Friday, 30 August 2013

Steamboat



Sekali-sekala dapat makan steamboat sedap jugak
Duakali-duakala rasa muak pun ada

aiseh..tuan belog nampak kurus
bulan puasa le katakan

iye adik-adik semua, ni gambar masa bulan puasa
selim sikit
dah raya punya gambar tak payah la tengok



kalau ikutkan hati malas nak pergi, kena tinggalkan suami berbuka sesorang. dia mesti tak nak join aktiviti aku dengan budak-budak office tapi boss beria-ria sungguh ngajak

rindu kat anak-anak aku la katanya

memang boss aku ni suka dengan diorang
tak percaya???? 





maka berpergian la kami ke buffet steamboat d'kayangan kat area stadium shah alam. ayahnya berbuka dengan asam pedas yang aku sempat masak

ada kambing panggang. tu je sebab kenapa aku pilih tempat ni. minggu sebelum tu dah berbuka dengan steamboat flaming

nak suruh aku review?????
apa aku tak de le segah mana. makanan pun so-so je

kuih muih agak keras, mungkin sebab kena angin bayu walaupun aku nampak ada plastic cover

dessert pun tak banyak pilihan

anak-anak banyak makan udang, kambing aku pulun dengan sempurna walaupun kurang rasa perapan

yang paling tak up-to-date adalah dapur dia

masih pakai dapur lama yang ada tong gas. jadi dapur gas ada kat tiap-tiap meja. kalau nak main sorok kat bawah meja tak dapat la jawabnya

kalau la tong meletup....haih, ramai le yang terlibat




TQ MIKE ......

serabai je kan rupa mike hua

tapi dalam hati ada banyak taman

Thursday, 29 August 2013

Tengah Buat Ni



ada tak aku mention yang aku suka buat kerja tangan. walaupun kadang-kadang hasil kerja tangan tu mengalahkan hasil kerja kaki, aku tetap gumbira

untuk makluman, aku dalam proses untuk tukar kotak kasut dalam bentuk yang lebih cantik

kaki ada 10 jadi banyak la kotak kasut yang terhasil

ada yang aku letak mainan lego bebudak, alatulis, ubat-ubatan dan kerusi lipat.

kerusi lipat????.... hehehe, memain je. kalau kerusi lipat aku boleh sumbat dalam kotak kasut, aku mungkin join david copperfield

sapa tau apa david copperfield buat sekarang???.. senyap je dia. dah tak de buat magic ke?




idea datang sebelum jumpa blog ni lagi. kiranya sama hebat la aku dengan dia sebab berjaya memikirkan benda yang sama. otak omputeh rupanya aku

tadi terpandang, betapa kreatifnya dia. banyak projek DIY yang boleh ditry

baby like banyak kali, sampai kontot jari like banyak sangat

sama-sama la kita tengok macamana dia buat




kotak kasut



balut kotak dengan kertas pembalut hadiah

balut dengan erat yek expecially kat bucu-bucu kotak



taradidadidaaaaa....

dah siap renovate



hias la dengan butang yang cantik dan fancy




hebat tak ia di situ???

aku punya sila nantikan kemunculannya minggu depan



Wednesday, 28 August 2013

Birthday Saya



Hari jadi aku jatuh pada hari raya keempat hari tu. Ini bermakna hari jadi suami pulak hari raya ketiga. Ini juga bermakna dia tak de alasan untuk lupa hari jadi aku. Kalau lupa jugak, ini boleh menyebabkan aku sentap

