Friday, 29 March 2013

Karoks



Syiok oooo bila dapat chance syok sendiri

melolong lolong dalam kereta sampai orang dalam kereta sebelah pun buat muka pelik

melolong lolong dalam bilik sampai anak-anak berlari naik atas, kot-kot bonda diorang kena sawan

Feeling feeling nyanyi dalam taman, lari lari dalam hujan renyai


aku takat nyanyi kat 2 lokasi tu je le
tak berani nak pergi karoks
takut pening plak orang-orang kat bilik lain

aku ni nampak je ganas tapi sentiasa pikir pasal orang lain jugak
tak de sellfish, pentingkan diri


bila start syok sendiri, ada la dua tiga lagu yang memang ada dalam kefala aku
memang tak boleh tinggal langsung lagu2 ni



lagu azie,,, pelamin anganku musnah

bila start je azie nak bukak mulut, masa tu la aku tiba-tiba rasa nak baring atas katil sambil pakai baju pengantin. bila tak jadi kawin, katil pun bergoncang

sedih wei ...



lagu haida ... hajat


lalalalalalal.... sekarang aku nyanyi kekuat kat opis
boss cuti, tikus pun naik tocang

dan tu boleh dipanggil tak sedar diri

Thursday, 28 March 2013

Itu Cuma Promosi



Seorang penjahat telah ditembak dan koma di hospital selama beberapa hari.

Pada masa komanya, dia bermimpi dibawa oleh Malaikat ke Neraka..

Ketika tiba di neraka,dia sangat terkejut melihat begitu ramai orang clubbing, minum judi, dan banyak gadis2 yang cantik dan seksi.. Dia segera mahu cepat - cepat masuk ke Neraka itu tapi ditahan oleh Penjaga Neraka.

"Tunggu dulu!! waktu kamu belum tiba!! Kembalilah ke dunia dan berbuat jahatlah kamu sejahat-jahatnya, maka kau pasti akan ke Neraka!!"

Akhirnya dia telah kembali ke dunia dan kembali melakukan kejahatan sedasyat-dasyatnya dan akhirnya dia ditembak mati oleh Pegawai Polis.

Dia telah dihantar malaikat ke Neraka tetapi sekali lagi, DIA AMAT TERKEJUT!! kerana di dalamnya penuh dengan api, kesakitan, bau darah dan binatang berbisa. Teriakan meminta tolong terdengar d mana2..

Lalu dia bertanya....

"Waktu yang lalu Neraka tidak begini??"

Iblis tersenyum lalu berkata.......

OOOOO itu hanya wallpaper.. waktu itu tengah PROMOSI untuk menarik pelanggan ! !  ^_^.v..



sumber : apesal

Wednesday, 27 March 2013

Black Head Remover




Comel la sesangat ... si anak teruna dengan rawatan mukanya 

 

Pinky CupCakes



Assalamualaikum...

2 hari aku cuti dari jenguk blog sebab terperuk kat dapur merahku
siapkan order kawan-kawan, siapkan makanan untuk family
lap-lap dapur, basuh kain buruk yang dah buruk betul rupanya





kalau tahun lepas birthday girl dapat doll cake, tahun ni celebrate dengan family je katanya
maka kek pun simple je la, just nice untuk small family



warna as requested by birthday girl, warna standard untuk budak perempuan



entah kenapa aku dengan confidentnya merasakan nama dia boleh buat dalam satu barisan cc, minda terganggu la ni

last-last aku L-shape kan
konon style baru la tu



paksa angah temankan aku hantar ke shah alam

haish ,... lambat plak aku sampai, ada jalan yang kena tutup
kena belajar bawa moto la jawabnya


cakap pasal moto, dulu time sekolah memang rempit giler
sekali tu nasib tak baik, bawa moto cikai
tak de pick-up waktu naik bukit

terhegeh-hegeh naik, last-last aku jatuh depan mokcik-mokcik yang tengah bergosip bawah pokok kelapa

dengan konfidennya, diorang gelakkan aku

ceh .... sejak tu aku resign dari bawak moto

sekian, terima kasih



Monday, 25 March 2013

JJCM la sangat



Semalam, bawa tetamu yang datang rumah untuk makan malam yang berkonsepkan mee. Tetamu ni jenis makan nasi sehari sekali je, malam tak suka makan nasi. walaupun at last tuan bagi cadangan tak nak keluar, kami yang boleh makan nasi ni tetap la keluar sebab mind telah disetkan yang malam ni nak keluar je

