alhamdulillah, kaki kita melangkah ke tahun baru
bila kaki dah melangkah, sila la bawak jugak anggota badan tu sekali
jangan ditinggalkan ke belakang pulak yek
macamana cara aku sambut tahun baru?...
sori, aku bukan le insan yang suka pergi dataran merdeka atau tempat2 yang sewaktu dengannya untuk countdown. mengadap kat depan tivi pun amat la tak pernah aku buat
tak mampu rasanya aku nak bersesak-sesak dengan orang ramai tu
nak tunggu detik 12 malam depan tivi pun agak sukar sebab mata aku tak mampu menanggung kemengantukan
aku tak patriotik? bukan gitu, setiap insan adalah berbeza cara dia
cara aku celebrate tahun baru adalah dalam mimpi
orang lain ada yang lepak tepi pantai
ada yang naik genting
aku?????... naik katil aje le
kalau keluar, bila dah ramai orang tu mula la kepala tension. laki bini pun tension. ada yang nak berseronok, berlaku pulak pertumpahan airmata sebab gaduh. anak-anak pun kena tempias perang mak pak. maka, lebih baik dok rumah diam-diam
cabaran tahun 2013 mesti lagi hebat
cabaran dengan family, kerja dan life
harap-harap aku mampu jadi isteri, ibu, anak dan insan hebat
azam?...
ni lagi satu masalah
aku tak de le terikat dengan azam tahun baru
entah la, aku kolot ke?
aktiviti aku yang sarat mengandung mungkin me"limit"kan aku fikir semua tu
sila tengok betul-betul .... aktiviti yang sarat tau, bukan aku yang sarat
aku tampo kang, no no mengandung tau
aku nak concentrate dengan ahli keluarga yang ada sekarang ni
selamat la untuk kita semua, dunia dan di akhirat
No comments:
Post a Comment