Kebetulan tengahari tu pak sedara & family yang duduk kat Cheras datang beraya. Tiap-tiap tahun diorang datang dan lepak kat resort tak jauh dari rumah. Dah banyak kali cakap tak payah membazir, tidur je rumah kitorang . Tak didengonya cakap kami ni. Diorang datang nak beraya tapi anak-anak dan menantu lelaki diorang lebih ke arah memancing kat sungai tepi resort tu. Kalau tido rumah orang tak selesa katanya keluar masuk memalam

ok la ayah chik & makcik.... kami terima alasan tu

dah siap makan tengahari diorang check-in. entah macamana boleh terkeluar cerita pasal hari tu hari jadi aku. lupa plak aku, mungkin jugak dari mulut sendiri
:)

sedap je mulut cakap malam ni datang kena pakai cantik-cantik sebab ada party walaupun aku tau tak de sapa nak buat. syok sendiri la tuuuuuuu

sebelum maghrib boleh plak makcik call tanya party start pukul berapa. ish isk....tak de party la wahai makcik. aku melawak je. tapi entah kenapa hati berat mengatakan ada surprise untuk aku. ni double syok sendiri

haaaaaa....siap pakai baju cantek la. senang sikit nak bergambar
busuk tak perangai?????



last last ..........

taraaaaaaaaaaaa....

ayah chik sekeluarga datang dengan sebiji kek & makanan-makanan lain
ala....malu baby tau
buat baby terkesima je
tak sia-sia pakai baju cantek




birthday girl dengan tukang sponsor kek

ayah chik memang sporting sekarang ni walaupun tak boleh cakap
actually, ayah chik dulu ada kanser tiroid, peti suara yang bermasalah dah dibuang
jadi suara tak boleh dengar la

ingat lagi ayah chik masuk hukm waktu aku dekat-dekat nak kawin. ngeri sungguh bila tengok kesan operation kat leher dia

aku rasa ayah chik sayang dengan aku
aku rasa je laaa.....
tapi aku rasa macam confirm je
dia pandang aku dengan kasih sayang
:)

pada anak-anak dia yang selalu stalk blog aku, sila komen sikit



kek perisa blueberry



mari posing ramai-ramai

memula aku nak posing sorang-sorang je
tiba-tiba rasa ada bunyi lalat berkerumun kat belakang
cheh....penuh manusia rupanya
tak boleh tengok orang senang



peluk tangan ayah chik....
tiba-tiba lalat datang sini jugak




aiseh.... di sini jugak lalats datang
tak de kedamaian di hari jadi
di manakah privacy diri sendiri???....



last-last sesi fotografi

tudung dah tak keruan... macam baru balik dari larian dikejar anjing

tengok di kejauhan itu ...
di waktu sang perempuan riuh rendah kat dalam rumah, sang lelaki termenung kesepian. malas nak layan la tuuuuu.
dalam hati mesti bengang, "bila nak habis bergambar woi perempuan, ikan kat sungai tu dah wechat"

dasar tak hormat I yang diraikan ni

happening sungguh....
touching i tau, nasib tak nangis. airmata kat ujung-ujung bijik mata je. tak boleh jadi, kena kontrol ni. i kan insan berhati waja

anyway ........tq to everybody

luv u olls


Saturday, 24 August 2013

Perubahan



tragedi pecah rumah subuh isnin hari tu bukan main banyak bagi perubahan, ekspecially laki aku

memang dari dulu dia ni ada ciri-ciri safety officer. kadang-kadang dia bangun di waktu malam untuk check samada aku ada terlupa tutup api dapur

belajar dari pengalaman la tu.....

sebab aku pernah lupa tutup api waktu panaskan kuah tomyam. sikit lagi nak meletop periuk. periuk besar nok... bukan periuk besar tapak tangan. jadi boleh ko bayangkan berapa jam aku alpa. bila dia tanya aku start buat muka pelik yang tak berjaya tipu dia. haaaa....pandai je tangkap salah aku

kuali goreng ikan pun pernah terima nasib yang sama. jadiiiiiikkk, fair & square. bukan aku saja nak kenakan periuk tomyam itu


tapi kadang-kadang aku rasa sungguh la rimas dengan dia.



