Wednesday, 15 October 2014

Diet... saya nak kuwussss



kembang kempis lubang idong kak ton. bukan senang nak turunkan berat badan bila kita ni adalah adik tiri angkat pada gajah dan badak

sejak dari puasa hari tu membawak ke sebelum raya hari, berat kak ton berjaya turun sebanyak 6kg. cayakan?..... berat yang paling berat yakni sebelum puasa, yakni 68kg dah mengecik pada 62kg

logik tak kalau lubang idong mengembang dan mengempis?....

bulan puasa kak ton tak suka makan nasi. jadi kat situ dah banyak membantu. pinggang baju raya pun terpaksa hantar balik kat tailor, kasi alter sikit. kuwussss la tu konon. tapi tailor tu pun melampau sangat, kain dah macam nak pakaikan kat pokok durian pulak 

masa raya, kita pulun sebanyak yang mungkin. no diet diet ye. tak pasti berat masa raya tu berapa. tak kose nak menimbang, lebih baik layan makanan kan. setahun sekali kaedahnya

dah lemau layan makanan, kita diet semula

selain dari minuman detox buatan sendirimemang rasa perbezaan dia tau. badan rasa ringan, perut ada la kempis sikit

kak ton jugak amalkan diet atkins. pernah dengar???... ala, diet protein tu, no karbo-karbo.  memula tu bersungguh betul kak ton. sekali terbaca, bukan tak boleh amik karbo tapi paling banyak pun 20g. dah di situ kepala kak ton lari sikit dari landasan. kak ton bantai jugak amik karbo

nyampah tau... 
kalau tak, sekarang mungkin berat kak ton dah jadi 40kg kalau tak terpesong

selalunya kak ton amik telur kalau kat office. memang telur distand-by dalam peti ais office. campak je dalam microvawe, sambil menaip sambil makan telur




ni last weekend punya breakfast

nasi goreng???????...
no no no, bukan nasi goreng

penipuan terhadap mata ni. kobis bunga ala nasi goreng

apa kak ton buat????... 
tumbuk bahan macam nak buat nasi goreng

bawang merah, bawang putih, ikan bilis, sikit belacan, cili padi. amik kobis bunga, sagat dengan penyagat la kan. maka masak la macam nasi goreng. kiranya nasi tu tukar dengan kobis

feeling-feeling makan nasi goreng tetap ada walaupun kak ton sebat sikit nasi goreng yang kak ton buat untuk anak-anak

omakaih... 
raya haji naik 1kg pulak. duk kat kampung, apa kes mendietkan diri



12 comments:

  1. berat iols 63kg. tapi sebab ada bayi dalam perut.. :p :p :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. nyampahs...tp i masih berwajah comel

      Delete
  2. hebat lah k.ton! hhehehe.sy ni xleh lah atkins.pg pg kena minum coffee.haih.telur lak x leh mkn.mmg x teratkins lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah berbulan kak ton tak minum nescafe di agi hari seperti kebiasaannya

      Delete
  3. caiyok2....lebih protein...baru la berat turun dgn senang tp otot maintain...try set kurus shaklee

    ReplyDelete
  4. adik aku pun buat diet atkins
    dimasaknya cam ko ni kubis bunga
    aku mati2 ingat apa tau atas meja makan
    kahkahkah
    selamat menjadi kurus kak ton

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kalau sekali imbas, mmg agak keliru rupa dia

      Delete
  5. samalah kita. tapi CT ngelat banyak.. kalau kuar ngan kawan keje nak makan.. share share la recepi atkins boleh copy copy..

    ReplyDelete