Monday, 30 September 2013

Sudut Binatang



susah jugak bila ada anak yang extra penyayang nih. pantang ada hewan kecik, semua pun dia nak beli, nak bela, nak bawak balik

aku kecik-kecik dulu pun punya le penyayang tapi tak de le koleksi. kiranya penyayang dalam hati je le, tak ramai yang tau sifat penyayang aku

kadang-kadang aku layankan permintaan dia, kadang-kadang diabaikan dengan sopan




balik dari sekolah minggu lepas dibelinya anak-anak ikan, aku rasa ada la 30 ekor. murah je, seposen sekor

kebetulan pulak sekolah dekat denga kedai ikan, suka la dia. ada je idea dia, cuma aku ni tak kose nak melayan

ada burung warna-warni, ada ikan emas comel. ada yang comel???... aku rasa semua pun sama je rupa dia

tu semua poyooooooo
nak racun pikiran aku je, macam le i tak tau politik dia

ikan kecik tu aku rasa sungguh keceh, nak kena pakai oksigen. malam tu tengah aku tidur en. suami bagitau dia nak offkan oksigen sebab dia rasa mende tu panas. sebab dah lama tak guna la kot

pagi esoknya aku bangun pagi tengok separuh dah kembali ke alam barzakh. bila si iwan bangun pagi, terus larik ke dapur. cepat-cepat ayah dia susun ayat penyelamat diri. "tu la, iwan letak banyak sangat makanan, tu yang banyak mati"

tersengih-sengih le iwan, konon mengaku dengan salah sendiri

tiba-tiba ayat dia keluar. "beli ikan laga je la, tapi ikan laga mahal, 2 engget". otototototo.... politik lagi sekali. konon nak menjaga tarap ekonomi keluarga la tewww



tak pe la baby, jom kita sopping ikan laga kat kedai

 

ikan laga biru pilihan hati iwan

sampai je rumah terus sediakan rumah cantik untuk ikan dia

memang dia semangat betul kalau bab haiwan ni



anak kura-kura ni dia mintk kat tukang kebun sekolah

balik dari sekolah agama dia tak bagi aku pasang ekon kereta. aku tanya pasai pe, dia sengeh-sengeh je

musti ada apa-apa nih

sekali seluk dalam poket baju melayu sekolah, keluar anak kura-kura. tak boleh pasang ekon sebab nanti kuran-kura sejuk

yang kura-kura tu duk dalam air tak de pulak dia rasa sejuk yek



mimi, si hamster

dah 3-4 kali beli hamster tapi semua pun nama mimi

banyak kali nak beli lagi sekor tapi aku bolayan. nama dah ada... miki

ooooo... suami isteri la tu


pernah sekali dulu kejap-kejap dia larik masuk stor bawah tangga. bukak peties, lepas tu masuk stor

bila penyiasat aku buat.... aiseh, dia bela berudu kat dalam bekas. bukak peties sebab nak ambil sayur

kat belakang tivi pun macam tu. aku jumpa anak ikan dalam bekas minum dia


so la comel, bila tanya garuk-garuk kepala

tapi aku no hal sebab dia rajin. rajin bagi makan, letak air untuk mimi, cuci bekas

bangun pagi terus lepak kat mini zoo dia. kiranya tempat release tensen la tew


wajah insan penyayang

Hello Kitty in d House



setahun lepas, aku buat jugak cupcake untuk baby sofia ni

dah rezeki dia dapat makan lagi hasil air tangan aku. tak de le air tangan sangat sebab bancuhan red velvel tu tak kena tangan aku langsung. sipi-sipi je nak kena tangan









riben sejemput je

aaaa... nak ngata kedekut le tew

riben pink dah habis daaa, dapat banyak ni je


Friday, 27 September 2013

DIY... Goodies Box



korang suka buat kerja tangan??... aku suka betul
suka tapi tidak bermakna selalu buat

banyak barang aku dah ketepikan, konon nak buat kraftangan tapi banyak jugak yang menemui jalan buntu

nampak kotak, aku simpan. nampak plastik aku simpan. hujung semua benda aku campak dalam tong sampah. alam flora jugak yang untung, boleh recycle sebab plastik dan kertas biasanya aku asingkan

boleh la orang-orang lori tu dapat income sikit.... jual balik maaaa

kali ni aku berjaya siapkan 30 kotak goodies box

biasa orang letak goodies dalam bag kan??...
kali ni aku ada masa dan ada agenda tersendiri, gigih le aku menyiapkan kotak-kotak comel ni

untuk apa??... esok-esok kalau free aku cerita lain


bahan-bahan untuk buat kotak ni very la simple

kertas saiz A4 tebal, double sided tape, gunting, riben, puncher, printer


kertas tebal bercorak ni nak tau macamana aku hasilkan??

