Assalamualaikum cucu-cucu sekalian
Dah lama nenek tak bawakan petua untuk tatapan dan kegunaan cucu-cucu
Sekolah pun dah mula, kan?.. kalau ada petua, boleh la mempercepatkan sikit kerja cucu-cucu
Dulu nenek pun sibuk, sebab tu nenek cuba apa aje yang bole tolong nenek
Kita tengok petua yang bole kita amalkan kat celah dapur, yek
Kat celah lain, nanti nenek bagi kemudian
mudah kupas bawang putih
rendam bawang putih dalam air kira-kira 10 minit sebelum kupas
@
panaskan sekejap bawang putih dalam ketuhat gelombang mikro
mesti nak ejek nenek, kan? zaman dulu mana ada mikrowave. petua mikrowave ni kawan nenek yang masih lagi muda remaja kongsikan
olololo... belum apa-apa lagi dah nak kondem nenek
elak mata berair
kupas bawang di bawah air mengalir atau dapur gas yang menyala
@
masukkan dulu bawang dalam peti sejuk
bila dah senang kupas bawang, asik-asik nak kupas le ja. ambil petua ni supaya airmata kita tak kering
elak susu tidak melimpah
kalau nak didihkan susu, sapukan mentega di keliling bibir dan bahagian dalam periuk dengan mentega
sila ambil perhatian, mentega di bibir periuk, yek bukannya mentega di bibir kita ataupun anak kita. susu pulak adalah susu segar, bukannya susu kita yang diperah terus ke dalam periuk
makanan terlebih garam
masukkan hirisan kentang, tomato atau sesudu teh gula
hhhhaaaaa, ni dulu cucu nenek selalu je berangan nak kawin dan dia campak sekilo garam dalam kari yang nenek suruh dia buat. bukan main lagi nenek angin, atas bawah berangin. nenek pun cepat-cepat la suruh dia masukkan kentang. selamat la kari tu dari kena buang dan telinga dia dari kena tarik
sekian ye cucu-cucu. nanti nenek datang lagi dengan petua yang lain pulak
assalam, ida..lama bsb tak singgah sini.
ReplyDeleteW,salam. Ingat dh tk ingat org sini
ReplyDelete