Monday, 17 December 2012

Happy Hour ... tele-match



dalam banyak-banyak aktiviti yang opis aku buat, ni antara yang paling aku suka

tele-match versi bajet ciput
memang tak de bajet langsung untuk buat ni, semua pun recycle kecuali makanan dan hadiah
agak la sadis kalau makanan pun recycle
lagipun, dari celah mana pulak nak dapat makanan recycle

pagi-pagi la kitorang dah berkampung kat padang ni
aku, antara ajk kena la datang awal
konon nak setting tempat tapi tak de apa pun yang nak disettingkan
tele-match sedih macam ni mana payah nak setting
semua pun berkonsepkan rock kapak

dah semua ahli sukan sampai, sesi briefing pun start la
briefing pun sodih jo, ala-ala cokia gitu 
:)


ni acara pembuka kata, boling kelapa
kelapa minta abang ajoi sponsor dari pokok jiran dia 
hebat, kan?
kata bajat nando, kena la dapatkan sponsor giler-giler

sesi testing, ya ampun ... bukan main susah nak membolingkan kelapa tu
degil betul dia nak tegak, menyerong ikut kehendak sendiri je



ok, sila mula sekarang. azab la korang semua

ok, kat sini ada sikit unsur penipuan
orang suruh golek, dia baling
penah tengok shalin zulkipli baling bola boling?
sah sah diorang ni buta sukan, ikut suka sendiri plak




next, baling tin

haaaaa... sonok-sonok
nostalgia zaman kecil-kecil dulu

tin kitorang mintak dari kedai mamak tak jauh dari opis
hubungan erat antara kedua-dua belah pihak menyenangkan urusan 
eh, ada jugak yang ambil dari tea lady kat opis je




memang moriah, ahli kumpulan sporting gile nmpaknya

aku yang jadi ajk pun main jugak tau, mana bole lepaskan peluang macam ni. apa kelas kita jadi tukang tulis markah sedangkan orang lain terlari-lari seronok





heheheh.. kepit belo sambil lari
sapa kepit kuat alamat la belon korang meletup
untuk langkah selamat, anggap la belon tu macam sendiri punya, dijaga penuh hati-hati




nah, saksikan tuan belog mengepit

mampus la aku, terkedek-kedek.. terlompat, terkedek-kedek le aku bejalan
comei macam kuda padi je




 ni paling tak ble tahan...tarik upih kelapa
pecah perut la kitorang semua 

korang bole bayang tak?... aku yang anggun ni jatuh tergolek-golek kena tarik
hampeh betul tukang tarik ni. habis kredibiliti aku dibuatnya

nasib la gambar aku tergolek tak sapa berjaya snap. nampaknya tak de bukti untuk memalukan aku




game seterusnya .. kaki tempurung

gigih la aku kikih kulit tempurung tu tau. kalau tak licin, mau la geli-geli kaki para peserta yang hebat-hebat belaka ni

aku sungguh bersungguh-sungguh tak?.. termoncong-moncong aku nak stabilkan badan




ni lagi satu acara tak ble bla
acara sukan akka mendera

muka sorang-sorang dah macam tikus mondok. semangat kesukanan punya pasal, tikus pun tikus la. janji happening

nasib tak de sapa-sapa yang lemas tersedak tepung
masa  ni la nak rasa air liur kawan-kawan
:)




ni rounders je
sebagai sorang yang bertangan kidal, aku selalu je diminta pasukan lawan untuk buat pukulan
nampak sangat nak menghina aku tau
terguris hati aku
sentap 300 kali. serkup muka diorang dengan kon tu baru tau




dah tammat.. hadiah pun berstatus bajet
bekas beli kat tesco
bekas pun aku cari yang paling murah tapi besar

haaaaa.... nak jugak nampak hebat
retis le katakan


No comments:

Post a Comment