Dahsat sungguh, menu bertarap antarabangsa yang aku nak paparkan kat sini
Sila ambil pen dan kertas untuk salin resepi
Dalam AFC pun belum keluar resepi nih
Sedih, kan?..
peria goreng je aku nak tunjuk tapi gahnya ngalahkan masak lobster yang fresh dari dalam kelong
Nanti kang korang kata blog aku sepi, untuk tak sepi sangat aku tunjuk le sepinggan peria goreng. tutup mata, campak-campak dah siap. tapi bila dah tutup mata tu kena hati-hati la jugak, takut korang tak depat bezakan yang mana api yang mana sudu. tau-tau kuku dah terbakar, masa tu jangan nak salahkan aku yek.
stail simple akka pemalas aku untuk masak sayur peria ni adalahhhhh
tumbuk bawang merah, bawang putih dan udang kering.
cili plak aku potong serong. kalau pandai buat cili bentuk ketupat, dipersilakn buat
apa susah, tumis la bahan tumbuk dan cili tu. bila dah bau wangi, masukkan peria yang dah dipotong dan direndam dalam air garam barang 20 minit. masuk sikit air untuk melembutkan peria tu. rasa la garam dia. kadang-kadang aku letak cili boh sesudu kecil untuk naikkan warna kuah.
udah la siap, tak yah cite banyak. bole la dimakan begitu saja, kot la korang suka pahit
ni la entry last untuk tahun 2012
bye bye 2012, welcome 2013
No comments:
Post a Comment