Monday, 30 April 2012

Agak PeLiK WaJaHnYa



Di suatu pagi yang hening
Angin sepoi-sepoi bahasa perancis
Burung pipit berkicauan di atas dahan rendang
Burung gagak pula menebarkan taiknya di atas kereta jiran
Anjing-anjing ke lulu ke hilir.,...nak pergi keje ke wei?

Mokcik diperanjatkan lagi
tak suka tau......bikin jantung i bergetar



Sungguh la pelik mokcik nengok muka ummi aida nih
Dah hilang cantik, timbul ngeri pulak

Kalau-kalau Ummi membaca blog mokcik (ko ingat dia hingin nak nengok blog ko),
satu je pesanan mokcik, jangan la cuba-cuba berjalan malam
Bikin seram ramai manusia, bikin ramai yang heart attack



KAn elok berwajah lama, penuh keayuan
Sekarang dah ilang cantik
Orang tengok pun sejuk bijik mata

Dulu, ada duit berkepok-kepok dalam tempayan
Ingat nak botox @ plastic sergery
Tapi bila dipikirkan segaring-garingnya
Sedangkan artis yang cantik pun telah brtukar buruk
Inikan pulak mokcik yang nan ado apo-apo nih
Takut orang tak dapat bezakan
Yang mana satu tayar terpakai, yang mana satu mokcik

Walaupun mokcik tak de la terpelanting dlm golongan cantik
Tapi.....masa-masa gadis remaja
Tetap ada ramai peminat

Bila pukul 5.30 ptg, punya la ramai teruna kat bus-stand
Ingat kan diorang nak tunggu bas, rupanya nak tunggu mokcik je
Bila dapat tatap wajah mokcik, diorang pun beransur balik
Esok petang diorang datang lagi



Bersyukur la ke hadrat Illahi



He's 50


Bersiaran sekejap
2 hari emergency leave, bengang pun ada

Kerja berlambak-lambak, closing



Ni bukan order tapi buah tangan untuk kawan

Dia report dengan mokcik
Kerja yang bagus haruslah direward



He's already 50 tapi celik IT
Fast learner, tak berkira kerja
Willing to take new challenge



Saja buat design gini, biar dia mimpi umur dia baru 5 tahun

Happy Birthday to Abang Ajoi


Sunday, 29 April 2012

Bertunang Sudah...



Mood : tensen, bengang, tak adil

Malas story lebih-lebih, kang pihak yg berkenaan baca plak
Rasa tidak dihargai



Bila yang buat tu adalah kesayangan dia, buat-buat tutup mata
Bila kita yang cukup-cukup makan buat, satu kampung komen


 



Kepada tukang order, mood adalah gembira
Almaklum le, dah bertunang

Menghitung hari untuk hari bahagia pulak

Waspada la dalam kehidupan berumahtangga
Perkahwinan itu umpama perjudian, ada yang kalah

Cewah cewah cewah...nasihat tarap dato fadilah kamsah




Thursday, 26 April 2012

Strawberry Cheese Tart


Hari yang panas memang nyaman kalu dapat makan aiskrim
Hari yang sejuk memang enak kalau makan bubur kacang durian



Tapi mokcik sekarang dalam semangat bak gunung everest utk kuruskan badan
Teringat zaman dulu-dulu, masa badan umpama puteri kerengga
Semua indah di pandangan

Bila pegi PD, bole pakai bikini
Bila dinner party, pakai dress bareback
Bila jalan-jalan kat shopping complex, pakai mini skirt
Main badminton depan rumah pun akan pakai legging pendek

OK OK OK OK OK
jangan percaya, tu semua tipu semata-mata
nak kena sula?



Makanya, sekotak strawberry cheese tart ni hanyalah untuk kastemer

Dan 4 bijik extra untuk diri sendiri
heheheh...ada sikit tipu dalam usaha untuk diet



Nampak gambar ni kat wall anak sedara

Huhuhu...
rasa semangat utk berdiet

Cepat-cepat kayuh beca pegi kedai
Beli quaker oat paling besar
Hari ni berjaya makan 3 mug quaker oat
Honey dew semangkok, air kurang-kurang pun 3 liter
Tak ketinggalan.....sikit nasik dagang + nasi berlauk utk lunch
ala,,,,,,sikit je

