Friday, 2 May 2014

Simple Black Pepper Lamb



tak tau macamana semenjak dua menjak ni kak ton boleh suka makan kambing 

dulu bukan main memandang sinis dengan kewujudan kambing. sekarang bau tau penangan dia. tu la ,,,, velagak sangat kan

cubaan menghasut suami dan anak-anak pun berjaya. tiap kali buat lamb mesti ada 4 pinggan bersamaan dengan lapan keping

tak payah tunggu weekend, lepas balik keje pun kak ton boleh sediakan kalau perut memaksa




makanan cara western ni tak de le susah mana pun

perap lama supaya daging bergaul mesra dengan rempah ratus. biar dia berhubungan sumbang lelama




perap kambing dengan sos lada hitam, lada hitam hancur, rosemary, thyme, garam. sos biar lebih sebab nanti kita nak guna jugak, no pembaziran

kiranya ....
 segala bahan masakan omputeh ko boleh campak

kak ton perap sekurang-kurangnya sehari. baru rasa power meletop-letops




basuh bayam elok-elok. bayam banyak pasir, kang tak pasal-pasal berpasir pulak perut korang. ambil daun je, batang tengah tu tak mo guna

potong leek secara menyerong untuk bagi kesan professional walaupun masak secara orang baru 1st time masuk dapur

panaskan minyak zaitun, masukkan leek. bila dah berbau wangi, masuk bayam. masak kejap, campurkan garam dan serbuk lada hitam. masuk dalam pinggan, ketepikan

dalam kuali yang sama, tambah lagi sikit je minyak. masak kambing. kak ton masak tak lama, tak nak hilang jus dia. bila dah memenuhi citarasa, masuk dalam pinggan berisi bayam tadi

juga dalam kuali yang sama. masukkan lebihan sos perapan. kot kalau sikit, boleh tambah lagi sos lada hitam. kalau pekat, boleh tambah sikit air, perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam



dah siap

kan kak ton cakap, simple je tapi berjaya menghasilkan sesuatu yang kak ton suka

kena rajin bereksperimen je sebenorrnya walaupun kak ton ni pemalas. cakap je lebih



13 comments:

  1. kak ton
    bleh bagi detail resepi
    i mcm berminat nak buat la kak ton
    wkakakakakakkaka
    masak lamb tu brapa minit kak ton
    kak ton jgn gelak
    kan saya tak reti masak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. halamak.... detail kak ton tak de le pulak menyukat sebab ikut sesuka hati je

      lebih kurang gini,salah silap mintak mahap

      kmbing 4 keping (bukan 4 ekor), sos lada hitam 3 sudu besar, rosemary 1/2 sudu kecil, lada hitam 1/2 sudu kecil. panggang la dlm 4 minit satu belah

      jangan takut, tak jadi pun masih boleh dimakan, takkan jauh larik rasa dia

      Delete
    2. Kak Ton nak tahu tak? Aku paling tak suka bila Elly kata dia tak reti masak. Tak reti masak tapi nanti atas meja dia siap itu ini semua ada. Bunga dalam pasu pun ada tau atas meja dia.

      Aku tak nak percaya cakap dia. Aku percaya cakap Kak Ton aje. Hehehe.


      *puji, jangan tak puji. Nanti dapat makan kambing free. Hehehe.

      Delete
    3. wakakakakakaka....

      kak ton is pening. nampaknya terpaksa le elly buat open table. sebelum puasa elok le dibuat supaya tak menghampakan kawan-kawan. bukan jauh sangt dari klang pun

      tq in advance

      Delete
    4. Amboi.....last week aku masak ayam merah....awwwww pakwe dan anak2 puji sedap

      Delete
    5. ok gak tu masak merah. kak ton tak kesah, masak apa2 pun kak ton rembat

      Delete
    6. Kak ton sila jgn lari target....ko yg kena masak kan. Aku mkn je.

      Delete
  2. Amboi sedap gilaaa aaaaa nakkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena la ke giant, mencarik kambing
      :)

      Delete
  3. Slm kenal

    Nampak menyelerakan tapi since akak x mkn daging kambing..tukar dgn daging lembu ok tak..;-)

    http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam

      ok rasanya kalau tukar dgn lembu tapi kambing ni sy rasa ada aura tersendiri

      Delete
  4. Nampak sedap.tapi saya tak makan kambing

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la. dulu akak pun tak layan tapi redho je skrg dgn makanan kegemaran ni

      Delete