Tuesday, 25 June 2013

Nak Pergi Mandi



Lama aku tak datang yek??....
aku balik kampung, abah admitted lagi
kali ni untuk proses kemoterapi yang pertama

doktor minta at least sorang anak ada waktu proses tu
kita tak tau apa tindakbalas abah terhadap ubat

anak mungkin lebih paham kalau nak dibandingkan dengan mak yang macam blur2 sikit

al-maklum la, dah tua. penat dok kat hospital lagi


2 hari sebelum balik kampung sempat siapkan kek "saya nak pergi mandi" ni khas untuk boss yang nak resign. i is sedih, masa bagi ucapan pembukaan ada rasa sebak sikit

boss yang also macam kawan, very supportive and sporting




siapkan figurine ni dengan angah dan iwan

ibu itik, anak itik, detail kat bath tab, telinga, misai dan paip air adalah 100 peratus hasil kerja tangan angah

good girl ...
dah biasa tengok ibu buat, pandai je diorang gelek semua tu




tingkat bawah butter, tingkat atas choc moist




wording kat kek tu adalah antara nama mesin yang ada dalam kilang

seriously ... aku akan miss the boss
bukan nak kipas ke hapa, ia adalah ikhlas



3 comments:

  1. mesti bos akn teringat2 kek ni nnt ;-)

    ReplyDelete
  2. speselnya kek utk boss kan, untung boss ada staff cam ni

    ReplyDelete