Gigih la en. suami cari restoran yang konon sedap
pusing sana, pusing sini

Non-jumpa sebab kitorang ni kolot, asyik-asyik makan kat restoran yang sama je. Otak tak berkembang, badan je tak berhenti berkembang


Masa ronda-ronda tu, jumpa la satu restoran ni... agak cantik la rupa dia, manusia pun ramai


ok kawan-kawan, kita makan kat sini yek



oooooo.... ada plaque "jalan-jalan cari makan"
kat menu pun ada tunjuk JJCM

sure la hebat ni...
tapi goreng2 tak do yo

cuma ada sup ,,, tomyam ,,, nasi goreng ,,, nasi putih + lauk pauk ,,, nasi lemak

tak pe tak pe, malas nak carik tempat lain


amboi .....
punya la lembap servis
tukang ambik order pun datang lepas kitorang berjanggut tunggu, bila hantar kurang 1 minuman

nasi goreng lagi la berjanggut
dah la tunggu lama, nasi goreng cina punya la sejuk bedi
nasi goreng ayam ,,, punya la keras ayam dia
tak pasti tu ayam ataupun getah sekerap yang dah ready nak hantar pada pemborong getah sekerap

nasi tu mungkin masak banyak-banyak dan simpan dalam termos
tapi kalau simpan dalam termos mesti ada rasa panas
bila rasa nasi tu sejuk bukan main, aku pulak yang panas

indah khabar dari rupa


that was the first and the last la nampaknya


pada tokei kedai, sila buang plaque tu



Friday, 22 March 2013

ELVIS PRESLEY'S POUND CAKE



Lebihan whipping cream kalau dibiarkan dalam peti ais boleh membawa pada kulat dan ke tong sampah pada penghujungnya


Disebabkan amalan berjimat cermat, gigih la aku gugel resepi yang guna whipping cream


gigih gugel tapi tak gigih nak translate

semoga kita semua pandai berbahasa inggeris lepas ni




copy paste terus dari rumah Kak Ummi


Ingredients:
  • 3 cups granulated sugar
  • 1/2 pound butter, softened (lebih kurang 240 gm)
  • 7 eggs, at room temperature
  • 3 cups cake flour, sifted twice, divided
  • 1 cup whipping cream
  • 2 teaspoons vanilla extract
Method:-
  1. Butter and flour a 10-inch tube pan. (Note:- please use suggested pan for a better result)
  2. Thoroughly cream together sugar and butter. Add eggs one at a time, beating well after each addition.
  3. Mix in half the flour, then the whipping cream , then the other half of the flour.
  4. Add vanilla extract.
  5. Pour batter into prepared pan. Set in a COLD oven and turn heat to 350 degrees F.
  6. Bake 60 to 70 minutes, until a sharp knife inserted in cake comes out clean.




alhamdulillah

syaiton mesti bengang dengan aku, tak berjaya membazirkan whipping cream

Thursday, 21 March 2013

Biskut yang tak Jadi



Rupa nampak ok, kan?....

tapi rasanya sungguh la tak ok
berkonsep indah khabar dari rupa


resepi biskut kakak aku yang bagi
dia dapat masa join kursus buat biskut
lokasi dan nama kursus adalah rahsia peribadi

resepi bonus kata organiser tapi tak de la
diorang buat masa kursus tu 
resepi bonus untuk dibuat sendiri kat rumah





naluri aku kata baik buat separuh adunan je
kang kalau tak sedap tak de la membazir sangat

fuh ,... naluri itu ternyata la benar


aku buat separuh dan besar gedabak
rasanya ada la dalam 6cm, dapat 7 ketul

guna esen pisang, bau dia pun aku dah loya
bau sebelum dan selepas masak pun tak boleh aku terima




