Wednesday, 19 June 2013

I am Kembali



ayohai ...
dah 4 hari aku tak jengok. busy ngalahkan president negara mana ntah. apa yang aku pun aku kurang periksa. rumah tetap berhabuk, lantai tak de le berkilat mana pun

apa yang pasti, aku ada la touch-up frame pintu bilik air. warna asal kuning aku cat warna coklat untuk matchkan dengan pintu bilik air

plan asal nak tukar bi-fold tapi si wong ni banyak pulak cekadaknya. dia kata pintu tu nampak je cantik tapi senang rosak, rail selalu lari. maknanya cantik untuk sementara je la. makanya aku guna je pintu lama, bilik air atas pun kekdah yang sama. bilik air kat master bedroom je aku tukar tapi masih jenis yang sama, pintu plastik warna coklat gelap

disebabkan eric leong ada cakap dalam deko bersama eric bahawa kesalahan biasa adalah pintu warna lain, frame warna lain maka gigihlah aku men"touch-up'kan frame itu. buatnya eric datang surprisekan rumah aku, dia komen plak nanti. tak bagus plak untuk tetamu komen rumah tuan tanah

1st bad news pasal cat,,,,
cat tak cukup pulak. sempat 1 1/2 pintu je. pergi 2-3 kedai semua tak de brand seamaster, kod 3045 deep leather. dah lupa kat mana aku beli dulu. dulu???... ha ah, cat left over je

2nd bad news ...
kalau eric leong datang, sure dia pengsan. rumah tak siap dengan sempurna, pintu ada 2 tone warna. cepat-cepat aku call PA dia, jangan bagi eric leong datang klang dalam 2 minggu ni. bila dah siap semua, baru boleh datang.
:) 

apa lagi aku buat ujung minggu hari tu?...
oooo... pegi tesco, pegi nsk, pegi pasar pagi. semuanya sebab farewell party boss aku. party yang berkonsep murah tak de bajet dan low class membuatkan aku lintang pukang kalah lipas kudung

makan pun cincai je sebab en.laki tak de dekat 2 minggu. alahai ,,,, pakat tak berasap le dapur aku
  


3 comments:

  1. hamboiiii bizi kemain ye ;-)

    ReplyDelete
  2. salam.
    awak,tumpang lalu.
    kte nak promote sikit.
    kte ade jual aura white RM130 je.
    free postage + shaker + 5 free gift.
    kalau nak, contact kte ae.
    Diba 012 7009100 :)

    ReplyDelete