google imej 'wrapping paper'

copy paste dalam excel

lepas tu pergi preview, tarik margin untuk semua side sampai maximum. korang adjust la sampai penuh satu mukasurat tu

kiranya ini adalah konsep try and error la tapi once dah siap, hilang kelecehan try & error tu. excited giler dengan hasil yang mantop. tapi bergantung jugak pada design yang korang pilih. kalau design sodeh, maka sodeh la hasilnya


 

dengan menggunakan excel jugak, lukis layout kotak

ni contoh layout tu. lagi senang buat kat excel dari lukis dengan tangan ataupun kaki

sebab banyak, jenuh la nak luksi satu-satu. excel ni buat sekali boleh print beribu-ribu kali


  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
      
      
    
    
    
    
      
      
  
  
  
  
  


masukkan kertas bercorak dalam tray printer korang. print je la, tak kesah atas corak ataupun belakang corak, janji nampak garisan




hasil lepas gunting. gunting garisan belah luar je yek. jangan gunting ikut semua garisan pulak. ke tong sampah le jawapannya nanti




kat bahagian ponggong kotak kena hati-hati sikit, potong macam yang aku tunjuk kat atas ni sebab kita nak kelepetkan dia nanti

omg...teruknya bahasa



ambil double sided tape

tape dekat bahagian pengkelepetan macam gambar kat atas ni. kiranya tu bahagian sisi kotak la



ambil pembaris panjang, letak kat bahagian tengah kotak
buat antara 2 belah bahagian pembaris

tak paham??...refer kat bawah ni pulak
:)



macam ni maksud aku tadi. tujuan supaya lubang pengikat nanti tak de le senget benget

buat dekat dua bahagian hujung kotak



ambil puncher....

letakkan titik yang kita buat tadi betul-betul dalam lubang puncher

dah letak tu sila la ketipkan. kalau tak ketip, buang masa je korang fokus bebaik lubang tu



hasil lubangan adalah seperti ini



boleh la start lipat setiap garisan



dah lipat semua???... ok, pandai

bukak satu bahagian double sided tapi, lekatkan dengan bahagian satu lagi. buat satu bahagian pada satu masa, jangan bukak semua tape baru terhegeh-hegeh nak lekatkan



dah siap kotak... meh kita hias sikit



isi semua apa yang korang nak isi dalam kotak

masukkan riben melalui lubang ...
mula dari dalam bawak ke luar, penutup pun sama jugak



semua lubang dah dimasukkan riben

boleh la diikat cantik
jangan le ikat lintang pukang, kotak cantik ikat pun kena cantik



taraaaa..... dah siap kotak

puas hati kan dapat buat kraftangan ni

hujung minggu ni boleh la lembuatkan tangan korang dengan kraftangan senang ni



Tuesday, 24 September 2013

Itu pun Nak Busuk Hati



Alhamdulillah....
sambutan untuk pencetak huruf adalah menggalakkan

Ada yang bertanya macamana fungsi, ada yang bertanya pasal delivery.

Standard la tu kan?...

Orang tanya aku pun jawab, kebanyakannya email dan pm kat fb la. Pun standard jugak tu. Senang sikit nak berurusan kalau one to one ni, tak kacau orang lain.

Kang orang lain terbabit sama dalam perbincangan kita. Boleh buat orang menyampah ... :)  


Tapi bila aku terima sebuah pertanyaan/komen kat wall.... rasa panas plak hati

Kenapa harga aku mahal???...
dia kata dia pernah nampak kat satu tempat ni harga dia lagi murah.


Kalau korang jadi aku apa korang rasa?????

mencik ...? ... hati bernanah dan berdarah??


kalau harga aku macam tu pun ko ingat aku boleh beli banglo 8 tingkat? boleh beli rantai emas 999 sampai ke pangkal ketiak??...
roti gardenia 2 bungkus pun belum tentu lepas tau

ada tak minda ko terpikir sekejap, terlintas dalam kepala yang bulat elok terbentuk tu...

aku ambil barang tu kat supplier naik kereta. sorry, aku orang cikai dan tak de class, naik motor laki je laaaa. kalau tempat tu dekat, golek-golek 4 kali dah boleh sampai tak pe la. kot kalau jauh sikit??... mesti le aku kena masukkan tu dalam kos aku

aku bukan budak pandai, tak masuk U tapi benda tu aku pun tau, semua orang pun tau jugak. ko pun tau tapi sengaja nak menjatuhkan air muka aku.