Tak lupa pakai panty liner
ngeh ngeh ngeh.
keluar masuk toilet tak berenti



Tauhu Jepun kawin Cendawan


Dah lama tak tayang makanan

Walaupun tetiap hari gigih memasak tapi tak gigih pegang kamera
Tak de mood nak posing sejak kamera itu tiada 
:(


Minggu ni n minggu depan mokcik plan nak masak yang senang-senang je
Tapi plan cenggini biasanya kurang berhasil
Bila tengok muka anak-anak nan bertiga tu, plan selalu goyah

En. laki otstesen ke Langkawi sampai 30hb
Tu le pasal plan muncul

Hari ni adalah hari pertama plan tak menjadik
Semalam berjaya tak masak
Dari pagi sampai ke malam dok mengira RM kat kedai
heheheh

Menu sampingan hari ni adalah
tauhu jepun kawin dengan cendawan



1 paket cendawan
1 paket tauhu jepun - potong 6
3 ulas bawang putih - diketuk
1cm halia - diketuk
1 biji cili merah - dipotong serong
1 sudu besar sos tiram
1/2 batang carrot 
1/2 ketul kiub pati ayam
Sedikit air

1. Goreng tauhu jepun dengan sedikit minyak sehingga keemasan dan ketepikan. 
2. Tumis bawang putih, halia dan cili hingga naik bau. Masukkan sos tiram, kacau sebati.
3. Masukkan sedikit air, kiub pati ayam dan carrot.
4. Bila dah mendidih, masukkan cendawan.
5. Rasa dulu sebelum masukkan garam.



Tuesday, 24 April 2012

Kenali Meja Saya


Sebagai carrier woman, lagi banyak masa kita habis kat pejabat dari rumah
Kat rumah lebih kepada aktiviti membuta, kecuali la waktu weekend

Jadi...meh nengok rupa tempat masa mokcik habiskan masa 9 jam sehari
Isnin - Jumaat,,,, fuh, penat u



Masya-allah,
meja dah macam tongkang pecah

Ni waktu puncak
kerja tengah melambak tapi masih ada masa keluarkan kamera dari perut beg

Relax r..... lunch time mana bole buat kerja



Nampak ni.....kagum dengan diri sendiri
Begitu organise

File disusun teratur, siap ikut abjad ye baby

Jangan jeles,,,,ketupkepalasendirisebabberlagak



See, i told u
kekemasan dari sudut dekat, khas pada yang kurang jelas



Untuk relaxkan keadaan bila tensen, diselitkan jugak gambar anak-anak penyejut jiwa
Pemangkin semangat untuk lebih maju

ok, stop
pidato dihentikan segera
kembali kepada peserta lawan



lagi satu lokasi serabot
ekceli, bukan serabot tapi meja yang kecik

sooooo....not my problem
boss, sila sediakan meja lain untuk pekerja dedikasi ini



ok, in tray
bergulung tu dokumen yang baru diterima dari department lain

sekarang, mokcik bertungkus lumus untuk M3 system
punya la tensen

skop nya adalah lebih kurang untuk pastikan bebudak2 kat department gunakan sistem
betulkan mana yang tak betul, puji mana yang excellent

tapi.....ada jugak yang suka mengelat
diorang ingat mokcik tak tau yang diorang buat kerja short-cut
berani diorang nipu
yei dei....i yang dok pegi training
yang train u oll, sebarang penipuan dapat dikesan dengan segera



there u see, dari arah kutub utara, suhu 24 darjah celcius



kohnon organise, pemalas rupenye
bukan malas,,,,,tapi belum basuh je
please be correct, 2 istilah itu berbeda



tengok tu...dari arah kutub selatan pulak



ni pulak dari arah beruang kutub

selain dari organise, mokcik juga adalah pengumpul buller stapler
mokcik tak suka buang mende ni dalam tong sampah

jadi...letak dalam bekas ni
bila banyak, cadang nak jual kat tempat besi buruk
duit jualan tu ingat nak pegi main salji kat new zealand

NEW ZEALAND.......WAIT FAR ME



CONCLUSION

NAME : ROZAIDA BINTI OMAR BAKI
POSITION : MANUFACTURING EXECUTIVE
DEPARTMENT : MANUFACTURING
TEL NO : 012-9173050

:)




