Tuesday, 8 January 2013

Lucky Draw



Bulan Nov tahun lepas aku beli la set bilik tidur. Baju cik abang punya la banyak melampau, kalah bini mithali nih. Sakit bijik mata aku nengok baju dia, maka dengan hati yang berat terpaksa la beli lemari enam pintu. Kalau la lepas ni baju dia bergelempangan lagi, terpaksa la aku bukak jurus harimau mengaum. Harap-harap mampu memberi kesedaran 
:)


kedai perabot ni ada buat lucky draw pulak pada sapa-sapa yang memperabihkan duit kat kedai diorang. Tiap RM400 duit yang terbang, dapat satu tiket untuk lucky draw tu. Aku dapat 10 tiket, sila kali sendiri berapa banyak aku dok keluarkan untuk set tu ...  keluar duit sambil airmata yang berderai.




ramai jugak yang datang, semangat untuk grand price RM3000
2nd price, RM2K, 3rd price RM1K
20 voucher RM200
30 set lampu 

dapat 1K pun jadik laaaaa



PA aku stand-by dengan tiket

memula sopan je duduk kat kerusi, last2 ditariknya aku ke depan
tup tup ada kat depan sekali

hebat sungguh angah, hilang rasa malu aku bila dia ada
ada le kawan buat bersembang untuk mengilangkan rasa nebes
maunya tak neber, 1K bakal dalam genggaman



semua pun berdebar-debar
nasib la ada sediakan kuih-muih dan air oren sejuk
kurang la sikit rasa debaran untuk menjadi orang kaya segera



pada pendapat korang, berjaya tak aku????????



berjaya tapi bukan duit yang aku dapat tapi 3 set lampu garam cenonet

3 kali tau nombor aku naik tapi semua pun lampu
haishhh... tak de nasib la beb




nasib la lampu ni comei, bole tukar-tukar warna
hilang la kesedihan

dan sekarang of course la lampu ni dalam bilik si anak dara, sapa lagi yang suka benda-benda macam ni kecuali dia





No comments:

Post a Comment