Wednesday, 29 February 2012

Cream Puff

Ingat senang ke nak mulakan benda yang baru?....bercinta sesangat, hokeh
Punya la malas akka lazy. Camel padang passir pun tak de malas cenggini
Nak kata ada makan batu @ besi, tak de rasanya



Bertalu-talu dan bertubi-tubi ku tolak order cream puf ni 
Badan berat ngalahkan berat 120kg ...padahal baru 46kg
******* tertunduk malu sambil gigit kuku *********



Ni bukan actual order tapi yang saki baki yang dibawak ke opis untuk tatapan & santapan kawan-kawan
Tapi tak de le kemut sangat sampai diri ini tega bawak 3 ketoi je
Ada lagi ni haaaaa....3 ketoi buat syarat penyiaran je



sedap......
kata kawan la, takkan le tukang buat nak cakap over & riak sebegitu 

TAPIi.....sambil usha kiri kanan supaya line betoi2 clear,,,,
mmg sedap pon

adoi....bakul yang diangkat sendiri ini telah koyak rupenye
dan jadilah saya sebijik nangka busuk yang baru gugur ke bumi

Tart 2 Sekawan

ada masanya berdua tu lebih baik dari satu
gitu le jugak kesahnya dgn tart ni
asik2 posing syok sendiri je
sekali sekala kita kawinkan cheese & fruit tart ni


cite pasal kawin, ni dah nak musim cuti sekolah
bila dah cuti sekolah, maka secara otomatiknya adalah musim mengawan mengawin

ulalalala....teringat time kawin dulu, sonok kan?
tapi kawin zaman dulu tak de le gah macam kawin zaman skrg
tak de le nak pegi pre-wed kat taman, celah pokok buluh, tepi2 sungai
cukup je atas plamin ....
tu pun terkepit2 tahan malu

kenapa malu?....
maunya tak malu, orang semua nengok muka yang tak berapa nak shantik ni
kot2 orang meluat nengok 
tapi ok kot?...sebab tak de pun adegan muntah kat depan plamin
syukran....

iskh...terasa nak kawin plak
tak sedar darah meleleh dari tepi telinga.,,,owh, rupenye laki ketuk dengan hammer


Tuesday, 28 February 2012

Boss Saya Sangatla Baik

Sapa mampu dapat boss yang berhati mulia?......
Angkat lagi tangan tu tinggi-tinggi

Walaopon cuma jadi boss ai kejap je ...sebab dia hasil pinjaman dari s'pore off 
tapi dia memang baik, understanding
Mungkin dia pun pikir ai begitu
:)
baik & comei


everytime turun shah alam, mesti ad je buah dada tangan yang dia hangkot
cekelat.....which i tak eran (riak?,,,,,bangga diri?..)
semekot singa mengaga la, rokok pun dia bawak
tapi takkan le ai nak belajo isap rokok semata-mata nak merasa rokok free?
penah jumpa orang yang cenggitu?...sorry la yek, kat sini ada tau



&&&&&&&&&&&
dia bagi ai ni.



suka sesangat
kerna Allah kurniakan ai ni jenis yang kuat menghargai pemberian orang
tak kira, walao rege 3 engget punya barang tapi ingatan orang pada kita tu yang paling penting
cuz RM bukan sssegalanya



TQ boss.

BILA NAK DATANG LAGI???????


Kawan Punya Pasal.....haruslah ditunaikan

FB ni ada pro & con
Sapa setuju, sila angkat baju tangan

kawan-kawan dari zaman tadika pun bole jumpa balik. pokcik motong rumput tepi sekolah 
dulu pun kita bole jumpa kat fb ni, kan?



Tapi yang tensinye kalau anak-anak kita dok ngadap fb je, dah macam tak de bende lain lagi nak buat kat dalam donia ni, Kalau dulu, reti main bola kat padang ujung taman, sekarang ni dah tak nak main. Kalau bole, koncing pun nak kat tepi lappy je. 

Nasib le anak den nan bertiga tu belum terjebak lagi




makanya.....order kali ni dari kawan lama masa skolah dulu.
dah beso panjang yek ko jua

dulu ingos meleleh....skarang dah vogue ngalahkan fauziah latipp





pandai hias rumah plak tu, siap masuk majalah lagik
sebab dengki nak nengok rumah ko, penat pusing klang & shah alam
carik majalah impiana punya la hazab




kawan ni ppun satu....
punya la last minute bagitau nak kek

ingat mokcik dok kat rumah nunggu order masuk je ke?
i ni carrier woman tau?

tapi.......kawn punya pasal, ku gagahkan juga 


harap2 anda berbahagia mencelebrate birthday anak kat morib tuh.


