salam semua
busy pulak sekarang ni, banyak gambar nak kena masuk tapi punya la tak senang
semalam dah apply 1/2 day leave tapi boss mintak cancel. ok la boss, i is menurut perintah
bila dah cancel leave, mengelupur le aku ke sekolah sebab nak collect duit seratus bantuan persekolahan. tahun ni efficient sikit. tahun lepas sampai kena announce dalam mesyuarat agung pibg sebab ada 8 orang tak ambil lagi, kalau tak ambil diorang nak pulangkan balik kat kementerian
hahahaha,,, padan muka. sayang oooo, dua ratus tuh, sapa nak bagi
jangan tak percaya yek, semua pun gambar makanan yang aku bakal velagakkan
dah tukar diri jadik tukang masak berjaya. pedulik hapa orang kata tangkap gambar masakan orang saiko, janji perut family tak saiko. lepas makan boleh telentang kenyang kat depan tivi
ni ha... nak tunjuk, antara makanan kegemaran anak-anak
mushroom soup dengan garlic bread
kalau masak ni memang tak payah pikir pembaziran. sampai kering diorang makan
roti versi aku senang je
beli sebuku roti gardenia, tumbuk 3 ulas bawang putih, 3 sudu minyak zaitun, 1 sudu besar butter, sikit garam
satukan semua, gaul pulak dengan roti, terus bakar sampai garing
jom intai bahan mushroom soup pulak
6 cawan air
2 ketul isi ayam
2 ketul kiub pati ayam
2 cawan susu full cream
6 sudu besar tepung jagung
1/2 tin cendawan butang
garam, gula
oregano, kalau suka
masukkan air dan isi ayam, rebus sampai masak. keluarkan ayam, masukkan pulak kiub pati ayam. masak sampai mendidih
sementara tu, carik-carikkan isi ayam dan potong cendawan ikut suka sendiri. aku suka separuh cincang kasar, separuh lagi belah 6
bila air dah mendidih, masukkan susu. api yang besar sangat, nanti susu membuak keluar. masukkan juga garam, cendawan, ayam, gula, perasa kalau suka
bila mendidih lagi, masukkan bancuhan air tepung jagung. kacau sampai pekat
bila nak makan, tabur le dengan sikit oregano
tapi tak kesah le apa herbs korang nak tabur, nak mengindahkan suasana je tu. kata dah tahap masterchef, plating kena la kebaboom