Tuesday, 11 June 2013

Kemas di Dapur



pada kita yang dah jadi permaisuri pada seorang lelaki dan ibu pada anak, dapur adalah tempat paling penting

sebabnya ...
nak pikat dan ikat laki dengan air tangan sendiri, nak jaga kesihatan anak

bila ada kat dapur, mesti le kena masak. bila nak masak, kena la ada segala bahan. bukan cukup satu dua bahan untuk hasilkan masakan yang kebaboom

macam-macam herbs ada... baik yang local ataupun herbs versi mat salleh. aku rasa yang 4 serangkai boleh la lepakkan diorang dalam bekas yang sama. herbs mat salleh ni kena asingkan supaya bau dan rasa tak bergelumang

ni adalah salah satu idea macamana kita nak susun segala herbs tu. botol dia bukan besar mana pun. kalau bekas besar, mau tak habis hingga akhir hayat kita




selain daripada tu, bekas menyimpan pun memainkan peranan. bekas 4 segi adalah lebih afdal melainkan dapur kita adalah luas ngalahkan padang ragbi

bekas bulat ataupun bentuk-bentuk lain makan tempat yek puan-puan. tak caya sila cuba sekarang. lebih-lebih lagi dalam peti sejuk melainkan peti sejuk kita adalah besar bersaiz giant



see ..... sungguh kemas dan sejuk mata memandang

kalau ada duit lebih berkepuk-kepuk, bole la beli tupeprware. kalau duit biasa-biasa je kadarnya beli je yang kat kedai plastik kat pekan nun. apa ada hal, janji semuanya kemas dan teratur

penting juga untuk bekas tu berstatus transparent, senang kita nak tengok samada bahan dah nak habis atau tak




yang ni aku percaya sangat. letak semua stok bahan di tempat yang sama. adalah tak hebat kalau kat sini letak stok kari, kat celah pinggan ada pulak terselit stok susu pekat manis

biar semua kat area yang sama, senang kita nak pantau. kot kalau dah nak habis, boleh tulis dan tampal kat peti ais. continously kita add in mana-mana bahan yang dah nak habis. senang, tak payah nak ulang-alik ke kedai. sekali pergi kedai mesti ada je benda lain yang kita pau jugak

ni kita namakan kemas sambil hemah berbelanja




"ala,,, orang dapur besar boleh la buat macam tu"

bukan gitu yek... mind set kena tukar.
cewahhhhh

tak kira besar atau kecil, ada cabinet atau tak.
kita yang jadi ketua kat dapur, semua bisa diatur

2 comments:

  1. setuju tu kak...sy ckp pantang kalu da ada tempat kita sediakan (mcm sudu + senduk) tp still yg gatal tangan g letak kt tmpt lain...eeeeee rs nk hempuk2 je... kalau brg2 mknn sy pntg kalu dialihkan kedudukannya... ;-)

    ReplyDelete
  2. buat 5S pun ok jugak utk dapur ni :)

    ReplyDelete