Thursday, 14 February 2013

Salmon Steak with Lemon Sauce



Hai kawan-kawan

Hari ni sila la tatap misi mengabihkan salmon 3 potong yang dok terperuk dalam esbox


Sonang sesangat la membueknya, yang paling penting bahan semua kena ada
kalau tak de maka tak bole la wujudnya salmon ni




pelakon utama adalah ikan salmon. perap dengan serbuk lada hitam, serbuk lada putih, garam, mixed herbs dan daun rosemary

perap dalam 5 minit je cukup, tak payah sampai 1 hari ataupun 2 hari


panaskan sikit olive oil dlm non stick pan
goreng sambil dibalik-balikkan
jangan pulak balik-balikkan dengan rakus, kang jadi serbuk pulak ikan tu



jom buat sos pulak

1/2 biji bawang holland, potong dadu
1 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar butter
sebiji lemon, basuh dan hiris menjadi 4
200ml susu
garam secukup rasa
serbuk mixed herbs



panaskan butter, masukkan bawang holland
kacau hingga layu



terus masukkan tepung gandum, kacau sebati




tuang susu dan kacau

kalau nak senang, kacau dengan whisk

masukkan pulak lemon, serbuk mixed herbs, garam

jangan masin sangat, nanti juling bijik mata tu
kalau tak suka, boleh adjust kuantiti susu





resepi adalah dari ana

No comments:

Post a Comment