Friday, 22 February 2013

Tepek Pisang



Huhuhuhu... sayang mak ketat-ketat.

How ketat?
Sorry, gGam gajah pun tak boleh lawan, gam uhu apatah lagi


Apa lagi makanan yang paling sedap kalau bukan masakan mak. Mak masak sadin pun rasa makan masakan chef wan. 

Balik kampung hari tu sempat la buat muka lima sen, "dah lama tak makan tepek pisang". Dengan harapan mak mendengar rintihan hati ini.

Aku tau, mak mesti akan buat. 
hehehe., ni namanya politik murahan

Korang tau ke apa tu tepek pisang. 
Ala,,,, macam lempeng la jugak, guna pisang



Termakbul la permintaan, makan tepek pisang di pagi hari

Senyum la aku sampai ke telinga


Meh kita tengok cemana mak aku mengerjakan tepek pisang ni.

Bahan sempoi sungguh, macam nak buat cekodok pisang dan lepat pisang je. Cuma yang ni menyihatkan, no minyak-minyak yek

Lenyek pisang, tambah tepung, secubit garam, gula



Dah siap, bentang daun pisang dan tepek la atas daun pisang. Jangan guna daun keladi, nanti gatal pulak tekak korang. hehehe



Letak pulak kelapa parut yang dah dicampur dengan sikit garam. Kalau rasa hebat, bole la letak banyak garam



tutup la itu pisang



masak la atas kuali leper, tak leper pun boleh. jangan lupa bukak api, berkurun pulak pisang tu tak masak-masak



dah siap. juling-juling bijik mata aku, sedap sangat la tu konon


3 comments:

  1. Rindunya nak makan tepek pisang macam ni...

    ReplyDelete
  2. wahhh... sedapnyer....kompem balik nih carik pisanggg...

    http://supernifzvitamin.com/petua-kempiskan-perut-selepas-bersalin/

    ReplyDelete