Tuesday, 22 January 2013

The Merepeks



apahal tak boleh upload gambar haaaa???
berjuta kali aku tekan upload, tak bergerak ke mana pun


tengah semangat nak bagi anda semua menatap keglemeran aku berdinnner jumaat lepas


glemer ke?.... heheh, aku sendiri je yang kata glemer
apa ada kesah glemer ke tak
janji perut kenyang
nak makan 2nd round pun tak mampu

nak tapau hilang plak glemer
kang dikeji dek budak waiter tu
muka halus mulus, pipi pauh di layang tapi tapau makanan

ngalahkan makcik senah pegi kenduri kawin je
pegi dapur, amik plestik tergantung kat tepi tangga
tapau ayam masak merah, daging masak itam ...
"anak kat rumah tak makan lagi"
door gift pun mintak lebih, "anak suka makan telur rebus"

insya-allah aku tak suka tapau makanan
tuan rumah bagi pun aku segan, ni kan pulak cedok sendiri

kalau betul anak tak makan, bawak je la pegi kedai
tak pun masak megi sepaket, pecah telur sebijik
letak carrot, konon nak bagi nampak healthy



sebelum pegi dinner ... angah nangis nak ikut

wahai sayang, dinner ni untuk sapa yang bertungkus lumus keje kat opis je
yang tiap-tiap 21hb dalam maybank ada masuk gaji
pada anakanda yang tak termasuk dalam golongan tu, sorry la
cannot menghadirkan diri

maka .... berderailah airmata angah

ujung-ujung esok masa aku nak kemas henbag yang ditinggalkan kat rumah
macam biasa, dapat memo kesedihan dan luahan perasaan



No comments:

Post a Comment