Tuesday 30 October 2012

Atok vs Cucu's



Tiap kali balik kampung akan ada aktiviti ni
Aktiviti contruction atok and cucu's
Atok jadi kontraktor, cucu jadi pekerja kurang mahir

Ni aktiviti petang raya hari tu

Disebabkan malam raya tu nak buat birthday tertunda abah and birthday terawal mak, maka kitorang tak de le berjalan ke mana-mana

Sementara anak-anak dara dan mak dara prepare untuk majelis hari jadi, atok and cucu buat banglo kat tepi rumah

Biasa buat kat depan rumah, tepi paya
Sekarang lokasi pembinaan dah tukar




Hasil pembinaan tak sempat nak snap

Dalam usaha menyiapkan banglo ni, atok telah pun mengorbankan sebatang pokok pisang
Daun pisang jadi bumbung, batang pisang campak kat tempat sampah

Kakak kata banglo ni mampu bertahan lama

Hari ni atok buat ruang tamu, esok bila dia tengok cucu-cucu dia lepak kat situ, dia pun join
"jom kita buat bilik pulak"
lusa dia join buat dapur

haih ....




Macam tu le kasih atok
Buat semua benda yang cucu suka

Tu belum lagi aktiviti pergi kedai
Lepas sorang sorang dia hangkut pegi kedai

Ada je cucu nak kopakkan duit atok



No comments:

Post a Comment