Thursday, 31 October 2013

Labelling untuk Candy Buffet



Paham ke bila tengok tajuk??...

aku hentam je
kengkadang bukan senang nak carik tajuk yang indah di pandangan dan dekat kat hati

rentetan dari candy buffet kat bandar seri putra baru-baru ni, alhamdulillah aku dapat lagi order

walau order simple tapi aku suka. bole asah bakat (kot le ada bakat) dan kemahiran

kenapa aku kata kemahiran??...
sebab conversation tru wassap & sms berlaku selasa tengahari. waktu tu aku punya la busy dengan something. dia kata barang kena sampai kat jln yap kwan seng selewat-lewatnya khamis

tak ke haru-biru dibuatnya

how to deal with this last minute order yet interesting??..



alhamdulillah....

oleh kerna aku rasa dia tak cerewet, sonang le kerja aku

design pun dia ada bagitau

majlis kawin tema hijau & gold



apa yang dia nak???

alas meja, label untuk candy yang dia akan set up sendiri, 6 frame dgn wording 

aku bagi alas meja warna putih & sehelai warna gold. alas gold lebih menyerlah aku rasa kalau nak dibandingkan dengan hijau

lagipun label dah hijau... takkan semua pun nak hijau. kena la ada yang contra sikit


 

tu dia ....Arifah & Azwan

ekceli dia kata nak frame lain tapi aku dah bagitau siap-siap. since aku tak de masa nak cari frame yang dia nak, aku mungkin akan bagi apa yang aku rasa sesuai

frame utama aku bagi jugak stand supaya nampak lebih tinggi dan menyerlah dari benda lain



ada masa sikit, aku buat tali penggantung jugak. kot kalau di nak guna. match dengan label tu



alhamdulilllah ... siap seperti yang dirancang.

takut pulak aku nak guna courier, takut ada problem & barang tak sampai. jadinya aku minta tolong despatch yang kebetulan ada pergi kat situ untuk hantarkan. ok la tu, ada la duit makan untuk penat lelah dia


Wednesday, 30 October 2013

Birthday Abah




birthday boy relax je tengok kek.... speechless kot

di suatu malam yang hening,... adik, kakak & anak buah beli kek untuk birthday abah. mencik tau, lepas tu wassap aku

nak bikin orang panas la tew



nampak meja bulat bertutup dengan kain purple tu??

tu adalah sudut kreatip abah. kalau dia jumpa patung atau mainan bersepah, dia susun atas meja tu

tu sebab dia angin kalau orang sepah kat area situ




apa macam???

ada berani beraksi begini kalau kita tua nanti??





dah plan nak celebrate reramai masa hari raya haji

makanya... gambar basi la ni

tak kesah, ni suka duka kehidupan aku jugak



anak-anak makcik depan rumah dan ahli keluarga je

makanan banyak tapi semua pun licin

hebat sungguh kitorang, makan ngalahkan hantu raya

belon pun ado...
layan je le permintaan mak. kang moncong plak kalau tak diikut



bbq yang lenyap tanpa meninggalkan kesan kecuali arang dan paper plate

ado kambing, kepak ayam, sotong, kerang, sosej, ikan, coselaw (tau salah ejaan tapi otak tak mampu pikir ejaan yang betul), bihun goreng, buah, choc fountain

mmmm... terbayang-bayang kesedapan kambing bakar hari tu





semua pun selamat bermastautin dalam perut kami

alhamdulillah 


Birthday Angah 16.10.13



kesian la sungguh
sakit hati dengan hasil gambar

anyway... happy birthday Angah




anak dara sorang je tapi macam melayan kerenah 20 orang

kejap-kejap majuk, kejap kang gumbira, kejap kang gelak mengekek-ngekek


pandai-pandai dia set reminder kat handphone ibu & ayah sehari sebelum birthday dia

memang aku tak pernah lupa tapi saja buat macam tak tau

kejap kang dia tanya ada tengok handphone tak??.
aku kata belum tengok lagi

petang balik dari sekolah agaknya dah penat dia nunggu,,,
"tak de sapa ke beli kek untuk angah??"

hihihikk.. mengalah la tu


malam lepas ayahnya bali keje, macam biasa keluarkan kek dari dapur


surprise !!!!!!!!!!!!!!!


HAAAAAAA....nangis ko


Monday, 28 October 2013

Choc Fountain & Candy Jar untuk Disewa




hai kawan-kawan... baby nak buat iklan sikit

Dah namanya iklan, kena la melebih-lebih sikit kata-katanya. kasi orang tertawan & terkesima

sapa ada plan nak buat majlis??..
tak kira la majlis apa pun... hari jadi, akikah, bertunang, kahwin

ada yang kata kalau engage orang untuk setkan candy adalah costly

"ala... tak mampu la, bajet tak de"




jangan risau, jangan gundah gulana

sapa yang rasa nak applykan kreativiti sendiri tapi nakkan chocolate fountain sebagai salah satu daya penarik, boleh le sewa dengan aku

with or without choc dipping

tapi perlu le diingatkan ... dah antara sebab kita buat choc fountain ni utk nampak cantik, maka choc yang gunakan pun harus le yang boleh meng"up"kan kecantikan tersebut

conclusion ... kena guna choc dipping yang sesuai. choc terjun dengan lancar dan berkilat

cuma perlu cairkan choc tanpa masukkan bahan lain. dah cukup membuatkan tetamu tak keruan

jom tengok apa yang aku offer

pakej 1 : mesin choc fountain saja

pakej 2 : mesin & choc dipping

pakej 3 : mesin, choc dipping, candy jar

pakej 4 : candy jar saja


amacam??... nak menggiurkan tak?