Saturday, 25 February 2012

Puding Roti Sos Kastad



Punya la kelam kabut bila ada tetamu nak datang rumah. Dia dah keluar rumah baru dia call, bagitau nak datang. Tak ke lintang pukang kehidupan dibuatnya.



Korek sana, korek sini....bukak sana, bukak sini
Intai bahan-bahan yang ada kat dapur nan merah itu, apa nak buat ni?....
i don't like bila tetamu datang tapi jamu dengan semekut, tu pun kalau nasin baik ada semekut. 
Buatnya semekut pun wasalam, apo nak bagi?



Nasib la roti ada, susu ada...yang penting lektrik pun ada
Bole le buatkan puding roti ni

Sempat rasanya nak siapkan....sementara borak-borak bole le puding ni sejuk
Kalau ada rezeki, dapat le deme merasa puding air tangan ai





Sumber : myresipi

Bahan A
500ml susu segar
8 keping roti gardenia

Bahan B
4 sudu besar gula halus
2 biji telur
2 sudu besar butter - cairkan
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar serbuk kulit kayu manis (optional) - ai letak 1 sudu kecil je
1 sudu besar buah pala (optional)

Bahan C
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula

Cara-Cara

1. Koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jan
2. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dengan bahan A yang telah direndam
3. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit @ hingga masak. Sejukkan sebelum dimasukkan dalam peti es.
4. Gaulkan bahan C dan masakkan di atas api sederhana sebentar.
5. Tuangkan sos di atas puding semasa menghidang.

Siap.......sempat la tetamu merasa.
Alhamdulillah.








Friday, 24 February 2012

Thursday, 23 February 2012

Budget CC

Bukan semua yang dikurniakan Allah dgn rezeki yang melimpah ruah

Maka....budget cc kat bawah ni paling seswai dgn budget anda yek


jadi......
sekarang adalah sesi promosi barang sendiri

marilah beli dgn saya


bila dah makan cupcake, hati pun senang
malam pun dapat tido dengan lena

sekian, terima kasih.

Buku Biodata......so comei

Sapa-sapa yang ada anak laki & pompuan musti bole bayangkan

LelAki memang jenis yg tak kesah
pompuan jenis yg suka melaram, semua pun nak pink, semua nak cantik
Pantang nampak cekak rambut, klip rambut....mesti nak beli
Kita yg ala-ala ibu misali ni pun beli la walau pun kita tau benda tu bakal musnah
kurang dari sehari
Tak yah nak guna bom jangka...sebab jangkaan kita lagi tepat dari mende alah tu



sebagai gegirl yang comei...si angah ada sebijik buku biodata
ala....cam kita remaja dulu la

kawan tulis kata nasihat yg dicopycat dari buku biodata orang lain
@ kata-kata nasihat dari majalah
tulis pantun, tulis pasal diri sendiri yang kononnya vogue

ni buku bioadata angah
light purple, lepas tu dia tampal dengan sticker comel




kalau ikut surat beranak, nama dia NADZIRAH IKA SHAZANA
tapi kalau dia tulis kat mana-mana, mesti jadi nazirah ika shazana
dia kata tak suka NAD, mana ada orang nama NAD?
ewah ewah ewah
bole gitu?...mak ko bagi nama sedap-sedap, pandai-pandai je ko edit
tu nama ada makna, tau?
ai nengok buku tau
ni isi kandung yang kawan-kawan nantikan, pasal diri sendiri

waa.....i punya nama pun ada
tandatangan tampal dgn star....sebab tak de tandatangan lagi
maka...bintang la yg paling seswai pada waktu sekarang



waktu kemas jadual, pelan-pelan ai amik pen n tulis samting untk dia
kerna di waktu itu saya adalah kurang kerja



tak sangka.....
semalam ada tambahan pulak dari kata-kata ai

so kiut...
dia perasan jugak

hhhhhiiiii.....i love u too

Wednesday, 22 February 2012

Dedaun Hijau

Untuk birthday patry, tema hutanc




Bubur Sum Sum



Dah lama rasanya tak upload acara main masak-masak
Bukannya tak de try resepi baru tapi malas je lebih
Selagi tak tukar berukband versi tapir ni, selagi tu le ada masalah nak upload

Teringat dengan mummy kat kampung halaman
Bila teringat dia, maka makanan yg dia selalu masak pun menerpa dalam ingatan

Daddy memang suka makan bubur sum-sum
Tapi yang air tangan mummy la, tak men la beli-beli kat kedai

Tapi.....
kenapa mummy masak tak yah bawak keluar measuring cup,
tak de pun kena beli timbang digital

Adakah anaknya ini begitu hapak haprak?
Bukan begitu, malas la nak kalahkan orang2 veteran
sambil sorokkan muka tepi pasu bunga orkid jiran sebelah



1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
800ml santan
1 cawan susu cair
1 sudu kecil garam
Sedikit perwarna & pandan emulco (guna pandan paste je)

Air gula
Sekeping gula melaka
1 cawan air
2 helai daun pandan

Semua pun versi senang. Masak semua bahan dalam periuk, bila dah likat, sejukkan dalam peti ais. Nak comeil, masuk dalam acuan kecil tapi basahkan dulu supaya senang nak keluar.

