Thursday, 8 May 2014

Sekejap Je Indahnya



sapa-sapa yang nak datang rumah, kak ton nasihatkan datang hari sabtu je. masa tu keadaan rumah adalah waras, lantai pun licin 

kalau korang buat lawatan mengejut pada hari-hari lain, kak ton tak jamin yang korang takkan dapat sawan

tengok ni ha.... 
nak nangis pun dah tak de airmata




meja punya la sepah, segala benda pun wujud


semua pun campak atas meja tapi penghuni relax je macam duduk dalam taman

kot kalau dapur boleh angkat, kak ton rasa semua pun ada atas ni. yang diorang relax je bertapa kat situ

kak ton dah siap masak, baru nak relaxkan minda. rasa nak mengelupur sedih. kot kalau ada pusat rock climbing, nak je kak ton panjat sekarang. sure berdesup sampai atas sebab darah pun naik mencanak



sejadah pun along sidai kat sini, padahal tempat letak sejadah ada je kat belakang tu walaupun ia hanya atas tv brand samsung yang dah berumur 13 tahun

hehehe, at least tak de le cam gini



jangan terpedaya dengan diorang berdua ni

nampak macam tekun study tapi jangan tertipu. sorang mesti tulis biodata, sorang lagi lukis gambar kapal terbang ataupun robot. tu mesti tangan menulis tapi kaki memasing sepak-sepak manja kat bawah

buku biodata angah tak tau ada berapa banyak. dalam bilik sendiri ada, bilik kak ton ada, dalam beg sekolah ada 2 kot, dalam laci lagi. memang keje kak ton untuk belikan buku biodata dia je agaknya

asyik-asyik benda yang sama dia tulis. kawan baik & kawan jahat. kononnya sakit hati sangat le dengan kawan jahat tu. hahahahah, dasar sungguh kan?.. nama budak bising pun ada dalam buku biodata. macam le sendiri tu menikus je dalam kelas

kononnya jalankan tugas sebagai penolong dengan berhemah la ttttt


tu le antara salah satu sebab kak ton tak boleh bersara dari jadi werewolf. banyak sangat pancaroba




7 comments:

  1. sabar itu separauh drpd iman
    hehehee

    ReplyDelete
  2. mcm tu lah gayanya bila ada anak yg sedang membesar . klu dah anak dara , boleh la umah tu kemas sikit ... sabar kak ton .

    ReplyDelete
    Replies
    1. along dah boleh diharap. dia le yg selalu tolong

      Delete
  3. X de la sepah mana Kak Ton. Kot ada tamu datang mengejut, Kak Ton angkut je la meja tu campak luar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah, gud idea. tak terpikir kak ton

      Delete