Friday, 28 February 2014

Abah Saya... alhamdulillah



abah.....

abah aku tahun ni dah 79 tahun

tahun lepas punya cerita

Mac 2013 
abah ada buat full check-up kat hospital lepas ada few symptoms ketidakselesaan dalam badan dia. lepas CT scan, ada nampak ketumbuhan dalam usus

1 April 2014
abah jalani operation untuk buang ketumbuhan. doktor suspek ketumbuhan bersaiz 8cm tapi bila operate, ketumbuhan adalah 15cm. doktor kata "big tumor"

tak lama lepas tu..... ketumbuhan tu sebenarnya kanser

sedih betul rasanya....no words to describe
dari yang cergas, aktif ... abah kena chemo

aku ada kat sebelah abah masa first chemo tu, sungguh la berdebar rasa. drove back ke kampung pukul 4.30 pagi dengan anak-anak untuk ada dekat abah masa first session tu

tapi abah kuat semangat. aku rasa cuma beberapa hari je dia flat. memang ada perubahan pada fizikal tapi dia kuat, tak tunjuk pada anak-anak, isteri dan sedara mara yang datang melawat



dan sekarang.... after nearly one year 




rambut dah start tumbuh macam biasa

janggut, bulu roma pun dah menampakkan diri


sekali sekala adik atau kakak akan hantar abah ke pekan, lepak-lepak kejap dengan kawan-kawan dia

aktiviti harian dia sekarang.... duk kat depan rumah sambil lipat kain. kalau terlebih rajin, lipat kain isi rumah kakak yang duk sebelah rumah


hihihihihi.... so comel


Wednesday, 26 February 2014

DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE


seriously kek ni memang sedap nak mamps

kalau aku jadi juri masakan, aku terus bagi 6 bintang out of 5. hebat tak terkata la tu kononnya. tapi memang sungguh, kak ton tak tipu

ramai orang pun dah try, semua pun komen yang sama







disebabkan kak ton tak edit gambar, gambar pun guna kamera tab je, nampak macam biasa-biasa

korang tengok pun tak menaikkan napsu kan?... 
jangan cakap banyak, weekend jom buat beramai-ramai

resepi dari kak ita jua



Bahan Kek Coklat:

2 cawan tepung gandum
1 / 2 cawan cocoa powder
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 / 2 sudu kecil garam
1 / 2 cawan gula pasir ( aku pakai gula kastor je )
1 / 2 brown sugar ( aku guna soft brown sugar )
125 gm mentega 
2 biji telur gred A ( aku pakai telor yg ada je )
2 sudu kecil vanila ekstrak ( aku pakai esen vanilla )
1/2 cawan buttermilk - buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan selama 10 minit. (yg ni aku guna susu segar dutch lady + 1 sudu kecik cuka)
1 cawan air suam

Sblm tu sila panaskan oven terlebih dahulu.. suhu 160 celsius.. api atas bwh..
Dgn menggunakan mixer, putar mentega + gula ( gula kastor dan soft brown sugar ).. pukul sampai sebati
masukkan sebijik telor.. putar kejap.. masukkan lg sebijik telor.. putar lg

masukkan tepung gandum yg di ayak terlebih dahulu.. gaul guna senduk bg tepung tu sebati..

Pastu aku masukkan serbuk koko lak.. sama gak aku ayak terlebih dahulu.. gaul lg sampai sebati.. masukkan soda bikarbonat pulak.. gaul lagi.. 

Kemudian aku masukkan susu yg di campur cuka td tu sikit demi sikit.. masukkan sikit, kacau.. masukkan lg.. dan kacau lg.. buat sampai abis.. pastu baru aku tuang air suam lak sikit demi sikit.. kacau.. tuang lg dan kacau..

Akhir sekali aku masukkan esen vanilla.. kacau semuanya sampai adunan betul2 larut dan sebati.. aku tak masukkan garam dlm adunan kek.
tuang adunan td ke dalam loyang yg di lapik dgn kertas minyak di dasar dan keliling loyang
Sejukkan dulu kek sblm di hias dgn Cream Cheese Frosting..


