kwang kwang kwang
masih lagi tak bole upload photo
wajai photo-photo yang tengah beratur, sila bersabar yek
ntoh apa yang tak kena nih
alhamdulillah, hari ni dah hari ke 10 kita berpuasa
kejap je masa berjalan, kan?
baju melayu & kasut anak-anak je yang belum setel
yang lain-lain semua dah sopping sebulan sebelum puasa lagi
bukan apa, malas nak bersesak-sesak dengan orang ramai
lain le kalau sopping komplex tu milik diri sendiri
bole sopping sesorang, bergolek-bergulung dalam tu tak hengat dunia
tahun ni ingat untuk teruna 2 orang tu tak nak belikan kasut bertutup
nak beli yang sarung je
bukan pe, tahun lepas sekali dua je diorang pakai
jenuh le kita terpekik terlolong suruh diorang pakai sambil beliakkan bijik mata besar duit lima ploh sen lama tu
haram deme nak heran
tensi tau, last2 diorang pakai selipar je
sesungguhnya anak laki tak sama dengan anak pompuan
yang pompuan punya kasut ngalahkan retis bolliwood
yang laki punya la sengkek
semalam dah try setkan rambut untuk dia di pagi raya
punya la senyum sampai ke sengben
rambut jenis pusing & sorok
:)
nak kena cari klip rambut
fuh...mesti dia raya macam diva je nanti
omak eh nak jugak buat rambut macam tu tapi takut omak mertua terbalik terkejut
tak pe la, biar i bersederhana
sebab diri pun dah semakin tua
tapi pelik, orang masih tak percaya ai dah tua
:)
mati-mati orang kata ai macam 24 tahon je
dah orang kata, takkan la nak membantah