7 ketul tu pun bukan main hazab nak dihabiskan

tak nak membazir punya pasal, berpusing-pusing kepala aku dibuatnya



maka ,,,, marilah kita tatap biskut ni bersama-sama
nak jemput makan adalah sungguh tak sesuai



bikin rugi buttercup je

Wednesday, 20 March 2013

It's Cecal Tumor



tu la nama penyakit abah berdasarkan keputusan CT scan dan sample tisu yang dibuat minggu lepas

dugaan Allah ini aku terima walaupun aku rasa nak je packing baju sekarang dan balik kampung naik jet persendirian

memandangkan aku bukan berjawatan doktor, maka cepat-cepat le gugle apakah dianya penyakit itu


masalah dengan usus besar dan usus kecil




what can I say?....

tiong tiong kepala aku dok pikir



dah malas nak nangis buat masa ni

nak pikir pasal operation 1hb April



tuan punya badan adalah sangat down

tak lalu makan, no ceria
takut la tu

what can i say?
cuba kita yang kena
mungkin kita pun akan se'down' itu

nak masuk labour room untuk beranak pun takut
nak beranak, umur kita masih lagi muda

abah dah 78 tahun
sure la dia terkesima dengan situasi ni


lagi 2 minggu dia nak menghitung hari
bukan senang tuh

aku lagi suka tarikh dipercepatkan
biar dia tak payah ternanti-nanti
penantian suatu penyiksaan

tapi date semua dah penuh
doktor siap tunjuk jadual lagi


sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
semoga abah berjaya menghadapi ujian ini

sob sob sob .....
dari anak yang jauh



Tuesday, 19 March 2013

Cosry Body Curve



Dalam usaha aku untuk turunkan berat badan dan kembali seperti rozita che wan, dengan hati yang seberat 2 tan 300 kilogram, aku pun beli la set cosry  body curve


Haish ... salah sendiri jugak. Sapa suruh like dan terjatuh cinta


Setelah lama punya pikir, aku pun sebulat suara melabur untuk set ni

bukan senang nak membulatkan suara tu
kadang-kadang suara tu menjadi bujur dan leper
maknanya ... goyah la

bila tengok balik page dia, suara kembali membulat

pendirian nak beli adalah tak tetap tapi pendirian untk kurus amat menggunung
segunung badan sendiri




ni la rupa sekotak body curve
ada girdle, bra dan jugak korset

suka la tu dapat berposing dengan 2 bijik telur ayam 



cara pakai dan cara jaga pun ada

standard kot aku rasa cara pakai dia
tarik-tarik mana lemak tepu yang bertepek


lelah jugak dibuatnya

what to do ... beauty is painful



corset bersaiz L




82 utk girdle




cawan saiz 74. memula diorang hantar saiz 76 tapi .....
sungguh besar, boleh masuk lagi sebijik

mesti tengah bayangkan bodi aku la tuuu

ooooo mak aii
seram temah dibuatnya

harap-harap la ada perubahan

pelaburan ini pun menyakitkan temah sebenarnya


Monday, 18 March 2013

Dugaan Illahi



sob sob ..

hati aku masih lagi sedih
masih lagi burung-burung berterbangan di keliling kepala
baling batu dalam air pun masih lagi nampak muka sendiri

kenyataan la tu, bukan cerita mainan mimpi


.......kisahnya......


abah aku pergi la buat check-up dengan specialist di hospital
sebab dia kata selalu rasa sakit kat perut

masukkan kamera dalam perut
keputusannya .... abah aku ada ketumbuhan dalam usus
terus kena admit

masa berita ni, dalam pukul 2 ptg kot waktu malaysia
aku ingat nak la kontrol, tak boleh jugak nampaknya
terpaksa la menangis, sedih sangat2




secara fizikal, abah memang nampak sihat dan kuat
biasa la orang kampung, tak berenti buat kerja
kerja ringan dan barat tak jadi masalah
tak de istilah lepak-lepak goyang kaki kat rumah


sebab tu la rasa terkejut sangat

balik dari office, cepat-cepat basuh baju sekolah, kasut sekolah
packing baju sementara tunggu en. laki
tak payah masak, tak payah pergi mengaji


esok paginya, pergi pasar awal pagi
masak makanan kesukaan abah, dia suka yang simple je
tengahari tu berkonvoi la kami kat hospital sekejap
waktu melawat tengahari kan kejap je
lepas tu lepak kat rumah abang yang jauhnya 20 minit dari hospital

