hebat sangat ke valentine day?
ada kawan aku yang apply cuti, sewa hotel bagai sebab nak celebrate valentine
kebetulan esok hari jumaat jadi sambung cuti sampai esok... konon dapat la memproses anak baru sempena valentine. konon sunat la tu pemprosesan di malam jumaat
nak pengsan rasanya...,, diikuti dengan muntah ijo
romentik giler yek
benda-benda gitu suka la nak buat yek?....
entah la, orang ada citarasa masing-masing
bagi aku tak penting pun
tak penting dan tak berpaedah
hari biasa pun boleh pegi jenjalan, bole apply cuti
hari isnin depan maka terpampang le gambar kat fb, kat blog. percutian dengan suami sempena valentine. tu kot kalau dengan suami, kot dengan boipren lagi le pengsan. pengsan beramai-ramai le kita yek
lebih baik aku pikir apa nak beli untuk birthday Iwan esok. haish... buntu pemikiran ibu ni. kek rasanya nak rembat kat kedai je tapi rasanya kalau buat tiramisu pun ok gak, dah lama tak buat tiramisu sendiri. asik beli kat bakery je
kalau tanya soalan kat encik kemah keming pasal valentine day ni apa la agaknya jawapan dia yek.
buat pedoman diri sendiri ... ada benda yang boleh jadi ikutan, ada benda yang boleh dijadikan sempadan. kadang-kadang kita lupa, tak salah ingat-mengingati
semoga Allah sentiasa bersama kita semua
Amin
No comments:
Post a Comment