apa guna aku jual kalau kos aku 20 engget tapi jual 15 engget. aku suka jugak buat amal jariah tapi yang ni aku nak berjual-beli. kalau pun aku buat amal jariah, takkan tiap kali kena bagitau orang lain. ada la benda yang kita nak sorok-sorok. tak payah tiap kali nak nampak bagus di mata orang

bukan orang-orang kat sini je nak beli benda tu. mungkin orang kelantan, orang kedah, orang pahang nak beli. takkan semata-mata benda tu murah sengget kat kedai kat kl ni diorang nak kena datang sini

packing baju tiga mpat beg, isi minyak full tank, top up touch & go, sewa hotel

bila mak pak tanya kenapa nak pergi KL???....
ni ha mak, nak beli tempat penerap hurup. sehari dua lagi balik la

orang kat kl ni pun kengkadang pikir banyak kali nak pergi sendiri. kos minyak, kos jajan anak. ada yang pesen keluar je mesti nak santap kat restoran fast food. menda remeh tu boleh bawak sampai ke seratus padahal ko nak beli barang yang cuma murah sikit dari ko beli online

jangan nak compare segitu rupa


ingat aku hilang akal nak charge giler-giler. ingat aku nak pergi london balik hari????

aku nak charge harga kek pun kira tujuh ploh kali. kalau boleh nak bagi lagi diskahun supaya semua rasa happy dan tak terbeban. tak de maknanya aku nak cekik darah orang semata-mata nak penuhkan RHB aku

lagipun... masa aku berjual tu ada ke aku paksa sapa-sapa. tak do kan????... aku letak je gambar, sapa nak beli le. bukannya aku letak pisau kat urat tengkok ko. mati-mati pun kena beli jugak, tak de tolak ansur


bak kata bapak aku yakni en omar baki.... berniaga tu jangan sampai berganda-ganda untung, ala kadar je


semalam terbawak-bawak sampai ke dalam mimpi


Monday, 23 September 2013

Pencetak Huruf Yang Tongah Hot



pada siapa-siapa yang buat kek atau selalu jalan-jalan blog pembuat kek mesti biasa nampak kek yang bertulisan fondant atau gumpaste macam ni

yang paling hebat dalam blog kak ita

kak ita mana???? korang tak kenal kak ita??

sapa tak kenal sapa tak tau memang rugi besar

aku kagum betul dengan hasil kerja tangan dia, penuh seni dan kemas



ni adalah pencetak paling hot sekarang


crop dari kak ita


hasil dari pencetak....sangat lah comei, menawan kalbu


sapa yang berminat dengan pencetak ni, aku ada ready stok

insha-allah dalam masa beberapa hari pencetak ni boleh berada di atas meja anda

boleh la hasilkan kek dan cupcake yang hebat macam kak ita. 


harga adalah sangat berpatutan RM24 tak termasuk delivery

apalah sangat dengan doploh pat engget tu kalau hasilnya boleh menggegarkan jiwa customer



Thursday, 19 September 2013

Dah 30000



Gigih tak aku?...... 
dari semalam kejap-kejap tengok dashboard

Nak mengabadikan gambar mileage 30000.


Abadi konon,,, macam hamba abdi je lebih


Korang,,,,,,dengar la cerita sedih ni

Niat aku nak trade-in alza ni dipandang sebelah mata je dek
suami.

Mencik tau,, dingin sungguh dia ni

Cuba la masa reject permintaan aku ni dibuat dalam keadaan manja dan penuh kasih sayang

Seperti .....
sambil usap rambut dan berkata "tak perlu la sayang, kereta ni baru je masuk 2 tahun. Nanti darling beli yang lagi kebaboom

"

Baru le sedap hati aku

Wednesday, 18 September 2013

Hiburan Sana Sini



amboi amboi... hebat beno rasanya.

citer pasal retis pulak padahal diri sendiri hanya la gadis sunti di tepi sawah di hujung kampung

tak kira... nak cakap jugak

degil nak mamps kan...


ni apa kes mak budak ni??...
tangkap gambar tak senonoh macam ni, lepas tu tunjuk pulak pada semua penduduk kampung




aku dulu waktu ngandung ada jugak tangkap gambar kenangan tapi tak de le gini kekdahnya

letak kuali atas perut...
letak caption i adalah ibu mengandung, perut sama besar dengan kuali. orang semua mengerti dan berbanggga dengan i




omei sangat le tu....

kalau aku mengandung lagi...
sila la anda semua beramai-ramai kucup perut aku yek

FOC saja... no bayar-bayar


reminder ...
mereka hanyalah kawan biasa, sila jangan gosip
tak suka tau

aku setuju sebab dulu aku kata kat kawan biasa
"untuk menunjukkan kita adalah kawan biasa, sila la letakkan dagu u di atas bahu i"


..... poning pala kak ton .....