, lektik mahal le. semua pun di hujung jari anda.... melainkan anda tak de jari 


11 comments:

  1. SB suka buat kek kecik2 cam ni...bebudak suka makan

    ReplyDelete
  2. kak, beri sy sebiji yg pns2 ;-)

    ReplyDelete
  3. Kak, kenal jugak akak pada telur, tepung, ayak tu semua kan? Ingat kot nanti telur diganti bawang putih. Tepung ganti bawang merah. Ye la dah dok kata kenal tu aje kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha. Tpaksa belajar sebab nama tercalon anugerah ibu misali

      Delete
  4. wah..sedap tuh..untunglah angah dapat makan cupcakes muffin.

    ReplyDelete
  5. *pukul telur dengan sudu. Detail tu hehe. Aku nak pukul dengan garpu. Jadi ke tak nanti ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tak gemo nipu, aku mmg guna sudu. Ko try le guna garpu, nti sila update hasil

      Delete