Biskut ni glemer tahun lepas
Ramai orang berpusu-pusu mengetest
Sebab....senang & sedap
Boleh buat waktu senggang, sambil lepak-lepak depan tivi
Tiba-tiba rasa rindu dengan biskut ni
Tak lengah, lepas kerja terus sengseng lengan baju
Gulung kain baju kurung sampai paras lutut
Resepi cedok dari rumah Kak Jee
125 gms butter
40 gms gula ising (guna 30 gms sahaja)
125 gms tepung kentang (starch potato)
80 gms tepung superfine (tepung gandum pun boleh)
CARA:
Mentega dan gula ising dikacau hingga ringan. Masukkan dua2 tepung yang telah diayak. Uli guna spatula hingga sebati. Dohnya lembut sangat. Simpan dalam plastik dalam peti ais lebih kurang 20 minit. Kemudian baru gentel.
Tekan dengan garpu, tabur dengan gula berwarna.
Bakar dalam suhu 170 darjah selama 15 minit.
kan senang sesangat
sekejapan dah dapat sebalang
bila dah siap semua baru perasan
kad kerja pun tak bukak, punya la semangat
:)
mcm sedap je..tapi tak penah mkn biskut ni.hihi
ReplyDeletesedap & senang
ReplyDelete