Thursday, 6 June 2013

Biskut Oat Nestum



Hujung minggu yang lepas .... rasa malas betul nak keluar. Sebabnya bila dah penah berjalan, balik rumah nak kena berperang lagi dengan habuk. Nak kena menyapu, nak kena mop

Makanya, duduk diam-diam.

Bayangkan diri berada dalam mahligai indah yang penuh dengan sudu garpu bersadur emas. Dayang-dayang duk ke hulu hilir nak bahagiakan diri sendiri.


Bila perut dah start nak berbunyi, petik jari panggil dayang.

'Dayang ... i lapar la. Sediakan minum petang untuk i, i bagi u patploh minit dari sekarang"

Berdesup dayang larik bukak peti ais yang besar gedabak umpama batang pokok durian

Lepas 30 minit, dayang datang dengan sepinggan biskut oat nestum.

bagus,,, cepat seploh minit dari masa yang dibagi. boleh masuk masterchef kalau gini




Dayang kata resepi ambil dari paper utusan malaysia, hasil dari azli razali


Bahan-bahan

170 gram mentega
190 gram gula perang (dayang kurangkan pada 180 gram)
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
160 gram tepung
1/2 sudu kecil soda
100 gram kacang walnut cincang
180 gram oat
60 gram nestum
1 cawan sultanas (sultanas balik kampung, dayang ganti dengan 1/2 cawan choc cip)
 
 
Cara membuat
 
. Pukul mentega dan gula perang hingga sebati
. Campurkan pula telur dan esen. gaul lagi
. Ayak tepung dengan soda. Gaulkan bahan kering iaitu   walnut, oat, nestum dan choc chip
. Masukkan dalam adunan mentega. gaul hingga jadi adunan
. ambil sejemput dan leperkan
. bakar dengan suhu 180 darjah, 8 minit atau hingga keperangan




I makan dengan anak-anak sambil dayang-dayang masih ke hulu ke hilir. Waktu baru keluar dari oven mengelupur semua anak nak ngambil. Dah sejuk, sorang pun wat tak tau

Itu adalah standard diorang




Petik jari lagi panggil dayang ... tapi dapat jelingan manja dan jeritan.

"apa ibu ni????... mengada-ngada pulak. mana ada dayang"


hihihihihk... angah menjerit rupenya. no dayang dayang yek... sendiri yang kena buat semuanya

2 comments:

  1. thanks for the recipe.. kelakarlah baca citer you ni :-)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete