Assalamualaikum
Alhamdulillah, diam tak diam dah hari ke-4 kita puasa kan
Setakat sekarang, semuanya biasa-biasa aje. Ada kelainan sikit tapi biar la sendiri aje yang tahu. Harap dapat maintain sampai ke akhirnya
Tahun ni jugak mood adalah ke hutan belantara. Sampai sekarang, masih tak de baju raya. Sempat beli kasut je sepasang berbulan-bulan sebelum puasa. Kalau ke sudah moodnya tak ada, mungkin pakai baju tahun lepas aje
Semua pun serba lama. Lagipun kak ton bukannya jenis tiap kali raya nak perabot langsir baru. Lenjan aje apa yang ada. Ada juga niat nak buat wainscoting tapi nak ukur dinding untuk quotation pun malas. Cemana tuhhhh???
Harap-harap plan nak balik kampung weekend ni berjaya. Harap-harap dapat berbuka dengan mak abah. Cuti dah applied, dah bagi hint pada anak-anak jugak tapi tak minta approval suami lagi. Boleh gituhhhh???
Bila gitu, harapan untuk posing-posing gambar makanan adalah very very tipis