sorry,,, himpunan candy jar belum siap lagi tapi bekas kompom cantik. himpunan le sesangat kan...hempuk kang baru tau


buat apa nak beli bekas & choc fountain kalau kita cuma guna sekali sekala.... lebih baik sewa dengan ahkak je


buat masa skrg ... image googled je


Thursday, 24 October 2013

Charity @ Rumah Anak Yatim



Aktiviti ni dah bulan lepas aku rasa... i is lupa nak update

hokei hokei ... bukan lupa tapi malas nak cari & resize gambar. beribu-ribu tuh gambar

nak kena cari gambar sendiri ... lepas tu nak cari gambar sendiri yang mana yang paling ayu & suci

ingat senang ke kerja-kerja tu ... hanya insan pasrah je yang sanggup


tapi gambar ayu tak berapa susah nak carik sebab macam semua pun ayu

haaaaa..... jangan marah

dah berjaya resize tapi malas nak susun. aku biarkan tonggang langgang. nasib la korang yek



nampak pelik tak keadaan aku???

macam tu rupanya orang kiri pegang pen. aku yang tengok ni pun rasa kekok

ya tuan-tuan.... aku adalah kidal. along & angah pun kidal jugak

bila tengok muka sendiri, muka anak-anak..baru terpikir, orang kidal memang comel agak nya

lalalalalalalla




tonggeng monggeng aku nolong anak-anak tu mengaler

jaga-jaga sapa yang kat belakang tu. aku tak berani jamin tak de apa-apa yang menyembur keluar. aku cuba tahan yek. kalau keluar jugak kita redho je la



anak-anak aku pun join sekali

memang aku suka aktiviti charity macam ni. anak-anak pun sedaya-upaya aku semai apa yang aku suka. biar diorang tau tak semua orang bernasib baik

along and angah aku bagi sorang satu pengikut. sila la coach diorang wahai anak-anak ku

banyak jugak aku join aktiviti charity. bukan dengan company aku je, persendirian pun ada

alhamdulillah



aktiviti mengaler

"adik... dah siap ke kaler snow white versi shrek tu?"

kihkihkih... snow white kaler hijau

gasak le ja



aku yang menyebuk

bukan committe pun ... saja nyebuk

ni sapa punya tak de nama????... kaler pun tak de. conteng dua tiga urat je

biar la ... apa ada hal



aku ingatkan pertandingan... rupanya saja-saja je. tak de hadiah pun

ceh ... penat aku pilih sapa yang terbaik

demi seronokkan budak2 tu, kitorang bagi la apa yang patut. nasib ada yang sesuai untuk jadikan hadiah



next ... adalah sumbangan

tu vp sales, wakil company aku



ingat tak aku pernah tunjuk DIY kotak 

aku buat untuk event ni la. saja suka-suka aku buat, biar comei. apa aku isi kat dalam??? jajan comei je sebab kotak pun comei



marilah kita tiub belon

bila aku dah berjaya tiup satu belon, bukan main ramai pulak yang datang minta tolong tiupkan

satu dua tiga aku rasa maintain ayu lagi. dah nak masuk lima enam dah naik juling bijik mata aku

udah udah le tu adik oi. minta orang lain le pulak tiupkan

kang tak pasal-pasal orang kena CPR aku. sapa yang rugi??... aku jugak kerna kemanisan aku telah diragut dan ditiup orang



masih dengan belon




ini dipanggil senyum dalam duka...
menjadi lilin membakar diri untuk kebahagiaan orang lain

apa hal la iwan ni .... melekat-lekat kat belakang aku. nak menyusu ke??... sorry, sudah basi



upacara potong kek

ingat tak kek gajah n3 semalam?... aku buat untuk event ni la. kalau aku tau semua pun perempuan, mesti aku buat doll cake




antara anak-anak yang ada. diorang sungguh la behave

semua pun perempuan antara 4 hingga 6 tahun. 6 tahun pun tapi badan adalah comel lote





eh eh ... aku dan anak-anak pun masih behave





dah nak keluarkan taring ke??

lepas siapkan puzzle ... tempat pertama

orang kata aku ngelat. mana nak tau tak boleh tolong. bukan aku pun yang tolong, angah je pun. kata nak semaikan semangat tolong menolong dan gotong royong




tak percaya???... ni ha buktinya

aku cuma tercongok dari jauh. angah si tudung merah je yang bertindak





terserlah sipat keibuan aku. suap anak sendiri dan anak yatim

nasib anak aku tak berapa nak carik masalah, kalau tak terserlah jugak sipat singa aku

alhamdulillah ...
kang anak-anak yatim tu pun join takut dengan aku


 

