Tuesday, 30 April 2013

Abang yang Baik



Minggu lepas kami empat beranak balik kampung naik tren dari KL sentral pukul 11 tapi delay ke 11.30
huhu... ngalahkan flight pulak yek

Sang suami tak ikut sebab kena balik Melaka, ada kenduri doa selamat

Kali ni kena berpecah ... 
ibu nak tengok atok yang akan masuk hospital (sekarang ada kat hospital already), ayah nak pergi kenduri

Dua-dua pun penting, hal keluarga yang tak boleh ada kompromi

Anak-anak nan bertiga harus lah ikut ibu walaupun kena bersusah-susah sikit




How sweet along jadi bantal untuk iwan ... sepanjang perjalanan gitu le keadaannya

Good Boy

Sejuk perut ibu 

:)


Monday, 29 April 2013

Zain ... Rupa yang Kononnya Hensem tak Mencerminkan Diri



Rasa terpanggil nak bagi komen pasal siaran Masterchef semalam. Hari ni mesti jadi topik hangat, jadi bualan pada yang tengok semalam


Aku dah warn en. laki siap-siap, waktu iklan yang nak memandai-mandai tukar siaran lain. takut terlambat tukar, dah miss satu episod menarik dalam MasterChef

Aksi macam ni jarang-jarang dapat kita tengok. Ramai yang palsu, depan kamera bukan main lembut, sopan, berbudi pekerti. Konon jadi cikgu tapi budi bahasa ke longkang di tepi pasar nun

Nah ...
this is the true colour

terserlah lah perangai sebenar Zain




muka nampak sungguh kerek... tapi memang kerek sungguh. konon dia buat renungan macam tu juri semua lari lintang pukang la agaknya


Mesti semua orang terkesima dengan cara dia. memang boleh bersuara tapi pandai-pandai la berhemah. Juri semua berpengalaman dalam bidang masing-masing. tak payah la kita nak mempersoalkan kredibiliti juri.

Zain kata dia dalam bidang hiburan tapi aku rasa tak de le gah mana pun. Harap muka je putih. Cuba calit dengan arang kuali, ada tak hensemnya?

Lagipun aku tak pernah pun tengok lakonan dia, harap jadi cikgu tu je


Ni aku copy komen Chef Joe sebelum insiden ni berlaku


Jelas Chef Jo atau lebih mesra di panggil Papa Jo oleh peserta, memerhatikan  sikap Zain yang hanya merasakan dirinya sahaja betul dan sukar untuk menerima teguran orang lain malah khabarnya juga aktor tersebut bertindak memarahi  krew produksi apabila dia diminta untuk menyalin resepi yang dimasak. Amboi kereknya!
Sepanjang beliau terbabit dalam rancangan ini, Papa Jo juga  nampak setiap kali Zain ke pantri dia akan mengambil sebiji epal walaupun ia tidak digunakan dalam resepi,beliau akan makan sedikit dan tinggalkan epal itu. Kadangkala dia sengaja mengambil sekotak susu di dapur dan minum dan buka sambil digunakan untuk masak.
Tambahnya lagi, Zain juga ada berkelakuan seperti ingin mencabar tahap kesabaran juri-juri dan contohnya apabila Chef Zubir sedang memberikan penerangan beliau akan memotong  dan memberi seribu satu alasan.
Pada pandangan Chef Jo, Zain Saidin cuba untuk menunjukkan satu karakter. Sikap yang ditunjukkan Zain dalam rancangan itu dikhuatiri akan memberi impak buruk kepada dirinya sendiri kerana ramai remaja di luar sana memandang tinggi  keperibadiannya sebagai seorang guru di dalam rancangan pendidikan Oh My English. Pastinya apa yang dibuat Zain tidak bagus pada pandangan penonton yang menyaksikan rancangan realiti ini.
Bak kata orang sikap manusia itu sukar untuk diubah kerana ia sudah sebati dengan diri,namun itu bukan satu alasan untuk kita tidak menghormati orang lain dan mempunyai sifat untuk bertolak ansur di antara satu sama lain dan sebolehnya cuba untuk bersikap sopan apatah lagi menyedari bahawa diri kita dipandang tinggi oleh golonggan muda di luar sana dan jangan pernah anggap bahawa ia sekadar lakonan di kaca tv, habis lakonan habislah apa yang terjadi di luar sana tidak penting.


