Thursday, 27 December 2012

Mari Mengaler



Lokasi standard yang ibu dan ayah selalu bawak kami adalah jusco
tak kira la jusco bukit tinggi ataupun jusco bukit raja
dan tiap kali pergi jusco mesti kami beli ubi keledek warna purple dan kaya ball

lepas makan ubi keledek, kami pun melepas beramai-ramai
kalau tiba-tiba datang bau yang kurang menyenangkan di jusco, tu mungkin dari kami
tu kami namakan tindakan luar kawal
lagipun buat apa nak ditahan benda yang nak keluar

kali ni kami mengaler batu kapur 
bantai aje la, janji kami tak boring

tiap-tiap sorang pilih haiwan memasing



along ambik ikan, angah ambik ketam, iwan ambik ayam

dan kami pun mengaler le sesuka hati
glemer plak rasa bila mengaler di depan ramai orang

nerbes pun ada tapi kami buat macam biasa, anggap diri sendiri artis terkenal je




dah namanya aktiviti berkumpulan, kena la ada perbincangan 
angah macam biasa, suka syok sendiri, tak mo disscuss
eleh .... takut orang tiru la tuuuuu
dah haiwan lain-lain, apa ke heinya orang nak meniru




di saat kami bertungkus lumus depan para peminat, ayah dibantainya tido
tak de langsung nak memberi sokongan moral, bagi tepukan pun yilek
ibu je sebuk kat tepi kami


nampak tu, dua insan bertangan kidal
dua ikut ibu, sorang ikut ayah
al-maklum le, kami ni aktiviti jemaah ibu dan ayah le katakan
ambik la genetik sorang sikit



along yang stim dengan ikan berwarna merah
ikan ajaib abad ini



angah ,,, bajet ayu bersama ketam biru
ketam batu ke?... tak berapa pasti, mungkin kacukan 



iwan bersama ayam jantannya
jantan la sangat, warna warni sungguh ayam 


bukan main bangga kami berpeleseran keliling jusco dengan hasil masing-masing
rasa macam nak tido dengan haiwan je malam ni
semangat berkobar-kobar, tak sangka bole kaler atas batu



dannnnnnnnnn................
masuk je dalam kereta, semua haiwan dah sompeh
jangan tak membuang masa ibu dan ayah je nunggu

tapi ibu tak kesah, katanya janji kami happy
ce kalau kami mintak nak kaler lagi sekali, mesti ibu perambat kami dengan penyapu


No comments:

Post a Comment