Bahan2 utk Cream Cheese Frosting :


125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanili ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon ( kebetulan takde lemonaku ganti dgn 1 sudu kecik sunquick )

Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon

Sapukan cream cheese td atas kek.. ratakan
Sejukkan dlm peti ais jap sementara kita buat coklat ganachenya dulu..


Bahan2 utk Ganache Coklat :

100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
sedikit garam (aku tak letak )
1 sudu besar golden syrup (takde pun takpe)
1 sudu teh paste vanila

Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair.. Angkat dan sejukkan..
Tuang atas cream cheese td.. sejukkan lebih kurang 1-2 jam sebelum di potong..




koranggg....
masih terasa-rasa je kesedapan kek ni kat ujung lidah aku  tau

untuk tambah tahap kerajinan, korang kena beli semua bahan dulu. bila bahan dah ada, tak de alasan lagi nak bermalas-malasan


Tuesday, 25 February 2014

KeYWoRD - yang murah



keyword perkataan dalam omputeh, bahasa melayu kita panggil kata carian. apa maknanya?.. bila korang taip perkataan-perkataan kat bawah ni, ada la terselit kisah blog aku. bila korang klik, maka korang dah berada kat sini

betul tak?.... aku rasa lebih kurang gittu la


Ni aku copy keyword kat statistik blog aku kejap tadi. kebanyakannya berkisar pada rumah


nyampah tau.... 
cuba la cari idashazana yang kiut ke atau gadis suci di pinggir kali


yang tak boleh tahan,,,,,blog rumah cantik. 
cantik ke????... nak pengsan aku rasa tau




lantak la... tu aku tak eran. mari kita fokus pada "nak beli toilet bowl murah" tu

aku kan ada buat kerja menaiktarap bilik air. kisah ada kat sini dan sini serta sini lagi

disebabkan aku adalah pembantu kepada kontraktor yakni tukang beli barang, maka aku berada dalam kategori separa pakar. dalam lima kali buat kerja pembaikan rumah, semua barang pun aku yang pergi survey dan beli

diulangi......
aku beli sendiri yek, tanpa suami atau kawan-kawan di sisi. simen dengan batu bata je yang aku tak terlibat

hari tu buat untuk 3 bilik air. jadi aku perlukan 3 biji toilet bowl. tiga-tiga pun adalah rupa yang berbeza

bilik air bawah tu aku pandai-pandai beli sendiri. brand biasa-biasa je. bilik air atas bahagian luar aku amik atas nasihat kontraktor yakni johnson suisse (abaikan ejaan kalau salah)

bilik air master bedroom brand econax tapi jenis besar dan berat, 1 piece seketul. ko bayangkan aku angkut toilet bowl ni guna kereta aku, dengan angah. dah sungguh bangla pada saat tu tau. jangan le terserempak dengan boipren lama, mau dia gelakkan aku


bab kualiti .....

aku puji brand econax tu. tahap rupa dan daya tarik bahan buangan :) adalah superb. tanpa kesan bunyi, tau-tau dah meresap. hahahahahah


bab harga ....

of course la yang seketul tu paling mahal. tapi bila dipikirkan, nyesal semua pun tak amik macam tu. harga adalah sikit lebih tapi puas hati. warna putih dia pun nampak lain dari yang bawah punya .... sebab yang bawah tu yang jenis murah. kontraktor pun ada kata, yang murah cepat kuning, warna putih tu hanya khayalan sementara


jadi.... tepuk dada tanya selera dan kemampuan. kalau ada bajet lebih, aku cadangkan econax tu. nampak lebih mantop. boleh berry sambil nyanyi-nyanyi dangdut




Monday, 24 February 2014

Ni Baru Berlagak



lunch time ... mata ngantuk ... pagi makan nasi lemak ... tengahari makan nasi lemak

nak hilangkan ngantuk ... gugel gambar 




berendam dalam jakuzi .... air pulak tak de, ganti dengan duit je le





income buat kek hari ni,... diulangi, hari ni saja. apa nak buat yek??