Maknanya, memang perangai tak berapa nak wangi la kalau awal-awal orang dah cium


ni lagi satu adegan hampeh

loving couple le kononnya tu
nak termuntah biru aku dibuatnya

fening lalat dengan gelagat diorang.

aku yang dulu diisytiharkan couple paling hebat pun tak de menunjuk sampai macam tu. kitorang relax je

tau-tau majalah perkahwinan amik kitorang jadi model front page

:)


both images from google




Bateri Handphone



Sapa ada handphone sila angkat tangan

Sapa tak de handphone sila pergi ke cermin, tengok muka sendiri dan menangis

pernah tak korang tengah on the phone, tiba-tiba dengar "tung tung" dari speaker. Bunyi yang nak bagitau bahawa bateri phone adalah low dan boleh mati bila-bila masa je

bila dengar bunyi tu, berlintang pukang la kita pergi cari charger

meh aku nak kongsi tips yang aku jumpa kat yahoo baru-baru ni. tips berguna untuk kita semua




  • Nyah-aktifkan radio yang anda tidak guna
    • Untuk pengetahuan anda, radio yang digunakan oleh telefon anda adalah di antara penyumbang utama kenapa bateri anda cepat habis – dan radio yang kami maksudkan di sini bukan radio FM. Jika anda tidak menggunakannya, anda boleh tutup radio 3G, Bluetooth dan WiFi anda untuk menjimatkan bateri di dalam telefon anda. Selalunya pilihan ini diakses daripada seting anda.  Juga, tutup aplikasi yang menggunakan GPS anda – walaupun anda tidak menggunakannya secara aktif, di latar belakang GPS anda masih digunakan oleh aplikasi tersebut, dan ianya memakan bateri anda

  • Kurangkan tahap kecerahan skrin anda
    • Selain dari radio, skrin adalah bahagian yang paling banyak memakan kuasa bateri anda. Kami cadangkan untuk meletakkan tahap kecerahan skrin anda ke 50% dari maksimum. Anda juga boleh mengaktifkan mod skrin automatik – di mana telefon anda boleh menaikkan atau mengurangkan tahap kecerahan dengan automatik. Anda juga boleh menggunakan gambar latar belakang yang berwarna gelap – ini juga dapat mengurangkan penggunaan bateri oleh skrin anda. Bagi pengguna Android – jangan guna gambar latar belakang ‘live’ – itu memang akan mengurangkan jangkahayat bateri anda dengan cepat!

  • Tutup aplikasi yang anda tidak guna
    • Android dan iOS mempunyai pengurusan memori yang agak bagus, jadi aplikasi akan tetap berjalan walaupun ada banyak yang dibuka di latar belakang. Walau bagaimanapun anda patut menutup aplikasi yang tidak digunakan jika terdapat lebih dari 10 yang berjalan di latar belakang telefon anda. Jangan lupa juga tutup ‘widget’ yang anda tak perlukan – ia pun makan bateri anda.

  • Tutup ataupun kurangkan kekerapan notifikasi telefon anda
    • Notifikasi yang anda terima di telefon anda memang berfaedah – email baru, twitter baru, ataupun aplikasi yang inginkan perhatian dari anda, ianya akan menghantar notifikasi kepada anda. Namun demikian notifikasi-notifikasi ini masih memakan bateri – lebih-lebih lagi kalau ianya jenis yang datang bertubi-tubi ke telefon anda. Untuk memanjangkan masa bateri anda – tutup sahaja notifikasi yang anda tak perlukan.