sekarang dia paksa aku letak grill kat bahagian dalam dapur tingkap. kat luar dah welding, sekarang kat dalam pulak. Nak wangikan hati aku .... dia kata "pilih la corak grill yang cantik". ok, aku menurut je walaupun aku tau kerja carik quotation dan tukang buat grill tu bakal jadi tugas aku

semalam dia tanya ... "bila wong boleh pasang???"
kan i dah cakap

tombol pintu depan dan master bedroom dah ditukar baru. pintu dapur dan pintu master bedroom pulak ada additional ensel.


bila pergi kerja, dia akan lock master bedroom dari dalam which aku tak pasti apa rationalnya. ok, aku ikut je tanpa kata ek? ataupun ik?

tapi aku pasti ... untuk kitorang sefamily jugak

tiap kali aku masak mesti dia datang dapur .... sambil komen pasal banyak benda. oleh kerna ia adalah ayat yang sama, aku tak berani kata apa-apa.

sebab aku takut nanti aku ngamuk dan mendurhaka pada suami. ulang ayat yang sama je

aku ni cepat naik angin ... darah dinosour agaknya aku ni. memvavi buta je rasa tak puas hati


walau apa pun ...
semoga Allah lindungi kami sekeluarga dari segala musibah. mungkin ada hikmah di sebalik semua kejadian yang berlaku

pada stalker yang terdiri daripada .........., jangan cakap padan muka tau. tak baik you


Friday, 23 August 2013

Bila Diri Kurang Harta




Baru balik menangis di tepi perigi buta. Sambil menangis sambil nyanyi lagi Sharipah Aini.

Sedih tau ... tak de kamera nak tangkap gambar diri sendiri yang sekarang berkulit berminyak.

Pakai sunblock yang beli dalam bulan puasa walaupun tak nampak hasilnya lagi. Hasil le sesangat, kan. Baru pakai 2 minggu dengan kulit bak manggis tu, lagi mau salahkan produk. Baru-baru pakai hari tu minyak semua menyorok dalam kulit, sekarang ya ampun.... boleh goreng keropok lekor.

Salah kulit sendiri atau salah produk???
Buat masa sekarang aku salahkan produk
mihmihmih

kalau sapa-sapa berani cakap tak dapat bezakan aku dengan kenchana dewi, aku tampor kuat-kuat. Diam-diam sudah


ekceli.... dalam tab, dalam kamera banyak jugak gambar yang aku belum tontonkan secara eksklusip. Gambar jam dinding yang tak macam jam tu aku suka. Gambar dah tak de, jam pun aku dah campak dalam tong sampah.

tapi nasib jugak, kalau tak mesti aku dihina kerna mampu ada jam sebegitu rupa. Kadang-kadang aku pun garuk kepala bila tengok jam tu. Sedih ko,,,, bole menitik airmata. Tak pe la.... sekarang jam kat dinding dah comel, kalah aku



cari-cari kat laptop, kot-kot ada gambar lama yang kalah erra fazira. tak de pulak,,,, semua pun macam joyah ujung kampung.

okokok... memang aku sejak dari azali dah macam joyah. ngaku dalam terpaksa



Thursday, 22 August 2013

CupCake Cucuk Gambar



untuk makluman, duit dalam dompet yang kena pau dek perompak adalah kebanyakannya duit jualan kek dan biskut, collection sebelum raya. bukan setakat kebanyakan, cuma 3 engget je duit aku yang lain-lain semua duit kek.

kena la berusaha gigih untuk dapatkan order baru kot, top up semula. tak pe tak pe, kalau ada rezeki Allah untuk aku takkan ke mana. Itu aku amat pasti, yang penting usaha dan tawakkal




Alhamdulillah

Rezeki pertama lepas raya. Menyenangkan kerja sebab semua bahan ada, tak payah nak berlari-lari ke kedai kek.




2 kotak cupcakes tema pink purple untuk kawan-kawan sekolah katanya. Hati kata warna pink tak macam pink tapi mata kata boleh le tu. hikkksss... kes malas nak re-do.

