lepas berhempas pulas dekat 2 minggu setengah akhirnya siap jugak segala urusan. walaupun bukan aku yang berhempas pulas tu, tetap jugak rasa penat lelahnya. mana tak penat wei, lepas diorang balik kena sapu, kena mop
walaupun sebelum balik diorang dah clearkan semua sampah sarap, siap sapu tapi kena la jugak sapu dan mop lagi. aku sapu tiap hari pun habuk satu rumah, kalau tak mop tatau la apa jadik
maka... selama 2 minggu setengah tu jugak la tiap kali aku melombong hidong, hanya serpihan simen je yang berjaya dibawak keluar
kesimpulannya tak de banyak perubahan pun kecuali tingkap, menatang empat segi merah putih hitam dan lantai. lantai tu le jadi penyebab utama kenapa kitorang buat kerja touch-up ni
empat segi merah putih hitam tu nama dia glass mosaic. untuk rujukan, aku dapat harga agak murah, RM9 sekeping. kenapa dapat murah?...sebab wong rekemen kedai yang dia selalu beli dan kedai tu bagi harga special
SEBELUM
SELEPAS
bekas air dan gelas pun masih sama
pinggan nasi dan mangkuk lauk je lain, dah aku beli set baru warna putih bersih. kita tengok berapa lama itu putih bersih mampu bertahan
memula aku suruh wong letak glass mosaic tu kat bawah kabinet je. bila aku lepak-lepak depan tivi dan tak ngintai ke belakang, aku tengok mandor dia dah start ketuk kat area sinki tu.
dia kata lagi cantik,,,,
lantak la ko, salim. jangan buruk nanti, jangan sampai wong up kan harga dah le yek
salim ni dah tahap manager aku rasa. bangla yang tak de le sakit pandangan mata, dah kerja dengan wong lebih 7 tahun. jadi aku berpikiran dia tau yang terbaik sebab dah buat banyak rumah
tu dia .... tingkat sliding warna hitam
belum ada kesempatan nak beli blind tak de bajet
bila rajin, aku tepek le paper kat cermin tu
aku rasa bila waktu siang boleh nampak clear pandangan dari luar. bukan apa... aku takut waktu aku kibas-kibas rambut ala model ramai pulak jiran yang menebeng kat luar tingkap untuk tengok kemodelan aku. jadi tak de le privacy untuk aku masak sambil pakai bikini
tu je...... tak de sebab lain
ecececece....
glass mosaic wong pasang sampai ke pintu dapur
tempat penggantung bentuk epal
omputeh le sesangat, konon dengan pilih bentuk epal tu aku macam ada kat switzerland la tu... ujung-ujung rupa dapur macam ada kat kampung medan je
ni le benda yang menyebabkan aku terpaksa pergi bank untuk keluarkan duit... si lantai.
harap2 lepas ni tak de lagi kesan tapak kaki, boleh menyenangkan kerja menyapu dan mengemop
lampu pun kena make-over
tapi ada sikit kesilapan. lampu ni bila pasang lama dia akan malap dan padam. mungkin sebab rumah aku banyak cabang lampu. even dah tukar pun masih ada problem yang sama
takkan aku nak pergi serang dan salahkan kedai lampu sebab dek masalah rumah sendiri
dahhhh... duduk diam-diam je. bila lampu tu tutup, sila la ke depan. bila on balik tak lama lepas tutup, dia ok balik. dah nyata yang problem tu adalah kuasa kuda lektrik rumah aku. redho je la
Cantiknya dapur.
ReplyDeleteaiii pasni bertambah ligat la akk ye kat dapur hehee
ReplyDeletebaru tau keseluruhan cite, tgk fb tak tau sgt, hahahhahaha cantik outcome dapur ko, pas ni sila masak rajin2 jual kuih byk2 sampai pulang modal hahahahhaha
ReplyDeletefiza .... ala kadar je
ReplyDeletedapur dulu pun ligat, banyak mulut yang menanti
ReplyDeleteelly... gitu le ceritanya. tahun ni tak berbiskut raya, kurang income
ReplyDelete