  • Beli pek bateri tambahan
    • Ini tip penting – beli bateri tambahan untuk kegunaan anda. Malang bagi pengguna zaman sekarang – telefon tidak mempunyai masa bertahan yang panjang, seperti model-model lama. Jadi, memiliki bateri tambahan adalah penting. Di pasaran kini terdapat banyak model yang anda boleh pilih untuk dijadikan sebagai bateri pilihan anda.


sila godek telefon anda sekarang jugak


Friday, 26 April 2013

Alhamdulillah ... I menang



Tanjat baby tau...

Sorang ahso called baby, tanya bila nak amik cek

Baby tanya cek apa?

Ahso kata cek coco pie, u memang

Keluar tanda tanya kat cuping telinga
???????????


wooooo... baru teringat

ada hantar satu borang

ahakkkkkkksssss.... mummyyy, baby menang

baby tanya hadiah apa??... sebab kurang pasti sangat

Luit laaa... RM1K

Alhamdulillah
:)




Baby tak berapa confident sebab suara ahso tu sungguh la tak commercial

cepat-cepat pegi web coco pie & like kat fb


yo la sesangat
see ... my name there



memang tak dijangkakan sungguh

envelope dia dah ronyok-ronyok sebab dah lama sangat prepare tapi tak pos

pos pun dah dekat nak due date

tu pun sebab angah dok berzikir kat lubang telinga aku, tanya dah hantar ke belum borang coco pie

dia jugak la yang masukkan dalam peti pos kat tepi jalan tak jauh dari gerai pisang goreng

"ibu, angah dah baca bismillah"


semalam dia tolong masukkan 3 sampul surat peraduan tea pot tapi .... lupa baca bismillah


Noodle Station



Sekarang aku tengah kemaruk makan kat noodle station

Tiap kali pergi, menu tetap sama
Nama tak berapa nak ingat tapi dalam menu item no. 15



gini la rupa mee favourite aku

hari jumaat aku n fasha akan berkelana ke sacc untuk makan mee ni

udang rasa kenyal, macam buat dari plastik je
hehehehe

selain udang, ada wantan dan fish ball
wantan aku makan last sekali, tunggu dia dah lembik kena kuah sup



mesti lepak luar

ambil udara segar walaupun mungkin ada pengunjung yang lalu lalang dan melepaskan angin

orang mesti intai apa kitorang makan
jeles la tuuuu... i dapat makan mee udang plastik



kepada staf di noodle station, sila nantikan kedatangan I tengahari ni


Restoran Wong Solo



Sebijik lagi restoran yang menjadi ketagihan aku dan officemate

Wong Solo kat Seksyen 17
Ni pun akibat baca blog ana yang tak habis-habis mengidam wong solo

Bila aku dah tak boleh tahan, cepat-cepat la google dan ajak kuncu-kuncu pegi try
Wallaaaa.... memang sedap

Mantap semuanya
aku paling suka ayam penyet dia, menyengat pedas
nasi pun ala-ala campur dengan pulut sikit


image googled



kali ni kitorang amik set nasi goreng ayam, ayam goreng tepung kot, daging lembu  dan off course ayam penyet

ayam goreng tepung tu sungguh la heaven, rangup sungguh
terasa kesedapan sampai ke tulang temulang



ni air happy soda
walaupun manis sampai ke buah pinggang, tetap licin dan selamat bermastautin dalam perut



kicap dan sos pun lazat
ni mesti buatas sendiri

tak sama dengan kicap kipas udang, ABC ataupun kicap tamin



ai punya ... set ada sekali tempe, tauhu goreng, terung berlado

yummih 



tukang bayar yang 1st time dapat gaji dari office
baru serap dari contract workers ke permanent
selalunya pay slip & gaji dari contractor



ni pulak si tuan pengidap kencing manis

dah berkelayakan jadi doktor sebab cucuk insulin tiap-tiap hari

Thursday, 25 April 2013

Uiks... lagi-lagi Tiramisu



Kan hari tu I ada cakap budak-budak office I tengah mabuk tiramisu

Tak habis-habis la mabuk tu, minggu ni pun minggu tiramisu jugak
Rasanya ada dalam 20 bekas kot minggu ni aku kena buat

Ni ada satu batch lagi belum siapkan
tapi diorang tau hati tukang buat tiramisu adalah tak berapa nak happy

jadi aku mintak tangguh sampai minggu depan



Perasan tak 5 bekas kecik kemetot tu?

