Thursday, 5 December 2013

Ayam Panggang



along kata dah lama tak makan ayam panggang

syahdu rasa hati
dengan linangan airmata aku pun melangkai ke pasaraya berhampiran

nipu sangat, kan?...
ayam punya pasal boleh plak nangis. beli je la ayam tu, habis cerita. airmata tak membazir, orang pun tak ngata kat belakang

budak2 ni kalau ayam laju le masuk mulut, kalau ikan dipandang sinis je. rendah sungguh kedudukan ikan di mata mereka, tak de nilai

diorang tak tau bukan main susah nak tangkap ikan

rosyam noor sampai habis la nyawa dia sebab dek nak tangkap ikan
* drama mawar putih tanda perpisahan *

aku tertengok drama tu. suka plak aku. sungguh aku tak tau nama pelakon pompuan tu nad zainal. baru semalam aku mendapat berita. tapi comel je dia dalam drama tu

rosyam noor punya lakonan pun hebat ... nampak sungguh kampungnya. kalau dia berlakon jadi orang kaya pun nampak hidup je watak orang kaya

well done

well....... adik ipar rosyam noor kawan laki i
* tak de kena mengena langsung kan?.. tak do sapo heran *




tak de refer mana-mana resepi je

aku letak je apa yang ada depan mata

rebus kentang sampai lembut, ketepikan

perap ayam dengan 3 ketul bawang putih, 1/2 sudu kecil rosemary, 1/2 sudu kecil lada hitam. semua pun aku tumbuk lumat. campur dengan 1/2 biji air perahan lemon dan garam jugak

masa nak bakar, aku letak kentang yang dah rebus tadi dan belahan bawang besar

bakar 50 minit


sos hasil bakar ayam tu aku ...
aku panaskan sikit minyak zaitun, masukkan sos tu dengan sikit air bancuhan tepung jagung untuk kasik dia pekat



dah siap lauk untuk dinner semalam

di kejauhan sana adalah sup ketam dan sambal tumis udang


selamat menjamu selera wahai anak-anakku. ibu nak berendam dalam jakuzi kejap

jakuzi le sangat kan?...
padahal masak air dalam cerek, letak dalam baldi merah




6 comments:

  1. isteri rosyam tu kawan pada kawan aku, aku pernah p umah mak dia kat PD.. *nak menang gak hehe

    ReplyDelete
  2. haaaa..... kedengkian jelas terpancar

    ReplyDelete
  3. ayam , feveret tuh ... rosyam noor mmg pelakon berbakat !

    ReplyDelete
  4. TADI SAYA CUTI.. ISTERINYA KERJA,, JADINYA HARI NI SAYA JADI MR. MAMA.. JADINYA TADI SAYA MEMASAK UNTUK 2 ORANG ANAK SAYA.. MASAK SIMPLE JE, SUP AYAM DAN UDANG GORENG KUNYIT.. :)

    ReplyDelete