Semalam penat tuh... ada stock take.
Semua barang pulak tu nak kena kira. Sebagai penasihat akka mandor untuk stock take, otak ligat berpusing untuk memahamkan orang cara untuk menyiapkan reconciliation dengan betul.




Happy Birthday Adriana








ko mampu pinjam handphone boss untuk tangkap gambar personal dalam ofis.??

haaaaa... aku kan giler vavi, dengan boss pun macam kawan tadika. boss pun panggil aku boss. tak ke bercelaru namanya tuh

relax la ... hidup kena la happy sebab kawan aku hanya budak department aku. sebenarnya,,,, aku yang tak betul. aku tak senang bergaul walaupun mulut macam naga berapi. kat atas aku fire semua benda, bila turun ofis macam panda je.

apa kena mengena dengan panda????....
kerna panda adalah pemalu dan comel

larriiikkkkkkk




Monday, 19 August 2013

Jatuh, Hampir Ditimpa Tangga



uwaaaaaa.... korang dengar la cerita sedih fresh from the oven

dengar la ... dengar la



di suatu pagi yang hening yakni pagi tadi, anak-anak dah pakai baju sekolah, aku dah pakai baju kerja lengkap dengan tudung dan make-up, laki masih lagi dalalm bilik air

aku angkut la barang-barang untuk hantar pergi nursery, satu beg sekolah anak takde. pelik sungguh. semalam aku dah susun elok-elok tinggal nak letak bekas air minum je. mana ini beg sudah lenyap??? prot pret la mulut aku suruh diorang cari mana beg nih. laki yang lepas mandi pulak bising tab dan handphone dia pulak tak de. tab aku yang dia kata dah susun elok-elok pun tak nampak.

jeng jeng jeng ....
aku dah saspen ni. saspen nak tunggu apa kata-kata hikmah yang nak keluar dari mulut dia. orang kalau tengah marah paham-paham je la.

aku tak puas hati, naik tingkat atas untuk check sebarang kemungkinan. check siling, check sliding door depan, check pintu depan. mana la tau kot-kot ada kesan pecah masuk ke hapa. sekali laki menjerit dari dapur ...... gril kat tingkap dapur dah tak de


uwaaaaaaaaaaaaaa.... diorang umpil grill tingkap dapur dan kidnap barang-barang.

dah terang dan nyata pencuri masuk rumah subuh tadi


barang-barang yang hilang ....
2 biji tab, handphone suami, cincin suami, kamera, handbag & wallet aku. beg sekolah iwan pun diorang ciluk sekali. apa jenis pencuri nih????

aku dengan angah dengan lemah gemalainya pergi dapur lalu kot belakang rumah, kot-kot pencuri buang wallet aku. huh, tak de apa pun. yang tinggal hanyalah tingkap yang bogel. dalam sedih pilu, lepaskan anak-anak pergi sekolah naik motor dengan en. suami. lepas setengah jam, en. suami terjerit-jerit suruh aku ikut dia.

ooooooohhhhh... pencuri buang segala khazanah handbag & wallet kat belakang lorong. maknanya diorang sebat duit dan campak beg aku kat situ. nasib la segala kad dan ic dorang tak buang. tak de le susah aku nak buat balik semua benda tu.

buku sekolah agama iwan pun diorang campak tak jauh dari situ. grill pulak diorang buang dalam longkang

tapi yang peliknya.... ada subang dan loket angah, jugak gelang aku dia tak ambil kat dalam handbag. gelang tu siap dia lempar kat tepi jalan. double the pelik, laptop yang ada dekat-dekat dengan tab pun diorang tak ambil.

tapi aku masih rasa syukur sebab diorang tak geledah dalam 2 drawer. dalam almari depan ada box barang kemas, dalam laci belakang ada duit raya anak-anak. kebetulan barang kemas dan ang pau tu aku keluarkan semalam. kalau tak .... aku dalam situasi sudah jatuh ditimpa tangga, mulut pulak terpalit dengan taik ayam.

