Monday, 10 June 2013

Butter Cake



Monday datang lagi

Apa pedulik monday ke tak monday ... 
kerja kena buat jugak. 

malas kena lempar jauh-jauh, boss bayar gaji untuk kerja sungguh-sungguh. 

haaaaa,,,, laaaaaa... bajet pekerja hebat abad ini


semalam sempat la buat sebiji butter cake untuk seisi family.   diorang ni kalau kek kena hidang panas-panas, bila dah sejuk nanti setengah bijik mata pun diorang tak pandang

penat la aku posing maut tak do sapo nak eran

belajar dari pengalaman, kali ni nak deliver cepat-cepat ke mulut diorang. kalau boleh, nak tolong ngangakan mulut tuh




Bahan A
250 gram butter
200 gram gula kastor
210 gram tepung
1 sudu teh baking powder

Bahan B
5 biji telur
1 sudu teh esen vanilla


Cara-cara 

1. Pukul bahan A hingga sebati. 
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, tambahkan esen. Pukul sebati selama 4-6 minit. 
3. Bakar selama 40 minit dengan suhu darjah




keluar je dari oven, cepat-cepat ambil roller blade untuk deliver kek ke ruang tamu di mana sang suami dan anak-anak menonton wayang kulit



nampak tak asap berkepul-kepul dari kek tu???

tak nampak???.... sebenornya memang tak de asap pun, den dah hembus kuat-kuat


2 comments:

  1. makanya... kena buat setengah adunan je. nak makan panas-panas punya hal

    ReplyDelete