Wednesday, 23 October 2013

Kek Gajah???



tak sempat ambil gambar dari rumah

dah sampai tempat event baru teringat tak de bukti pembuatan

huhuhu... kek dah kena jari
tergores di sana sini
redho je la. tepek je la gambar yang senget dan benget sikit




teka teki... apakah haiwan2 di atas kek???

mesti korang pening kan???... macam pernah tengok tapi macam kurang serupa

tu le namanya gajah, bug, ular 

gajah dah macam koala??.... ala, bantai je la
janji ada belalai

tu kan trade mark gajah. nasib le dia ada belalai, bole korang jawab teka teki dengan senang

tu le pun motip aku buat gajah, supaya orang tak konfius & terpikir-pikir




ada story di sebalik gajah nan sekor ni

kot kalau senang aku upload gambars.... banyak betul gambar nye. penat kot aku nak resize




gajah dah nak sama besar dengan ular

sama ada gajar yang ada masalah tumbesaran atau ular yang terlebih bitamin





gambar dari pandangan udara ada la macam gajah jugak

lega baby


Tuesday, 22 October 2013

Al-Fatihah, Noreen Noor



Kematian itu pasti .... terkesima sekejap





al-fatihah, semoga Allah mencucuri rahmat untuknya




Monday, 21 October 2013

Candy Buffet @ Bandar Seri Putra



Senang hati semua dah settle

Debaran ko tau... projek kat bandar seri putra.

Kat mana pun aku tak tau. Suruh pakar google map yakni abang ajoi study lokasi. Aku bajet en. suami kerja jadi kena bergerak dengan anak-anak

rasanya tau tapi kena pastikan betul-betul. kang kalau sesat aku senang le aku tanya orang mana balai polis yang terdekat

yang didebarkan jadi kenyataan. pukul 5 ptg en. suami kata ada kerja lagi, suruh aku stand-by gerak. takut jam ke, sesat ke... ada la masa aku nak menangis & minta tolong

ceh.... jalan tak jam & aku pun tak sesat

jalan slow-slow sambil menghirup udara dari napas sendiri & napas anak-anak

alllllaaa... awal lagi. belum 6.15 ptg dah ada kat serdang. lepak kejap beli jajan anak-anak. diorang memang pantang, keluar rumah baru tu le kata lapar. kat rumah semua pun melekat depan tibi



tq elly

elly kawan masa aku kat itm melaka dulu

kagum aku dengan dia ... berjaya dalam kerjaya. tumpang happy & tumpang kagum

kot kalau aku dapat rasa dulu, mesti aku apply jadi bff dia
tapi sekarang semuanya sudah terlambat

:)




lollipop dah aku cucuk siap-siap dari rumah. senang sikit, tak de le aku tersipu-sipu malu menyucuk depan hadirin dan hadirat. itu pun kot kalau hadirin hadirat tu heran dengan aku



lagi satu aku kagum ....

elly sponsor majlis kat nursery anak dia. rezeki yang dikongsi dengan orang lain

caya la.... tabik tinggi-tinggi dari atas pokok kelapa




gambar yang suram dan kelam, mencik tau

darling ..... nak kamera canggih. asap please
i luv u very much



lepas on choc fountain

choc mencurah-curah turun




alhamdulillah ... sambutan dari anak-anak & parents sungguh la menggalakkan

terpaksa tambah lagi choc

memang aku sentiasa bawak stok lebih. kot kalau tak cukup ada la back-up plan



sepanjang perjalanan dari klang ke bandar seri putra ni (lepas exit bandar baru bangi), punya la bertalu-talu call dari en. suami

banyak betul nasihat dia ...
bawa elok2, ingat anak2, kalau ada apa2 calling2 la dia

wahai darling ... adinda cuma pergi sini je pun. jangan la gundah gulana. kot kalau betul sayangkan adinda, beli la kamera baru. anniversary kita pun hampir kunjung tiba




Sunday, 20 October 2013

Kek Bola



kawan punya permintaan... layan jugak la order yang maha last minit

ko memang hapak le along

lewat petang order,,, esok dah nak collect

syabbas inspektor sahab. aku gigit telinga tu nanti baru tau




nasib le kek bola je yang dia nak. kot kalau kek yang hebat aku lepuk je kang

:)

anak dia peminat giler bola...

happy birthday ali imran





Friday, 18 October 2013

Red Velvet for Hantaran



last minute order dari kawan adik.

masa dia call tu aku kat kampung lagi, tengah kemas beg sambil tunggu anak-anak bangun dari tidur

makcik yang janji nak buatkan kek dia cancel order

hukhuk... aku di dalam ingatannya tatkala emergency

tapi tak kesah le.. janji ada rezeki

sampai je dari kampung petang rabu terus buat kek dan wording. semalam pulak hias dan tepek wording





selamat ... siap pun sebiji kek



ingat senang ke nak buat ayat saat tak de idea langsung

ni ha... macam sekarang ni le