Monday, 4 February 2013

Saya Adalah Down



Pagi tadi melangkah keluar rumah dengan semangat berkobar-kobar, kononnya nak bagi untung 2 juta pada syarikat. Resaksa pun takut dengan semangat aku tu rasanya, telinga idung semua berasap


Cit .... jalan jam menggila, treler rosak daa kat traffic lite


Berjaya sampai ke nursery lepas setengah jam, kalau berjalan kaki 7 minit aku dah sampai tapi nampak agak tak cantik le pulak berjalan kaki dengan raga empat segi warna ijau epal dan pemegang putih, baju sekolah menengah yang disangkut pada hanger, 2 pasang kasut sekolah dan 3 biji beg sekolah

jam menyebabkan kereta yang nak keluar dari simpang nursery pun join sangkut jugak. kereta ni pun satu haprak. dah tau nak ke kanan, ko que la kat lane kanan. ko selamba badak lepak kat tengah-tengah lane nak ke kanan n kiri. kereta depan aku plak tak reti2 nak mencelah, dok bertengggek kat situ sampai ke aku tak ble tahan & bagi lampu. baru le nak merangkak


cit lagi sekali .... tak jauh dari simpang depan tu pun jam


orang baiki jalan pulak daaa. ko ni la... pepagi buta dah gigih baik jalan. cuba la start kerja lambat sikit, aku dah rasa nak demam kepialu ni. boss plak sent sms, mc katanya. aiseh, tak nak la nanti dikata amik kesempatan, boss mc anak buat datang lambat

dah aku gunakan kepakaran yang ada memecut tapi mana la nak dapat pecut, kereta banyak. kiranya bukan pecut la tapi memandu dengan berhemah tapi tak melepaskan peluang yang ada, kalau boleh pecut aku pecut la
:)


ayoyoyoyo kadir, sorang budak logistics dah berenti, sorang lagi emergency leave bini nak beranak anak sulung. aku terpaksa stand-by untuk bertukar menjadi budak logistics ... print delivery note


fuh ... order berlambak nak kena compile. aku tak kisah banyak tapi semua orang nak kena aku suapkan. semua nak ada depan bijik mata, tak boleh la langsung nak berdikari. bangun sikit, cari order yang mana dah ghaib. supervisor pun sama, ada je order yang tak dipulangkan. letih la aku nak ulang benda yang sama. tak reti-reti tanggungjawab sendiri. tensi mak tau, bukan kerja setahun dua. ada tu dah lebih 20 tahun, lebih 30 tahun. kenapa la asik-asik aku yang nak kena tanya, nak kena cari. sila la beri kerjasama




dan kesudahannya ...... aku pegi jumpa president untuk sign manual delivery note. kenapa manual?.. sebab no co-operation walaupun aku dah call pic, dah call manager dia. ahaksssss, president suruh aku hantar email, quote nama dia. kenapa mesti mention nama president baru nak bergerak???... sungguh la tak professional la beb



satu lagi ,,, heh heh, dah publish baru teringat
 
belum waktu lunch lagi assistant aku dah makan. aku tau la aku selalunya tak de la berkira sangat tapi sekarang ni tengah berlambak kerja, sendiri pun tau aku kena report dengan president sebelum pukul 12 tengahari. aku sungguh rasa tak syok bila aku kena inform president, vice president dan management team yang lain bahawa benda tu settle lepas pukul 1, lepas pukul 2, lepas pukul 3.
 
sila la kesian dengan aku, kalau dia lambat maka aku pun lambat la. dia boleh sedap-sedap makan lepas tu tidur kat surau
 
 
itu lah sebab paling besar aku down....
 
sekian, terima kasih.



No comments:

Post a Comment