Allah masih melindungi keluarga kami.... masa kejadian kami tidur. Kalau jaga, tak tau la apa yang jadi.

masa sembang dengan jiran sebelah, dia cakap kenapa aku tak tutup tingkap atas??? dia perasan waktu dia balik dari cuti raya minggu lepas...aik, aku rasa triple the pelik. laki aku adalah particular bab macam ni, selalu dia akan check. kitorang pun bukan jenis yang bukak tingkap atas. bila CSI lakukan penyiasatan, tengok-tengok tingkap tu pun ada kesan kena umpil. maknanya pencuri ni dah masuk masa cuti raya hari tu. diorang buat come back bila tak de hasil.


berdebar pulak rasa


Friday, 16 August 2013

Magis

Cuba perati betul -betul. Apa magis yg tengah dibuat dek anak-anak den dan anak sedara. Tidur bukan main lintang pukang. Dah le diorang pakat tido pukul 5 6 pagi, melayan game n tibi.

Aku tak de le bising sebab ni le masa diorang nak menikmati cuti di kampung. Lagipun, projek semua berjalan kat rumah kakak kat sebelah rumah mak. Jadi penghuni rumah mak yakni diri sendiri buleh tido dengan tenang kecuali nyamuk yang punya la bermaharajalela

Entah dari mana nyamuk ni datang. Satu batalion nok,,,,,lepas tu main attach kaki n tangan je. Habis tangan kamicyang halus mulus ni jadi mangsa

Ok ok.... back to the magic.

Kepala anak sedara... badan angah.
Hik... kepala angah dalam selimut

Thursday, 8 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Bukan main susah nak ajak budak2 ni berphotoshoot

Ni je yang mampu

Sulam kat baju for both ibu dan anak dara adalah dari hasil kerja tangan ibu

Di kesempatan ini saya menyusun sepuluh jari memohon maaf di atas salah dan silap
Terlanjur kata dan tulisan


Monday, 5 August 2013

Dobi Murah




ko nampak tu??

jenuh aku mendobi baju raya diorang
tu semua baju, seluar tak de

kena la basuh dulu, kang gatal-gatal pulak badan para peserta. sapa yang bersalah??... mesti le aku yang dipersalahkan, tak de orang lain

baju yang tak boleh kena air dah aku kirim ke dobi yang kena keluarkan RM, dobi ni tak payah keluarkan apa-apa kecuali keringat

tak pe la, tak de hal ...
janji seisi keluarga memancar bersih dan wangi




tudung aku je tak de lagi 2 pasang

esok bila dah sampai kampung mak mertua, nak kena beli la. ada la alasan nak keluar rumah kejap
:)


esok dan rabu adalah hari yang busy kerna aku adalah penganyam ketupat sebanyak 100 biji. ok jugak, tak de la aku tercangak-cangak tak de kerja


Saturday, 3 August 2013

Bila laki pegi pasar

Kan aku dah cakap.... kalau laki pegi pasar gini le hasilnya

Aku dah cakap, beli ngam2 untuk stok 3 hari, isnin dah nk balik
Sekali dia balik dengan sepemeluk sayur sawi
Sepemeluk hokei, bukan secekak

Gambar tu nampak je kecil tapi realitinya adalah besar

Dalam usaha untuk ngabiskan sawi tu, mungkin kena panggil setengah kampung berbuka sekali

Apponakjadik.....