Air gula pun sama, masak hingga pekat dan tapis.



sejuk perut bila angah pun ikot sama perabihkan



kalau tidak, hanya ibu terkulat2 seekor seorang diri

Pinky Fondant Cake



Jangan pening plak,,,punya la banyak gambar yang sama
Meluat?...ala, relax rrrr
Sekali sekali cenggini



Bagi la peluang pada ai utk syiok sendiri
Kerna gambar yg suwit haruslah banyak diupload




lalalalala...senangnya dalam hati



Kasi senget sikit ini kamera....
walopon tetap kek nan pink ini




Atas meja kat opis plak
Sementara boss belum menerjahkan dirinya





Tamat sudah penderitaan anda semua
Serta keperasanan diri srndiri ini

Bukan senang nak buat ni tau....kononnya
Orang lain tak eran pun

Orang lain lagi cantik, tak de le macam ko


Tuesday, 21 February 2012

Binatang Apakah Ini?



JOm main teka-teki






Pernahkah anda terserempak dengan binatang ini?
Anda tau namanya?

Kalau anda teka rama-rama, anda adalah hampir tepat

Gini la kalau diri dikurniakan tangan serba tak de seni
Lebah dah macam anak burung




Monday, 20 February 2012

Punya la tak de Destinasi Lain

Jalan-jalan ujung minggu
Asik-asik jusco, kejap bukit tinggi, kejap bukit raya

Disebabkan sekarang waktu bermanja-manja dengan sang suami, kiranya cakap je 
nak pegi mana dia sedia hangkutkan




Amatlah boring bila dalam kete dia kata nak g jusco bukit raja
ala,,,,,boring la darling, pegi tempat lain la

dan dan tu jugak dia tukar pusingan stereng.....ngeh3, cun gak ni bila dia masuk kesas
ada can ni...kot2 g subang ke

tengok dia jalan je terus,
akhirnya.....membuang minyak tanpa arah tujuan. jalan sana, jalan sini

nak g klcc, petrosains tapi rasanya dah tutup petang-petang gini
masuk le jalan bukit bintang, keluar jalan ampang, keluar pulak celah jalan lain

last-last dia ajak pegi petaling street
ok je...dah berbelas tahun tak pegi

tapi.......
waaaaaa.....tobat tak nak pegi lagi
anak dara den paut tangan, tak lepas-lepas
pot pet pot pet mulut dia, pesan kat abangnya. pegang tangan elok2
tempat ni bahaya tau, along

tapi memang pun menakutkan

penjual pun dok maki mahun orang yg tanya harga tapi tak beli
maki hamun sana sini

sungguh la tak berselera nak datang lagi
makcik tak mampu menerima maki hamun 
cemana la rezeki nak berkat kalau ko maki maki orang empat lima bakul
cuba la pujuk rayu sikit
orang nak beli pun sejuk je hati


Boboi Boy Lagi









Aku Menang Nih

Alhamdulillah...ni namanya rezeki
&
ni namanya Panasonic Bidet Toilet Seat


Tak sangka betul, tiba-tiba dapat  call dari Utusan Media pasal ni
Katanya menang peraduan kat dlm Majalah Wanita.

Bila aku masuk?...last month kot
kerna ni adalah usahasama dengan Ciki



Apa kegunaan dia yek?...
Ala,,,,kalau koncing tu tak yah le tonyoh dengan paip. 
Pulas punat pink atau biru tu terus le air memancut dari bawah

Ala-ala hotel teragung tapi bilik air standard stinggan
hadoi.....nasib la free, kalau tak segan jugak nak pasang

Masalahnya kekdah pasang pun macam susah
Kena gak keluar duit panggil plumber nampaknya
Tahap kePHDian diri ini masih tak mampu nak install mende alah ni
Salah cikgu kemahiran hidup la ni
Sapa suruh dia tak ngajo cara pasang

Bila cik plumber dah pasang nanti, ai bgtau yek
sapa2 yg ada masalah berry tu, bole la singgah rumah
Lepak2 sambil berberry kan diri