waktu melawat petang ramai la sedara-mara dan kuncu-kuncu datang melawat
ni 1st time abah masuk hospital jadinya ramai yang terkejut

specialist kata kena operate, CT scan pun dah dibuat
lepas dapat berita kena operate tu, abah terus down
memang muka dia lain sangat, no ceria anymore


sedih betul aku tengok abah

dia kata "bila ramai-ramai ni hilang rasa sakit, nanti bila semua dah balik sedih la balik"

muka dia  memang nampak tak happy bila sedara mara dah beransur balik petang tu
tanya kami malam ni datang lagi tak?
hospital kerajaan mana bolah melawat waktu malam


esok pagi-pagi aku, adik & kakak dah datang hospital
ingat nak jumpa specialist yang buat rondaan

alhamdulillah, abah dah boleh balik pagi sabtu tapi kena datang semula selasa untuk tengok result dari tisu yang diambil hari khamis lepas dan set tarikh operation

bukan main happy abah, siap buat senaman ringan
habis semua yang lalu lalang kat depan dia dijamunya makanan
polis yang datang melawat pun diajaknya makan
abah ... abah.....


maka, petang sabtu dan ahad pagi dah macam ada open house
ramai la sedara-mara dan kawan abah yang datang


tapi aku tau, dia tengah berdebar tunggu hari selasa
asik tanya jam dan hari je


aku balik semalam pun mata dia berkaca bila aku peluk dia



moga abah kembali sihat macam biasa

amin



Friday, 15 March 2013

Various Chocs



semua ada tiga kotak

satu dah dibawa larik budak itam

tinggal la dua




ada inti kekacang, kurma, strawberry filling









Thursday, 14 March 2013

Blueberry Cheese Cake



amacam?... nampak yummy tak?

kek ni adalah sungguh yummy
no ragu-ragu lagi




kombinasi digestive biscuit, cream cheese, fresh cream

halamak,,, sapo boleh tahan?
kek ni lah penyebab aku jatuh cinta dengan cheese
dulu tak mandang pun
siap rasa pelik cemana orang suka sangat dengan cheese

now ... sendiri mau ingat






Wednesday, 13 March 2013

Kenapa???..



Jom la kita jawab persoalan ini

ni kita namakan sesi merungkai kekusutan



selalu kita nampak orang letak kereta kat tepi jalan dan letakkan tong minyak kosong atas bumbung, beserta nombor phone. tu maknanya kereta tu untuk dijual. tapi kenapa mesti tong minyak???... kenapa bukan pasu bunga, kotak A4 ataupun kain warna merah


kenapa dalam filem/drama melayu, lepas dail nombor terus bercakap. tak sempat le orang nak berlari-lari ke telefon. kenapa mesti on the spot?....


kenapa zila bakarin dan ucop cecupak buat botox tapi rupa diorang sekarang sungguh menakutkan?.. bukan tujuan botox tu untuk menambah kecantikan ke?... mungkin boleh berlakon jadi tukang sihir


kenapa pelakon hindustan berwajah happy je waktu menari/menyanyi atas gerabak keretapi bergerak?.. tak takut jatuh?.. tak takut gomen marah?... suka-suka hati je naik, no gayat-gayat. mungkin diorang pernah menjuarai fear factor edisi india


kenapa badan aku masih mondok montok walaupun macam-macam cara aku dah buat kecuali senaman..... hehehehe, tu salah sendiri la


Tuesday, 12 March 2013

Husin, Mon & Jin Pakai Toncit



I tertinggal keretapi la
tu pun bukan salah i tapi salah TGV
masa pegi sana dengan anak beranak tak de show pulak
tayang cerita Spider yang ntahhapahapantah

cerita dah basi baru nak sibuk kat sini
tak pe la wahai kekanda awie ku sayang, dinda akan tetap menyupport mu

