Lagi salah satu sebab aku tak jadi cat frame tingkap dapur adalah kontraktor dah bagi harga untuk buat tingkap baru. Sebenarnya dah 3 minggu aku mintak harga dengan dia, konon nak buat tungkap tu dalam cuti maulidur-rasul + thaipusam tu la. Mana nak tau lambat betul dia nak quote.
Hati pun tak de le panas, jadi tu yang aku ingat nak cat je frame tu
Nak tunggu cuti panjang macam tu entah kan bila
Chinese new year memang takkan le dibuatnya
Sebab contractor tu bernama Wong
Sure nak beraya, takkan le nak dilayan kerenah aku ni
Hari Ahad baru dia datang rumah bagi quotation
Planned nak buat tile baru utk dapur dan bilir air bawah, ganti mangkuk jamban dan buat tingkap sliding untuk gantikan tingkap nako yang ala-ala zaman batu tu
Nah .... ni dia bentuk quotation yang Wong bagi
Perhati dan semak betul-betul
Kalau tak nampak, sila la sambar kanta pembesar
Tak nampak lagi????
aku kasi tangkap yang clear sikit
tu dia .....
kerja pencerobohan tingkap
amboi Wong .... ganas nampak bahasa u itu
orang nak suruh roboh je, dia terus nak menceroboh
rakus betul ko yek Wong
kenapa aku pilih Wong?
Sebab kerja dia detail,,, penuh cermat
Dulu sebelum pindah rumah yang aku beli 2nd hand ni, aku suruh dia buat kerja-kerja touch-up
Touch-up tu macam mengecat luar dalam, buat table top, ganti pintu dan sebagainya
Nampak ada kualiti, lagipun ada warranty
Harga mungkin lebih sikit tapi aku rasa puas hati compare dengan tiga kontraktor lain yang aku guna lepas Wong. Barang pun beli yang murahan, konon stok habis la. Nak untung lebih la tuuuuuuuuu tapi hati customer tidak dijaga
Walaupun Wong bagi harga untuk kerja-kerja pencerobohan tu memuaskan hati tapi kena la letak under KIV dulu sebab tak de orang kat rumah. Nak angkut anak sedara yang kat kampung, diorang ala-ala remaja jelita, takut plak apa-apa jadik
Lagipun Wong ni abang ipar sedara aku punya bini. Sedara aku lelaki, bini dia convert Islam. Jadi kebarangkalian untuk dia mentaikkan aku adalah rendah
bahahhahahahha kontraktor ko ni, ko kena hadiahkan kamus la wei, ko tanya la bila bday dia! ko bagi hadiah kamus wakakakkakakkaa
ReplyDeleteentah2 selak kamus pun dia tak tau
ReplyDelete