BOSS..... TOLONG BUATKAN NESCAFE KAWWWW. NGANTUK GILER NI



Hati Manusia



sekarang kita dalam rancangan primadara...

topik pagi ni adalah "hati manusia". ni kenyataan idup ye, bukan feeling-feeling gadis jelita


aku kan part-time buat kek, cupcake dan sebagainya. salah satu medium kita di zaman moden ni mesti le fb. aku tak nafikan dapat ramai jugak customer melalui fb, blog pun begitu jua

jadi..... 
mesti le aku upload gambar kan?... baru le orang nampak hasil kerja tangan aku. takkan update status je yang aku ni buat itu ini tapi bukti penyiaran langsung tak de

bukan setiap masa pun aku upload. ada gambar aku tunjuk, kalau tak de gambar aku jadi batu le. lagipun order yang gambarnya sama je macam cream puff, plain cupcake tak de le aku nunjuk. dah sama je rupanya kan


terkesima aku kejap bila ada yang kata aku berlagak. berlagak ke tu?... gambar kek je pun

lain le aku tunjuk gambar aku duk dalam timbunan duit kertas rm50, tabur duit kat pengunjung pasar malam belakang rumah ni ke

tu baru aku rasa berlagak


satu lagi.... aku tunjuk gambar birthday iwan dalam fb pun dikatanya berlagak

wahai anda... jangan le begitu. celebrate birthday anak je pun. bukannya gah giler pun. tiramisu, nasik impit, mee sup pun katanya aku berlagak. gambar along tangkap gambar iwan guna tab pun kata berlagak

iwan tu anak aku tau. birthday dia setahun sekali. semua anak pun aku buat benda yang sama, tak lebih tak kurang. kalau rajin aku panggil jirang tetangga, kalau tak rajin kami anak beranak je celebrate. tu je kelainannya


memang rasa sedih tapi mulut tak terkata nak reply balik kata-kata tu


birthday iwan tu hanyalah kegembiraan aku... kek tu adalah rezeki Allah untuk kami sekeluarga 



Friday, 21 February 2014

BiRTHDaY iWaN



bukan senang tau nak memikirkan apa cara mensurprisekan anak-anak di hari jadi diorang

hari jadi along hari tu dah tak menjadik, dia dapat hidu. sebab tu reaction dia biasa je

makanan adalah atas pilihan en. suami. makanan biasa je, tak memeningkan kepala. masa je tak berapa cukup, ada order jugak yang nak kena disiapkan

lepas dipikir-pikir, nak buat tiramisu je. tiramisu favourite anak-anak, aku rasa diorang akan makan sampai lenyap






aku cakap,,,, ada kawan ibu nak datang, ibu nak masak kejap, buat perangai elok-elok

good.... semua pun mendengar kata




nasi impit dengan rendang ayam, mee sup, choc cupcakes, puding milo oreo


aku suruh angah ajak iwan naik atas.... konon main kat atas sementara aku handle kek, cucuk lilin la




gelapkan lampu, nampak sikit cahaya lilin

panggil dua beradik tu turun, lilin dah dekat separuh pengantin tak turun-turun 




happy birthday to you

happy birthday to iwan

kembang kincup idong dia dengan surprise ni
tak sangka la tuuu







sayang ibu yang bongsu... 

dah 10 tahun bahagiakan ibu dan ayah


semoga anak-anak ibu sihat sejahtera, dilindungi Allah, selamat di dunia dan akhirat




bila ada something yang boleh dishare, jadik le kawan baik. kalau tak, semua benda pun boleh terbang



Thursday, 20 February 2014

CuPCaKe untuk DeMo



di suatu tengahari di hari ahad, aku terima satu phone call ni

potong stim betul la, tengah sedap-sedap sental bilik air en. suami yang maha karat

mintak tolong aku buatkan 15 bijik cupcake untuk prosentation kolej dia esoknya

amboi korang.... hebat beno kan?... 
esok nak pakai, hari ni baru order. sebabkan anak kawan, aku senyum le. padahal, kena singkatkan operasi basuh bilik air, baju sekolah pun tak gosok




deko ringkas seperti permintaan

sebabkan nanti kononnya dia nak demo pasal deko cupcake, tak de le aku buat yang susah. ni kiranya basic cupcake la







diorang pun garuk-garuk kepala cemana nak mendemokan deko ni esok

kaedahnya .... aku bagi sebekas buttercream icing. diorang salat sikit atas plain cupcake yang enam ketoi tu, lepas tu bawak keluar yang aku siap decorate




selamat berdemo di MSU ye



Tuesday, 18 February 2014

Bees Candy Buffet



assalamualaikum


























sekian, terima kasih


hahahahaha.... 