Tu pun nasib ada astro first, kalau tak alamat tengok time raya je la
kira support jugak la, mesti dapat komisen dari astro tuh



sebab aku nak bayar RM15 untuk astro first tu tak de lain dan tak bukan sebab kekanda awie

kalau brad pitt atau will smith atau sapa2 pun kurang membawa aura pada aku

kerna ............ dialah kekasih awal aku. utuh betul kasih aku ni
dah berpuluh tahun, belum berganti dengan orang lain walaupun kadang2 ada la rasa teruja dengan aaron aziz. ala,,, tu pun kengkadang je



ni la antara contoh yang membuatkan aku cair

sungguh gojes,,, macho giler


maka,,, betepek la aku kat depan tivi minggu lepas

kopek ikan bilis, poton sayur sawi, kupas kulit bawang semua pun depan tivi


kalau la aku mampu potong ayam depan tivi, mungkin akan dilakukan


pesan khas untuk kekanda ::...... jangan lupa singgah rumah kalau ada kat klang, bole la kia main kejar-kejar di dalam gerimis hujan



tapi sekarang baru terpikir.... di manakah jin yang bertoncet itu, nampak hantu punya rambut mengerbang je. oooooooooo, mungkin getah ikat rambut dah putus


Another Hamis



terlupa pulak nak bagitau, aku ada lagi satu petua berkaitan hamis yang nak dikongsi bersama


semalam petua hilangkan hamis kambing, sekarang hilangkan hamis orang yang suka makan daging kambing. dalam erti kata lain, bau badan la

lalalalalalala

celupkan kapas dalam cuka, sapu pada ketiak
pastikan kapas tu dibuang lepas guna, jangan korang buat jeruk cili pulak

bila mandi, gosokkan ketiak dengan kepala lutut
kalau gosok dengan kepala sendiri, mungkin agak sukar. kalau degil, silakan cuba

tumbuk lumat pucuk jambu batu, gosokkan pada ketiak sebelum mandi, bilas dengan air bersih
jambu adalah sejenis buah-buahan, jangan cuba tumbuk batu pulak

gaul sebati perahan limau nipis dengan kapur. sapu pada ketiak dan biarkan 15 minit, bilas bersih. buat 3 kali seminggu
kapur yang dimaksudkan adalah kapur makan, yang oppa-oppa suka makan dengan sirih tu. jangan pulak cuba guna kapur barus mahupun kapur kasut



sekian sajalah sembang-sembang anti hamis
semoga ketiak kita semua sesuci embun pagi
halus mulus bak telur rebus


Monday, 11 March 2013

Bau Hamis Kambing



Daging kambing selalunya ada bau yang sangat kuat, kadang-kadang sampai boleh memutuskan napsu yang tengah lapar menggila

Dulu aku pun tak suka kambung

1st time makan daging kambing dekat kedai roti canai mamak. tu pun laki amik sepinggan kecik, dipaksa-paksanya aku makan. Tak suka tau.. kena paksa, sentap anje dibuat begitu

Sejak dari tu, jatuh cinta la aku pada daging kambing
tapi tak de le cinta menggila, sedang-sedang je

kalau ada aku tak tolak... 
nak-nak pulak yang berstatus free
:)




menurut kajian Persatuan Jantung Amerika, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung sebab ia mempunyai tinggi kualiti protein dengan nisbah kandungan lemak yang sihat

daging kambing juga mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineral

namun ....
pesakit darah tinggi dinasihatkan untuk tidak mengambilnya

amalan memakan daging kambing adalah salah satu cara untuk mendapatkan kulit yang gebu dan cantik

oooooooooooooo... gitu ceritanya



ok ok,,, jom kita tengok cara untuk menghilangkan bau hamis daripada daging kambing


kalau daging nak dibakar, lebihkan bahan perapan bersifat asid seperti cuka, perahan jus lemon atau yogurt

jika nak dibuat hidangan berkuah, selepas dihiris daging tersebut, lumurkan daging dengan sedikit tepung gandum dan biarkan selama 15 minit. Bersihkan daging dan perah limau kasturi atau lemon. Biarkan lagi 30 minit, basuh dan toskan

Boleh juga rebus daging hingga mendidih dan berbuih. Buangkan buih hingga habis dan bolehlah dimasak 

sumber gambar : google
sumber info : utusan malaysia



sebelum mengundur diri, ni aku nak tunjukkan.....

daging kambing adalah berasal daripada haiwan yang diberi nama kambing. antara spesis kambing yang terdapat di dunia pula adalah seperti di bawah





chowww