korang suka buat kerja tangan??... aku suka betul
suka tapi tidak bermakna selalu buat
banyak barang aku dah ketepikan, konon nak buat kraftangan tapi banyak jugak yang menemui jalan buntu
nampak kotak, aku simpan. nampak plastik aku simpan. hujung semua benda aku campak dalam tong sampah. alam flora jugak yang untung, boleh recycle sebab plastik dan kertas biasanya aku asingkan
boleh la orang-orang lori tu dapat income sikit.... jual balik maaaa
kali ni aku berjaya siapkan 30 kotak goodies box
biasa orang letak goodies dalam bag kan??...
kali ni aku ada masa dan ada agenda tersendiri, gigih le aku menyiapkan kotak-kotak comel ni
untuk apa??... esok-esok kalau free aku cerita lain
bahan-bahan untuk buat kotak ni very la simple
kertas saiz A4 tebal, double sided tape, gunting, riben, puncher, printer
kertas tebal bercorak ni nak tau macamana aku hasilkan??
google imej 'wrapping paper'
copy paste dalam excel
lepas tu pergi preview, tarik margin untuk semua side sampai maximum. korang adjust la sampai penuh satu mukasurat tu
kiranya ini adalah konsep try and error la tapi once dah siap, hilang kelecehan try & error tu. excited giler dengan hasil yang mantop. tapi bergantung jugak pada design yang korang pilih. kalau design sodeh, maka sodeh la hasilnya
dengan menggunakan excel jugak, lukis layout kotak
ni contoh layout tu. lagi senang buat kat excel dari lukis dengan tangan ataupun kaki
sebab banyak, jenuh la nak luksi satu-satu. excel ni buat sekali boleh print beribu-ribu kali
masukkan kertas bercorak dalam tray printer korang. print je la, tak kesah atas corak ataupun belakang corak, janji nampak garisan
hasil lepas gunting. gunting garisan belah luar je yek. jangan gunting ikut semua garisan pulak. ke tong sampah le jawapannya nanti
kat bahagian ponggong kotak kena hati-hati sikit, potong macam yang aku tunjuk kat atas ni sebab kita nak kelepetkan dia nanti
omg...teruknya bahasa
ambil double sided tape
tape dekat bahagian pengkelepetan macam gambar kat atas ni. kiranya tu bahagian sisi kotak la
ambil pembaris panjang, letak kat bahagian tengah kotak
buat antara 2 belah bahagian pembaris
tak paham??...refer kat bawah ni pulak
:)
macam ni maksud aku tadi. tujuan supaya lubang pengikat nanti tak de le senget benget
buat dekat dua bahagian hujung kotak
ambil puncher....
letakkan titik yang kita buat tadi betul-betul dalam lubang puncher
dah letak tu sila la ketipkan. kalau tak ketip, buang masa je korang fokus bebaik lubang tu
hasil lubangan adalah seperti ini
boleh la start lipat setiap garisan
dah lipat semua???... ok, pandai
bukak satu bahagian double sided tapi, lekatkan dengan bahagian satu lagi. buat satu bahagian pada satu masa, jangan bukak semua tape baru terhegeh-hegeh nak lekatkan
dah siap kotak... meh kita hias sikit
isi semua apa yang korang nak isi dalam kotak
masukkan riben melalui lubang ...
mula dari dalam bawak ke luar, penutup pun sama jugak
semua lubang dah dimasukkan riben
boleh la diikat cantik
jangan le ikat lintang pukang, kotak cantik ikat pun kena cantik
taraaaa..... dah siap kotak
puas hati kan dapat buat kraftangan ni
hujung minggu ni boleh la lembuatkan tangan korang dengan kraftangan senang ni
kreatif la kak
ReplyDeletekreatif akka tak de keje
ReplyDelete