Tuesday, 25 December 2012

Merry Christmas



Merry Christmas to everybody

sekejap je masa berjalan. rasanya baru kejap kitorang jalan-jalan kat empire tahun lepas. gambar pun belum sempat upload, dah datang balik christmas




bila christmas datang, maknanya tahun baru pun bakal datang
bila tahun baru datang, maka bermula la aktiviti rutin... anak-anak sekolah
tahun baru nanti bakal menonggang langgang kan aku
anak sekolah 2 sesi
yang menengah sekolah sesi petang, yang sekolah kebangsaan & sekolah agama lagi

cemana yek aku nak handle?...
hantar yang berdua tu ke sekolah, hantar abang & bakul baju ke nursery
balik ambil barang kat nursery, ambil kat sekolah agama, hantar mengaji
merempit plak ke sekolah menengah 
waaaa... panjang masa tu

nak harapkan en,somi memang la tak dapat rasanya
dia habis keje 5.30,,,, dari port klang plak tu
takkan sempat 
huhuhuhu...tawakal je la aku



nasib la sekolah menengah dapat buat rayuan, dapat sekolah yang dekat dengan nursery
bole la along berjalan je pegi sekolah
hebat tak?... form 1 tapi masih dok nursery
aku takut dia terbabas waktu sekolah
tak de sapa nak handle makan minum dia kat rumah
tak sampai hati plak nak biarkn dia makan makanan sejuk


barang-barang keperluan sekolah memang dari awal aku dah siapkan
dah bergosok pun bajunya
stationery dah ada dalam beg, tinggal nak selit duit belanja sekolah je


christmas eve semalam aku anak beranak tido depan tivi 
saja je, adventure di malam raya

punya la aku tensi dengan jiran sebelah rumah ni
diorang memang ada penyakit tak reti bawak kunci rumah
baik anak yang berkereta ataupun bermotor
apa korang rasa?.... bunyi hon memekak-mekak waktu subuh
yang aku perasan, 2 kali hon motor
pulak tu, bukan reti nak hon sekejap
hon non-stop tau... lama plak tu
mana tak lama, isi rumah dah tido

apa la masalahnya, dah tau tak reti dok rumah, buat la kunci
agaknya dalam rumah tu ada satu kunci je

what the taik kucen


aku baru nak mimpi jalan-jalan tepi laut dengan aaron aziz, hon berbunyi

aku nak makan bersuap dengan azri iskandar pun hon berbunyi


waktu pocong kejar aku tak reti plak korang nak picit hon tu

hampeh sungguh


No comments:

Post a Comment