Blueberri Cheese Tarts


Packing dlm individual casing
Utk majlis kawin



Hamik ko, tak sempat sejuk dah sumbat dlm bekas

Cepat2 bukak penutup

Dasar perasaan rakus meluap-luap


Monday, 23 April 2012

Malam Itam Putih


Ko nampak tuh?
Ujung lidah mokcik keluar tuh

Dulu masa jadi model memang dah biasa cat-walk
Tapi bukan kat depan kawan-kawan
Biasanya penonton adalah dari kalangan ceo & managing director

Haruslah mokcik rasa malu tahap gunung everest



Ni cat-walk utk 5 best dress
Sipi2 nak menang tapi mokcik don mind

Jangan tertipu dgn kesliman badan mokcik
Itu adalah tahun 2008

Kalau sekarang mokcik pakai kebaya tu
Hanya mampu tutup suku badan

UWAAAAA.......

Along, tolong bawak baldi
Ibu nak nangis ni


Small box of Cream Puff

Sedapnya cream puff buatan sendiri

Ngeh3....
Masuk bakul dan gigih mokcik angkat sendiri
div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">

Kastemer order 30 biji, buat 70 biji

Sapa punya balance 40 biji tu?...
Teka-teki

 


Selamat datang duhai cream puff ke lokasi baru

Dalam perutku....

Friday, 20 April 2012

Pink + Blue





Plain Choc CC


Malas nak rotate
Sila tonggengkan sikit kepala anda
Atau sengetkan sikit komputer


Dalam usaha membantu NGO2 menyelamatkan dunia
Mana-mana kastemer yg dekat dengan rumah
Mokcik akan paksa suruh guna tupperware je
Tapi untuk plainn cc yang macam ni je le, utk makan2 sendiri

Lepas kosongkan isipadu, sila pulangkan

Kat dapur selalu je ada plastik bergantung kat tombol pintu
Tu khas untuk benda-benda yg boleh direcycle
Bila dah penuh, letak kat tong sampah depan

Lepas tu tukang kutip sampah campak semua dalam lori
:(
Sia-sia je usahaku ini

Tapi usaha murni ni selalu disokong oleh Angah akka anak daraku
Dia le yang selalu penuhkan plestik bergantung tu
Yang tiga lagi laki kat rumah tu....sori la
Belum sampai serunya

SILA LIKE SAYA DI MUKABUKU





Rambut Pelsu...ish ish ish


Mokcik keje kat multi-national company
Dah sebelas tahun menempekkan diri kat situ
Selalu jugak la company yang indah permai tu buat dinner
Nak entertain pekerja yang selalu je hungry for free food
Boleh gitu?




Selain dari company punya event, kitorang ada gak sport's club

Jadi...selalu le mengglemerkan diri
Dah le memang glemer, up lagi la keglemeran bila ada function
I likeeeee.......

Atas nun, dinner bertema
Gigih mokcik sewa costume tu kat Damansara
Pat ploh engget... deposit pon pat ploh 

Boss pun ala-ala sporting giler
Bagi green light waktu keje pegi mencarik baju
Kelas ko....
Dah macam artis tarap dunia gitu

Try punya try, susah betul nak cari yg berkenan di hati
Bajet artis fotogenik nak maintain ayu je
Last-last dress gitu je yang mokcik tarik
Malas nak pikir panjang

image : google

Ingat nak pakai ala-ala penari gelek
Tapi mokcik adalah gadis melayu terakhir yg mementingkan ciri2 kesopanan
Jadi...hasutan syaiton tu berjaya di flying-kick

DAN...
rambut tu bukan le rambut original mokcik
ia hanyalah rambut pelesu
keras macam bulu gajoh

Hazab mokcik...bau amatlah tak enak
Nasib le pada insan-insan lain yg tercium
Kerna mokcik hanyalah insan biasa



Nam Ribu Sudahhhh.....


terkemot-kemot mokcik berenti kat tepi jalan
semata-mata nak snap mende ni



si putih itu sudah nam ribu

teringat kata-kata suami
kohnonnya si putih ni untuk jalan-jalan weekend je
untuk balik kampung @ outing dgn family

last-last, tetiap hari bawak keje
:(

kata-katamu tidak benar belaka



Thursday, 19 April 2012

Hai everybadi




Hai semua
Saya adalah Iwan

Saya suka menyakat abang dan kakak saya
Lepas menyakat, saya buat muka donno

Semalam saya beli ikan kecil kat kedai tepi sekolah
Letak dalam bekas minum

Bila sampai rumah, saya nyorokkan kat belakang tivi
Dengan harapan tak de insan yang tau