Friday, 2 August 2013

Nostalgia Cerita Raya



Sapa tak seronok bila tiba hari raya??... sila angkat kaki tangan sekaligus

eh,,, tak jugak, pada yang tak mampu, tak ada .. apa la sangat raya bagi diorang. janji lepas makan hari-hari cukup la. aku bila sampai bab macam ni memang touching giler. sebab tu aku suka join kalau ada aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan insan tak bernasib baik, boleh menaikkan keinsafan diri. anak-anak pun aku galakkan sekali supaya diorang tahu ada yang tak bertuah macam diorang.

sob sob sob .... i is sentitip nih

semoga diorang beroleh kesenangan, kemuliaan dan keberkatan Illahi


ok ok.... back to happy mood nak raya ni

macam kebiasaan, raya pertama kat Melaka dulu. bab turn raya ni aku pelik sikit, aku tak memberontak pun tiap kali kena raya kat sana. aku terima je dengan redhonya

sebab ... raya pertama meriah, raya kedua dan seterusnya dah tak macam raya. kat rumah mak aku pulak raya kedua dan seterusnya yang bukan main ramai sedara-mara datang. collection kat Melaka pun meriah :)

seingat aku dah patblas tahun kawin, baru tiga kali ada kat Perak hari raya pertama. seronok jugak, bab bermaapan tu touching sungguh. guling-guling nangis... lepas 10 minit start balik ngata orang



mereka, tahun 2007



 kami, tahun 2008



2009, kat Perak
suci pulak wajah dapat beraya dengan mak abah


dah tua-tua ni tak de le terkinja-kinja sangat rupa nak beraya walaupun dalam hati terlompat seronok. kontrol macho je, malas nak menunjuk-nunjuk

masa budak-budak dulu, bila dah dekat nak raya kena la cari ranting kayu. paling ngam adalah ranting pokok bunga kertas sebab banyak cabang. cat dengan warna putih (english style le konon). bila cat dah kering, gantung le segala kad raya yang dapat. kalau agak-agak kurang, carik balik kad raya tahun2 lepas. gaya kena lebih walaupun ia adalah palsu dan atas dasar menunjuk-nunjuk

bab kasut raya jangan cakap le. sampai naik haus la tumit kasut, kesah duk melaram depan cermin je kerjanya. masuk bilik, kunci pintu, cat-walk. tak sabar betul nak tunggu pagi raya

baju raya tak sempat nak melaram awal-awal, biasanya pagi raya atau paling hebat pun malam raya baru siap. tukang jahit jiran tetangga, suka sangat lambatkan baju kitorang. mencik tau... tak sempat buat rehearsal full set

dulu masa kecik hidup cukup-cukup makan je, adik-beradik ada 9 orang. tapi mak mana yang tak nak tengok anak cantik di pagi raya. dah jadi kemestian, mak mesti beli rantai tipu kat pekan. kitorang panggil rantai neka. ala,,,,, pakai seminggu warna emas dah hilang, tinggal warna hitam je. gitu le kasih mak, bila ingat pasal rantai ni memang le nak menjerit nangis

biskut semperit, biskut nescafe, biskut rito mesti raya. resepi turun menurun tau, sukatan guna cawan warna coklat tu... sampai sekarang pun mak buat. caya la mak, kalah chef wan

abang-abang punya kerja cari buluh, cari tin kosong untuk buat panjut. panjut tu macam pelita la.... buluh tu potong dalam 2-3 ruas, lubangkan untuk masukkan sumbu, sumbat keliling sumbu dengan tanah basah. berderet le keliling rumah dengan panjut 

malam panjut yakni tujuh likur kira hari berglemer le. masa tu jalan raya besar pun tutup. ada pertandingan beb.. memang pesta giler. masa ni la pakwe nak keluar dengan makwe,,,dating2 di bulan puasa. ko bayangkan betapa ramai manusia sampai jalan pun tak de kereta. tapi aku baik, tetap jalan dengan mak masa panjut, paling haprak pun dengan kawan kelas


sekarang...... semuanya tinggal kenangan

tak de buluh, tak de rantai neka 

Thursday, 1 August 2013

Berjaya Dengan Nasi Ayam



berjaya jugak impian buat nasi ayam untuk berbuka

dah berapa kali tertangguh usaha ni. bukan apa, memang senang nak buat tapi takut anak-anak tak dapat menerima

dah saiko anak-anak sebelum diorang pergi sekolah. bukan saiko apa, bagitau awal-awal supaya diorang dapat terima suratan yang berbuka nanti hanya ada ayam je. semua pun bakal redho dengan ketentuan ni

en. suami pun aku dah msg siap-siap. "hari ni masak nasi ayam je la". sepantas kilat reply "k".