Tu lebihan adunan la, aku letak dalam bekas kecik, senang anakanda nak makan
Lagipun dapat nampak banyak sikit, walhal 5 je



Diorang kata nak bawak sekolah tapi ada 5 je

Sorang nak bawak 2 bekas, patutnya kena ada 6 la kan
Nampaknya sorang terpaksa mengalah, dapat bawak 1 bekas je

Punya la dorang bertekak, sapa yang dapat 1 je

Tensen betui aku

Start bertekak dari dapur, pukul 9 malam
Aku dah merangkak naik atas, dok lepak atas katil pun diorang berbunyi lagi

Sayup-sayup je aku dengar suara
Aku yang tengah tidur-tidur ayam rasa nak berasap je telinga

Aku sound,...
kalau lagi 3 minit tak berenti, idung aku mesti berasap
ngeh ngeh ... tau plak takut ibu tukar jadi naga tasik chini

Seksa aku dibuatnya



wahai tiramisu ... semua sebab anda tau


Wednesday, 24 April 2013

Suatu Waktu Dahulu





Daninsh is 5



Choc order dari ex-jiran

36 biji untuk majlis anak terunanya


funny bila makcik-makcik kat situ tak mo makan choc tu
dipegangnya je

bila aku tanya kenapa tak makan?
dia kata tak sampai hati nak makan muka orang

ototototo makcik
meh sini adik manis kopekkan gambar itu wahai makcik

ok, choc sedia untuk dijamah

makcik suka
makcik amik lagi sebiji dan sebiji lagi

situasi itu kita namakan tak kenal maka tak cinta







Tuesday, 23 April 2013

Another Shocking News .. abah



Abah baru balik dari hospital

Konon untuk ambil result operation hari tu tapi tak dapat lagi dari Hospital Kuala Lumpur

Mungkin 21 Mei baru dapat ... mungkin



Hari ni adalah hari untuk review keputusan CT scan yang buat masa 1st time abah masuk hospital

Dari pukul 8 pagi abah, mak, kakak n abang dah ada kat hospital

OK
abah adalah sangat menepati masa
Pukul 8 means pukul 8, no no pukul 9


Doc kata sekarang pulak lymphomea

Lepas google sejak dari pukul 2 tadi
lymphomea adalah so scary 

and now .... i'm in tears


Ya-Allah, pada-Mu tempat kami mengadu


Ibu dan Anak



Pada yang tak berapa pasti, tengah dok garu-garu kepala tuh, meh aku rungkaikan persoalan itu

si ibu adalah yang bertudung kuning, anak yang bertudung hitam

ahakksss








Monday, 22 April 2013

Gwiyomi



Bagaikan resaksa yang baru bangun dari koma patblastahun, terkesima aku bila ramai manusia yang cakap pasai Gwiyomi

amondo kah itu?


gigih la hari ni aku dok beryoutube supaya dapat aku tengok latest update tapi masih tak jumpa jawapan

ramai jugak artis yang terjebak nampaknya

apa itu ?
tarian kucing ke?... 
atau pun tikus comel?...

ada yang buat dalam keadaan kiut miut
ada yang buat aku loya
terbang mpat lima ekor burung kat kepala aku

yang aku perhatikan, diorang buat bulatan kat mata
jilat-jilat jari tangan

mungkin lepas ni aku nak cipta tarian kiyomok....
jilat jari kaki
haaaaa....sungguh meloyakan


mohon sapa-sapa yang pakar dalam bidang ni sila call atau message aku dengan kadar segera sebelum aku ambil tindakan jilat jari orang lain


nak saksikan gwiyomi dari aku???...
ala, tak nak la
takut korang semua terpana dengan panahan asmara aku


Chocs Gambar Pengantin



Choc ni aku dah buat quite sometimes,,,

Special yang betul-betul special. Tak pernah buat konsep macam ni. Pengantin nak lain daripada yang lain, no copyright dari orang lain.

