Semalam kan Selangor cuti...
sempena hari jadi Sultan Selangor
lazat betul menikmati cuti ... lepak2 depan tivi, melayan anak angkat baru, kemas-kemas apa yang patut dan tak patut
lepas Zohor cadang nak gunting rambut. rasa rimas bila rambut dah panjang sikit ni, tak de kebebasan. walaupun tak boleh kibas-kibas rambut di tepi pantai bila rambut dah pendek tapi tak pe lah. janji boleh lenyapkan rasa rimas tu
kalau dah kelas tuh... tak kira rambut panjang ke pendek
ye dak??...
elok keluar je rumah dah nak sampai kedai gunting. hujan bukan main mencurah-curah. lebat giler. wiper pun guna yang paling laju tuh
cuaca seperti tak merestui niat nak menggunting. balik je la nampak gayanya. Hujan lebat, parking pulak tak de. selipar jenis tapak licin. kang berlari-lari dalam ujan buatnya jatuh sapa yang bakal malu?... tak ke kak ton jugak
kat area rumah, setitik pun air tak de turun padahal dekat je rumah dengan pekan klang tu
tak pe lah ... tak dapat potong rambut, jom kita buat cupcake je
resepi dari cik mat gebu
pada aku, agak manis. nanti nak kurangkan kandungan gula
baru keluar dari oven bukan main berebut anak-anak makan. lepas sejuk, langsung tak diendahkan
tak pe tak pe ... ibu bawak pegi opis je esok
250 gram mentega - cair dan sejukkan
250 gram gula kastor
250 gram tepung - ayak
8 biji telur
1 camca besar ovallete
4 camca besar susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
1 canca teh vanilla
1 camca besar coklat emulco
1 camca teh pes pandan
pewarna kuning dn hijau
Panaskan oven pada suhu 170C
Kacau rata dengan whisk tepung, gula, ovalette, telur dan susu pekat manis
Putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu, anggaran 7-8 minit
Tuang mentega cair, gaul dengan spatula
Bahagikan kepada 3 bahagian, satu letak pandan paste dan perwrna hijau, satu dengan coklat emulco dan serbuk koko, satu dengan esen vanilla dan perwarna kuning. Gaul rata
Sudukan berselang seli antara adunan
Bakar 20-25 minit atau hingga masak
Drizzle dengan choc ganache...
untuk menutup sebarang kekurangan
cuba la yek... jangan lupa kurangkan gula pada yang tak suka manis
hujan - hujan dpt cup cake mmg marveles lah ...
ReplyDeletedapat makan laksa pun sedap
ReplyDeleteSedapnyaa.....dahla saya suka kek..hahaha...
ReplyDeleteBW dan follow sini dr Girls Blogger...
x0x0 ^___^
http://tinymummy.blogspot.com/