Ni adalah sesi mengenal diri. Ada sapa-sapa kesah?...tak pe la aku cerita jugak sambil lap hingus di hujung hidung
Ni cerita pasal diri la, bukan biodata aku. Tak yah le korang berlari-lari lintang pukang pegi kat beg sekolah anak untuk ambik pen n kertas. Kalau tak paham, sila baca berulang kali.
Aku dah keje kat opis sekarang ni dari umur Along 8 bulan, sekarang Along dah form one, sekolah menengah. Lama giler tuh,,,,tk sangka jodoh aku bukan main lama kat shah alam ni.
Rasa memang malas nk cari kerja lain, aku selesa dengan waktu kerja n environment. Boss pulak bole la give n take, tak de le strict sangat kata orang. Lambat sekali sekala adalah dimaapkan tp alhamdulilah, aku adalah antara pekerja yg punctual
Aku memang particular bab masa ni. Kalau kepala otak aku set pukul 6 kena bangun, kalau 6.05 aku baru terjaga, alamat lintang pukang la aku jadiknya. Padahal pukul 7 baru nak bergerak. Gitu le kekdahnya bila anak-anak dah sekolah ni, timing kena la betul2. Kalau anak-anak berkura-kura aku pun ..... tapi dengan berhemah la. Aku tak nak la menspoilkan mood diorang pepagi buta
Bila timing lari, aku pun mula la men'up'kan kelajuan kereta tapi aku takkan potong que, masuk dalam kotak kuning ataupun langgar lampu merah.
Sebab tu la mulut aku bukan makin berkicau dalam kete klu ada orang yang buat gitu. Tak respect orang lain langsung. Kes asuk dlm kotak kuning ni aku tetiap hari nampak kat sekolah agama, time ambil anak2 balik sekolah. Traffic lite depan dah tukar merah, ko patutnya stand-by. Agak2 la jarak tu, ko dengan selamba tak nk kosongkan kotak kuning tu. Kereta, van, bas sekolah ,,,, semua kena berderet tk dapat bergerak sebab kepala sell-fish korang. Bukan rugi pun kalau ko ke belakang sikit, ni buat muka tak bersalah ,,, korek idong la, betul tudung, nyanyi2 dlm kereta. Hish....angin sunggh
Aku jugak adalah sungguh pemalas nak naik rumah tingkat atas. Kebanyakan barang keperluan aku ada stand by kat bawah.... telekong, tuala, bedak. Haaaaa, teruk punya mak bersikap pemalas. Kalau nak kena ambik barang, aku mintak la tolong anakanda tercinta, selalunya along la yng jadi mangsa. Tq Along ,,,,,.
Sebab tu la rumah atas punya la tak menepati spesifikasi aku ,,,, fail kpi
Mop pun aku malas .... sedih. Dah beli mop baru yang kononnya boleh perah air sendiri pun kurang berjaya merajinkan aku. Tp bila lepas mop lantai, rasa nak main luncur plak, ringan je kaki berjalan. Bila rasa ringan, rasa nk pakai baju cinderella plak. Kerna lantai yang bersih memerlukan model yang cantik. Boleh gitu?..
Bila time rajin, aku rasa aku boleh jadi makhluk kurang waras. Bila kurang waras, boleh je aku pegi kedai cat, cat dinding rumah di waktu suami sedang menonton tivi. Basuh n polish kete sedangkan en. Somi baru je 5 minit pegi car wash.
Walaupun nampak ganas, aku ni berstatus dalam hati ada air terjun. Jangan sapa2 berani sakitkan hati mak pak aku, sungguh la aku touching
No comments:
Post a Comment