Jadi aku cadangkan buat gini
Kotak 2 cavity yang letak gambar pengantin
Gambar pra-perkahwinan

Orang sekarang kan suka bergambar gini sebelum majlis sebenar. auuuuwww... aku dulu gambar kawin pun sodih, tak de le pra-pra macam ni. Tu kira nasib baik sesangat ada gambar kawin



Pengantin bagi 3 keping gambar

Maka aku pun buat la edible image, boleh terus ngap coklat 





Total 400 kotak

makanya 800 bijik coklat semuanya




kembang kuncup lobang idong aku bila kastemer sangat happy dengan hasilnya

This is what we call kepuasan

Bila bertungkus lumus untuk mendapatkan hasil yang terbaik dan hasil kita dihargai
Bukan pujian yek tapi penghargaan 




aku post gambar ni dalam satu group yang ada ramai sifu-sifu coklat

idea aku diterima dan mendapat feedback yang baik dari ramai sifu

another penghargaan walau ia hanya di alam maya


Terima kasih pada tuan tanah yang memberi aku kepercayaan


Friday, 19 April 2013

Keek



Sejak demam keek melanda, makin ramai aku nengok usung video cam ke hulu hilir. Pantang bergerak je badan tu, terus nak rakam.

Hebat la korang
Ngalahkan Shahrukh Khan


semua pun dah upgrade kan diri sendiri jadik producer dan pelakon handalan. bintang undangan pun ramai, tukang menyelit-menyelit kat tepi pelakon utama


aku????

sodih, nan ado keek ni
belum ada kekuatan dan rakam gambar sendiri dan upload kat keek nun

Aku takut ramai orang yang tak dapat tumpukan perhatian dengan kerja memasing. Asik mengadap komputer je nanti, tunggu masa aku upload video.

Telefon aku mungkin akan sentiasa berbunyi, peminat asyik telefon untuk tanya bila aku nak masukkan video baru. Bila dah asyik berbunyi telefon, bil lektrik pun akan tinggi sebab selalu nak kena charge

Email pun akan masuk non stop. Aku bukannya apa, kesiankan pihak yahoo je. Makin sebuk le, kang jam plak server diorang. Tinggi plak kos operasi

Tak ketinggalan jugak situasi kat pejabat aku nanti. Bila peminat tak dapat reply, kang diorang datang pejabat aku plak. Dah jadi satu kerja extra plak untuk pak guard rekod keluar masuk peminat aku.
Sian.... stress



Kesimpulan : i is pemalu

Bila i dah ubah pikiran, i bagitau u olls yek



verangan tak sudahhhh.
tak ingat buat page 5 orang je like, tu pun sebab paksa anak sedara sendiri like





Thursday, 18 April 2013

Tiramisu .. bekas kecil besar



sekarang opis aku kemaruk dengan tiramisu
seminggu dua tiga kali layan buat tiramisu je

nak snap gambar pulak tak de mood kerna kamera berharga sekilo dua engget tak berjaya menghasilkan gambar yang cantik

orang kata ada side income boleh la beli kamera mahal
amboi amboi ...
bukan untung tiga ratus sekali dapat order wahai cik senah




6 bekas sederhana comel, sorang order 2 bekas



1 bekas besar

simple calculation, haruslah bekas besar berharga lebih mahal dari bekas kecil

pada yang nak sama harga haruslah dapat penampor free dari aku
:)


yang dalam gelas tu ai lah punya


haippp.... nak ngata aku kuat makan la tuuuu