Wednesday 26 November 2014

Apam Gula Hangus



minggu ni layan apam gula hangus je

kadang-kadang order ni bermusim jugak. ada musim dessert, musim congo bars, musim roti


apa yang seronok dengan apam hangus ni??...
lembut membelai kalbu

lagipun kak ton boleh buat sehari awal, simpan dalam peti sejuk dan esoknya sebelum deliver kak ton kukus lagi sekejap

rasa lembut masih macam semalam. tanak letak dalam peti sejuk pun masih lembut

yippie.... lompat bintang tiga kali





masa kak ton baru-baru test pam ni dulu, semua anak tak nak makan. diorang tu pelik sikit, makanan yang tak pernah makan, tak pernah tengok susah beno nak cuba rasa

kak ton beliakkan biji mata sikit, baru le berani makan secubit

last-last sekarang ni, kak ton palingkan muka sekali terus hilang 3 biji. kalau masuk dalam bilik air terus hilang 10 biji

tu la ..... 
sila muka minda wahai anak-anakku yang comel dan manja. ibu hanya berikan yang terbaik untuk anda. uwweekkk, muntoh orang dengo, apam gula hangus je pun





4 comments: