Tuesday, 23 August 2016

Parota Crispy



ni saksikan yang terbaru dari kak ton

parota crispy
lebih kurang produk frozen, sedia untuk digoreng dengan api yang sederhana

kenapa tak boleh api kuat?...
secara logiknya goreng apa pun tak payah le api marak membara. apa guna luar rangup tapi dalam benyek



ekceli, ni favourite anak-anak kak ton

dari 1st time diorang try, telah terjatuh cinta

100 peratus produk bumiputra ye. jadi boleh buang jauh-jauh rasa sangsi yang melekat di hati



ni idea plating

lepas goreng, drizzle dengan sos cili, mayo dan cheese. kalau nak beli cheese pun kak ton ada supply. dalam bentuk serbuk, cuma kena bancuh dengan air. kepekatan ikut suka sendiri


yang hitam tu pulak sos lada hitam la

ikut suka nak guna sos apa. yang penting pewwwuut kenyang 



packing is like this...
:)

1 bungkus ada 6 ketoi
cheese yang optional pulak begitu le rupanya



 boleh baca keterangan kat atas ni

sesuai untuk sarapan, minum petang ataupun party-marty. bila dah dekat party nak mula, boleh start goreng. mesti tetamu datang mengulang. apa guna buat party kalau mengamalkan dasar kemut

ahakkkssss


HARGA ADALAH RM14 UNTUK 6 KETOI TU

pada yang nak sample, kak ton boleh bagi tapi untuk area kampung jawa atau shah alam

x de delivery untuk sample ye jadi kak ton boleh bagi kalau kebetulan ada kat kawasan-kawasan tu. sebab ada yang minta satu sample tapi dia berada jauh nun di ampang

kesimpulan..... call le kak ton di 012-9173050




Friday, 19 August 2016

Cupcake Baby



50 biji cupcake dari office mate untuk "naming ceremony"

lepas dibuat penyiasatan, macam majlis memperkenalkan baby pada kawan-kawan dan sedara-mara la lebih kurang

memula dia nak order sekali candy buffet tapi bila tengokkan simple je design yang dia nak tu maka kak ton cadangkan dia buat sendiri je. macam menolak rezeki la jugak

:) 





flavour vanilla & chocolate

nampak simple je kan tapi 2 malam jugak nak siapkan muka-muka ni. order baru confirm ahad malam je. kalau inform awal-awal boleh le mula bermuka-muka hari ahad tu

lepas maghrib start sampai pukul 10.30
2 malam siapkan muka, semalam baru bake & tampal je atas cupcake



ikut pengalaman, pembuatan cupcake ni lagi leceh dari kek

mana tak nye. kalau ada 20 biji maka kita nak kena buat design untuk 20 jugak. kalau kek tu, 1 design je. buat muka besar-besar, dah siap kek













feedback dari Bhavani

Tq dear




Tuesday, 16 August 2016

Roti Jala Jugok



ni sambungan dari carrot cake berbunga tu. hik hik hik... lama sangat kisah sambungannya

kak nora order jugak roti jala x de kuah

both pun untuk hari jadi anak dan mak dia rasanya
kak nora order 50pcs tapi adunan dapat 70pcs. jadi 60 bagi pada kak nora, yang balance lagi 10 untuk along yang jadi co-driver waktu delivery



eh eh eh... tart 50 sen pun ada terselit 

saja bagi untuk tester






pilu tau bila tau roti jalanya bersaiz di luar dugaan

kak ton jenis kalau jadi macam ni mesti akan pikir tak berenti, akan rasa bersalah sampai nak hentok kepala kat dinding

nasib le kak nora ni kak ton rasa sangat understanding

dengan berakhirnya WA kak nora tu dapat le kak ton bekerja macam biasa tanpa terbayang-bayang orang terkebil-kebil tak cukup roti jala

:)

tq kak nora. sweet sangat tau



Wednesday, 10 August 2016

Choc Brownies



hari tu ada war-warkan di fb, sempena bulan kelahiran diri sendiri kak ton bagi offer sikit

sebiji brownies dengan harga RM26




alhamdulillah... dapat sambutan

jadi minggu ni akan sibuk sikit dengan order-order brownies dari kawan-kawan terchenta







pada yang bertuah, ada jugak kak ton selitkan 4 biji tat 50 sen ni

offer dibuka sampai end Aug ye
pada yang nak menerai brownies ni boleh contact kak ton 012-9173050



Monday, 8 August 2016

Carrot cake with Walnut



whatapps kak ton terima petang hari jumaat untuk delivery ahad pagi. disebabkan ada lagi ruang kosong, kak ton accept je order ni sekali dengan roti jala

lepas conversation after conversation & set harga, kak nora kata kalau boleh nak 3 kuntum bunga yang dia pilih dari gambar-gambar sebelum ni. kak ton cakap dengan harga yang dibagitahu, mungkin tak dapat bunga macam tu. dia pun kata ok, maybe next time



alhamdulillah... 

dapat jugak buatkan bunga-bunga tu walaupun lebih dari permintaan. bukannya apa, ada masa terluang sikit jadi kak ton pun buatkan. no extra charge, cuma nak up grade skill yang ada

mana tau... lepas-lepas ni ada rezeki lain pula

tapi, shortening pulak buat perangai. bunga jadi kembang. 2 kali guna adunan yang sama tetap tak cantik. shortening dari kedai yang glemer tu, warna putih cerah tak macam shortening yang biasa yang seakan-akan kekuningan

nasib ada shortening yang beli dari kedai lain. alhamdulillah, tekstur seperti yang diinginkan walaupun dah bazirkan 2 adunan



kak nora minta sampai rumah dia before 10

kena prepare untuk datang awal sikit sebab kak nora dah pesan kadang-kadang guard strict. jadi 9.10 pagi dah keluar rumah dengan 2 askar pengiring yang expert pasal waze & map

adalah memalukan kalau tak dapat deliver on time

lepas segala corner, guard dan bumper berjaya sampai tepat 9.40

"good, you are so punctual"
dalam hati, yes, i am. i like to be punctual. that's also my weakness








rasa happy dengan result dia

esok sambung pulak gambar roti jalannya




Friday, 5 August 2016

Happy Birthday to Along



ingatkan suami balik keje macam biasa. dah stand-by nak makan kat luar dia inform balik lambat

haiyoooo, kena tukar plan la nampaknya

anak lelaki ni senang sikit. diorang pun kurang perasan birthday sendiri jadi senang le nak tukar-tukar plan

kalau dengan angah tu, seminggu nak birthday dia dah remind kita tiap-tiap hari

jadi ... sementara ambil angah dari sekolah singgah kejap kedai kek. eh eh eh.. kek besar tapak tangan je ada. tu pun gambar pokemon & katun-katun yang lain

tak kan teruna 16 tahun tu kita nak bagi kek pokemon. beli je la yang besar suku tapak tangan



kak ton tau along jenis yang tak kisah. apa-apa pun dia terima. kadang-kadang kalau tengok dia tu kesian pulak. bila nak membebel, kita bebel dekat dia. nak minta tolong angkat sampah, angkat baju pun dia

along budak baik. jarang sangat dia minta apa-apa sekarang ni kecuali le top-up. tu pun kak ton paham, semua budak pun dengan handphone jadi tak de le melampau sangat permintaan dia tu

entah kenapa tapi suka sangat pakai uniform sekolah yang berkarat. rasanya form 2 punya. geram betul, tiap-tiap hari basih baju yang sama. pagi-pagi tutup pintu & iron baju tu. bukan apa, kita ni suka la tengok anak tu baju putih cerah kan. nak bising selalu sangat rasa tak sampai hati. nanti habis mood dia kena bebel pagi-pagi








bukan ibu yang pendek tapi anak yang tinggi



weekend nak buat red velvet cake kegemaran along

sebiji kek tu dia boleh hadap sorang je



Tuesday, 2 August 2016

Ayahcik Makcik Sepupus Datang



ayah cik, makcik dan sepupu-sepupu nak datang beraya kat rumah. knowing adik abah kak ton ni seorang yang punctual dan suka bergerak pagi-pagi, i is gelabah

lagipun cheras dengan klang tak jauh mana. memula kata nak gerak dari cheras pukul 9, nasib le sepupu ada anak kecik jadi dah postpone ke pukul 10

kak ton rasa paling lambat pun pukul 10.3 minit diorang akan berF1 ke klang. jadi masa adalah amat berharga, tak boleh dibazirkan

kena ada plan yang bagus ni untuk elakkan dari fail 

puding dah masukkan dalam peti ais malam-malam lagi. bertapa lah ko di situ ye

ada masa terluang hari sabtu tu buatkan sebiji carrot cake. baru teringat birthday makcik bulan lepas. masih hangat membara lagi kalau nak potong-potong kek

siapkan kek dulu, sebelum jalan-jalan open house

pagi-pagi ... masak laksa, roti jala dan kari ayam.
ngam-ngam jalaan terakhir oleh angah diorang sampai kat pintu pagar

time management yang bagus. tepukan gemuruh untuk diri sendiri



there you are... thank you for coming to my house

ada lagi umat di sebalik tabir yang malu nak bergambar

lepas makan, ada lagi 2 family sepupu datang. seronok tengok diorang makan jadi tak de masa nak bergambar. lagipun kami pemalu, no gambar-gambar yek

ayah cik adik pak omar baki. dua-dua pun cancer survivor tapi ayah cik lagi hebat kot kisah cancer dia

buang peti suara, lepas satu-satu masa tu, masukkan peti suara yang lain tapi tak sesuai macamana ntah. keluarkan semula peti suara & decided tak nak masukkan semula. jadi sekarang ayah cik tak de suara

bila kena cancer, semangat diri sendiri & sokongan dari yang lain-lain ni amat penting



simple cake for makcik

rupa tak penting, tanda ingatan yang lebih berharga kot

:)