Tapi nasib tak berapa baik
Ibu sudah nampak daaa
Saya pun garu-garu kepala
Cuba berlakon

Tapi lakonan itu tetap tidak berjaya
:(

Mini Red Velvet CC



64pcs mini baldu merah cupcakes


Order dari Yanie, bawak ke Puncak Niaga
Alhamdulillah, order baru pun mokcik terima
:)



Cheese lebih utk yang suka
Cheese secipot utuk yg tak suka



Sekotak tart + badan yg penat



Semenjak dua menjak ni, penat betul rasa badan

Banyak betul keje kat opis nun
Berlari ke hulu hilir, turun naik tangga
--- dengan badan yang sedang menggajahkan diri ini ---

Tapi musykil datang bertandang
Kenapa kegajahan itu tidak menyusut???
Tu kira exercise tahap seksa badan

Air pun dekat satu tasik mokcik teguk
Yang kurus cuma jari kelingking
Tu pun dekat area kuku je

TApi tanda kulit jari terkopek ala-ala Aaron Aziz tetap kelihatan
Orang kata kuku cenggitu sebab kurang air
RAsanya ari tu baru minum sebaldi dengan Aaron



Namun...tetap mampu menyetelkan sekotak tart ni
Stoberi cheese tart


Wednesday, 18 April 2012

Red Velvet in the House



Nampak lazat????
Memang lazat

Komen yg mengembangkan hidung dari orang-orang kampung
Ekceli...penipu la sikit
Bukan orang-orang kampung tapi adik beradik, anak-anak sedara




Memang sedap yek
Order dah dibuka, dah supply pada regular customer

Komen diorang pun amat mengembangkan hidung
I believed, kalau kita ikhlas dengan kerje yg dibuat
Always good comment yang datang




Angah pun dah bawak sebekas pegi sekolah
Dia tu memang...tiap kali mokcik buat order
Ada je menyelit sebekas utk kawan-kawan dia

Tapi tak pe....dah rezeki deme



Cik velvet bergaya dengan cheese frosting
Memang combination yg menarik + lazat


nak nyanyi lagu ella & awie la


Tuesday, 17 April 2012

Pink + Purple









Note : mengikut tahap kebengangan hari ini

Jangan nak salahkan orang lain kalau sendiri mmg tak buat kerje
dan tembelang anda telah diketahui


Friday, 13 April 2012

lazatnya

Lazat.....
bukan pasal makan tapi pasal mokcik skrg ada kat kampung

lazat sebab dapat lepak2 dgn mok pok
lepak2 dengan adik beradik
lepak2 dengan ipor2
lepak2 dengan anak2 sedara

Anak sedara macam kawan2 je
Semua pun bersuka-ria

Malam esok nak buat bbq kat depan rumah

Baru kejap tadi baru santap maggi kari, total 16 bungkus ok
16 tau.....bukan 6 bungkus

Semua pun licin, tanpa meninggalkan kesan

Thursday, 12 April 2012

Waduh waduh.....apa dah jadi



Mokcik ni bukannya peminat setia tivi
Jarang sangat mokcik bertepek depan tivi

Satu....sebab banyak keje
Dua....sebab rancangan tak menarik kot
Tiga .... sebab memang tak suka

ABPBH minggu lepas pun tak tengok
Masa tu memang tak sebuk tapi malas jugak
Tak de napsu pulak malam tu
Pukul 9.30 mokcik dah naik tikar terbang ke Sydney

Ni baru kejap buat lawatan tertunda ke beautifulnara
Dah berkurun jugak tak datang situ

Tiba-tiba---------
terpandang satu lembaga
eh eh,,,bukan lembaga kot
tapi lain macam le pulak
lembaga ke apa ni?
musykil betul hati mokcik
mungkin penemuan sains terbaru kot, terlepas dari makmal sains




OMG
tanjat maimon tau

didie alias rupenye

apa dah jadi dengan dia ni?
pelik sangat rhomannya

tebiat dah hilang ke?

sapa la pereka pakaian dia agaknya
sapa la tukang set rambut macam mata cakcibo tu agaknya

tau apa itu cakcibo????




hai everybody
my name is cakcibo

tak suka nyah tau
didie alias tiru nyah la tu

tapi nyah jeles tau
dia dapat jalan kat red carpet
nyah cuma betepek kat atas ni je