sebarang pertanyaan, sila email atau sms



Monday, 17 February 2014

SiMPLe VaNiLLa CuPCaKeS



apa perasaan korang semua di pagi isnin ni??? 
lemau ke?

lemau tau lemau kehidupan kena la teruskan. yang kerja kena la buat kerja, yang surirumah boleh kot nak golek-golek kejap lepas anak pergi sekolah

aku pun rasa nak golek tapi takut kena gelek pulak dengan boss. mari le kita berpura-pura senyum walaupun dalam hati penuh kelukaan

kita kan lady diana ... membakar diri untuk kebahagiaan orang lain. princess kan??


jom kita segarkan mata dengan cupcake yang senang ni. basic cupcake yang aku olah lepas cuba banyak resepi

kan pemalas... jadi kena la buat something yang basic. yang penting hari ni angah bawak sebekas pergi sekolah, aku pun bawa sebekas ke opis




Bahan A
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu soda
campur semua bahan yang ayak

Bahan B
1 biji telur
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan butter yang dicairkan - minyak sayur pun bole
1/2 cawan susu pekat manis

3/4 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan air panas


Campurkan bahan A, gaul sebati. Guna senduk kayu je dah ok. Tambahkan esen vanilla, gaul lagi

tambah pulak sikit-sikit bahan B. Kaup balik hinggan sebati. Tambah air panas. Gaul lagi

boleh tambah choc chip macam aku, nak bogel je pun ok

Bakar 20 minit, 170 darjah. anak-anak suka versi hampir hangus, jadi aku lebihkan sikit waktu masak




kan aku cakap simple, kejap je dah siap

sementara lipat kain, dah siap satu tray cupcake



Friday, 14 February 2014

FiSH BaLL KueTiaW SouP



kuetiaw dah dua tiga hari terperam dalam peti ais

semalam kata nak jimat kan?...
mari kita pikir apa nak dibuat dengan kuetiaw tu sebelum tong sampah kenyang

apa kes pulak kita yang keluar duit dia sedap-sedap makan. kot kalau ada share ok le jugak


maka,,, terpikir le nak buat fish ball kuetiaw soup. en suami pun kata tak de selera nak makan nasi. ok la tu, kuetiaw pun karbo. boleh mengenyang akka menggemukkan





best fren kakak pernah bagitau macamana dia buat sup cendawan yang sedap meletop-letop. tapi kak sara tu masak air kosong pun sedap, tangan menjadik je

aku nak buat macam tu je le





Bahan-bahan
50 gram ikan bilis
6 ulas bawang putih - diketuk
3 cili padi - ketuk
6 cawan air
1/2 kiub pati ikan bilis
1/2 paket fishball brand mushroom
4 keping tauhu kering
2 pokok sawi
garam
1 paket kuetiaw
bawang goreng, daun bawang untuk hiasan
4 biji cili padi
2 sudu kicap cair


Cara-cara

rebus ikan bilis dengan air selama 15 minit. keluarkan ikan bilis, ambil airnya saja

tumis bawang putih sampai kuning. masukkan air rebusan ikan bilis tadi dan kiub ikan bilis

bila dah mendidih, masukkan cili padi, sawi, fishball dan tauhu kering. perasakan dengan garam

masukkan kuah sup dalam kuetiaw, hias dengan bawang goreng dan daun bawang

campur potongan cili padi dan kicap cair untuk yang suka pedas







fuh .... rasa menepati tekak 

2 malam berturut-turut makan kuetiaw sup je

dah gitu permintaan ramai. konon sedap giler le aku masak





dalam banyak-banyak brand fish ball, aku prefer brand mushroom. lembut je walaupun lepas masak

tak caya??? 
cuba le, memang jelas bezanya. laki aku pun pandai, mesti dia cari brand cendawan. bukan fish ball je, dia ada banyak lagi keluaran


khidmat masyarakat ini dibawakan oleh diri sendiri