sesi luahan perasaan dan pemberitahuan
tapi kalau setakat bagitau kat blog je nampaknya takkan sampai le ke telinga tuan punya badan yang bertiga tuh
tapi amanat yang sama dah aku sampaikan kat diorang bertiga, buat pedoman
baru je start sekolah, kan?.. tak sampai sebulan pun kan
ada aje barang yang susut, haih ,,,
bukan aku berkira tapi kena didik diorang dengan rasa tanggungjawab
aku tak nak diorang rasa dimanjakan, kalau ilang boleh beli lain
memang akan beli lain tapi kena la masuk sikit bebelan
untuk iwan ... si bongsu berdarjah 3
hari pertama sekolah bekas air iwan dah lenyap satu. sampai ke detik sekarang ni total 2 dah hilang. maka sebab tu la aku tak pernah teringin nak bagi dia bawak tupperware. kalau dia bawak tupperware n tupperware tu hilang, menangis tepi baldi le jawanbya aku. tu belum lagi pensil tekan dia, ubat pensil. dompet pun ilang tau tapi berjaya jumpa balik esoknya. alatulis dia memang selaly lenyap tapi pemadam selalu pulak beranak, hari ni bawak 1, balik nanti dah ada 3 dalam pencil box. what a magic tapi aku dah pesan, kalau jumpa jangan bawak balik. mesti mak budak tu ada bagi nota yang sama macam aku buat nih
untuk along ... si sulong, bertingkatan 1
nampak ok sikit dari iwan, nampak dah dewasa. sekarang dia selalu je hilang correction tape. masuk ni dah 6 correction tape aku belikan. hari ni dia bawak correction tape yang ke-6 yang aku baru beli ahad lepas kat mph. sapa je la yang suka songlap nih... dia kata balik dari rehat selalu dah tak de. situasi merbahaya nampaknya nih. hari tu aku bekalkan dia 20 engget untuk beli baju sukan, aku sorok2 kat celah2 beg supaya tak dapat dikesan. dongdang sayang la kalau sesapa korek beg along dan jumpa 20 engget tu. balik rumah, aku duk bersyarah tepi telinga along plak
angah, si anak dara, darjah lima
so far so good, tak de apa-apa yang lenyap lagi tapi tengok n lihat aje la. kalau ada benda yang tak de, mesti dia yang membebel kat aku. ambooi,,, sudah terbalik ini cerita. dia control kita plak yek
No comments:
Post a Comment