gitu le kekdahnya bila dah patblas tahun kawin. kalau tigablas tahun sebelas bulan dulu aku msg, sampai boleh buat cerpen sms dia




kamera baru masih tak mandang, maka tangkap gambar dari tab je la. update blog tak seronok dari tab. aku upload gambar dari tab, kasi save dan edit dari laptop. sebab tu kadang-kadang korang nampak dalam masa seploh minit ada gambar lintang pukang tanpa tajuk dan kata-kata.

tu namanya blog berada dalam pembinaan dan pengapdetan





sup seperiuk vision lepas tolak sup untuk masak nasi. jangan memain, sup ni licin. tak payah penat-penat aku nak basuh periuk. lap je dengan tisu

hihihih... ingat aku sebegitu busuk dan kotor???





en. suami kata nak ayam yang garing. last-last aku persembahkan ayam yang rentung. walaupun rentung di luar tapi juicy di dalam. *tahniah untuk diri sendiri*

haaaaa... sori le darling, kicap tu punya pasal la.


resepi copypaste secara langsung dari blog filla


NASI AYAM
3 pot beras (untuk keluarga kecilku)
basuh beras bersih-bersih dan toskan

lemak dan kulit ayam (jangan buang.. basuh bersih dan guna untuk masak nasi)
3 sudu majerin
(bahan tumbuk)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

* on kan rice cooker anda.. bila dah panas, masukkan majerin.. tumis bahan tumbuk hingga perang.. masukkan lemak dan kulit ayam.. tumis sekali ya.. kemudian masukkan beras tadi dan kacau rata-rata hingga wangi.. membunuh ok bau dia time ni.. hahah.. kemudian masukkan sup dari rebusan ayam.. jangan banyak sangat air takut nasi menjadi lembik.. kurang tak pe.. Ok!! siap nasi ayam!!!! kalau sup tak cukup, pepandailah korang tambah air biasa ke apa.. hehehe

SUP
potongan ayam

(bahan tumbuk)
4 biji bawang putih
2 biji bawang merah
2 inci halia

1 kiub ayam
daun sup
daun bawang 
bawang goreng

*tak perlu tumis.. didihkan air.. lebur je ayam ngan bahan tumbuk tu.. campak kiub ayam.. masukkan garam.. bila ayam dah masak, tutup api.. keluarkan ayam dan toskan ayam.. sup tu bahagikan ye..separuh untuk masak nasi.. dan selebihnya untuk dimakan bersama nasi ayam.. campakkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan ;)

AYAM
Bahan perap
sos tiram
kicap cair
kicap manis
madu
3-4 titik minyak bijan
Lepas perap/lumurkan.. panaskan minyak.. dan goreng ayam.. tak perlu lama.. sebab ayam dah masak.. sampai nampak cantik je terus angkat.. potong-potong ayam macam kat stall nasi ayam :)

KUAH LADA
4-5 lada hidup (merah)
1 biji bawang putih
sedikit gula
sedikit garam
1/2 sudu kecil cuka
2 sudu makan cili sos
*blend kesemua bahan.. cili sos tak yah blend dulu pon takpe.. kemudian panaskan periuk.. tambah air dan cili sos (ikut tahap kepekatan masing-masing)

KUAH KICAP
*Guna balance perapan ayam tadi.. campurkan dengan kuah sup.. kalau cair.. tambah lagi kicap manis..