Thursday, 14 February 2013

Villlage part 1



Minggu lepas, cuti chinese new year hari tu kitorang membawa diri dan badan ke kampung halaman kat kuala kangsar

tak yah cakap pasal jam, semua orang pun mesti kena tempuh jam. standard la aku rasa. tak de sikit pun aku mengeluh ke apa ke sebab nak balik kampung sendiri. hehehe.. kalau kampung mertua pun tak de masalah. understood la, cuti panjang. kalau tak nak jam, balik naik jet sendiri. naik rakit pun aku rasa tak de jam jugak

9.00 am dari klang, sampai kampung dekat 5 pm. wah, agak berasap vontot sebab cuaca pun mencabar. tu kira cepat la sebab kitorang keluar ipoh, dengar kat dalam radio jam teruk dekat terowong menora. lepas berdikit-dikit, alhamdulillah selamat sampai

omak dan abah eh tengah melepak kat kerusi rotan depan rumah
tu standard, petang-petang diorang lepak situ. cakap-cakap, tengok cucu main


kebetulan balik dalam suasana buah bergayut di sana sini
sampai je terus kait buah rambai

aku memang suka buah yang masam, mungkin sebab tu muka pun tak pernah manis


pagi ahad pulak aku menjelajah tepi rumah. eh eh, ada buah duku
sejak bila plak pokok tu ada aku pun kurang pereksa

serious, tak tau langsung pasal pokok tu
lagipun pokok tu tersorok sikit 
jadi ... bukan salah aku sangat, lokasi dia yang tak strategik




1st time rasanya along panjat pokok, cuak jugak aku
nasib banyak dahan, tu yang aku rasa ok sikit



menikmati buah yang segar dari ladang

heheheh,,,, rasa macam kat san francisco pulak

nampak macam gagah perkasa, bila time turun tak tau
kena panggil rescue ranger plak



tadi anak, ni bapak tak ble menahan kesabaran
tu pun lepas diberi sokongan moral kakak aku merangkap kakak iparnya
along pun duk pangggil-panggil dari atas
tercabar la tuuuuuu



gaya seorang juara ... juara manjat

kalau ke bawah, aku tak jamin ek
semua pun atas tanggungjawab sendiri 



hasilnya .... lalalalalala, dua bakul & 1 plastik
banyak lagi kat atas tu, tak payah tamak
yang ni pun bisa membawa ke lubang jamban,, sakit perut wei pada yg tak tahan



ni pulak buah rambai yang bergayut-gayutan

sapa pun tak sudi kait kecuali si gadis bermuka masam ini 



di kejauhan adalah pokok rambutan, pun tak de sapa sudi kait



hari isnin kitorang pegi lagi kat pokok duku, konon dengan misi lagi hebat
penuh semangat tuh, siap bawak penyapu, paper lama, lighter bagai
nak sapu2 daun kering, konon senang nak tengok buah

3 port kitorang kumpulkan daun kering, kumpul dan bakar
en. suami dah start manjat sambil bawak bakul 
petik & letak terus dalam bakul, ala-ala petik stoberi la tu, tak nak buah pecah

mana nak tau ..... kekekekeke
punya la semangat kitorang bakar daun kering sampai lupa si pemetik buah kat atas pokok
tengok-tengok kat atas, dah memutih je

penuh dengan asap, dah tak nampak pokok sebab asap dah berkumpul kat dalam rimbunan daun yang lebat tuh

hahaha... tukang petik pun kitorang tak nampak dah
kitorang tak nampak dia, dia pun tak nampak buah
kejam tak??????

jadi operasi pun terhenti di situ
kang tak pasai-pasai cium bau hangit ,,,, bau bulu kaki terbakar



No comments:

Post a Comment